Thursday 28 August 2008

Ogos: Edisi Istimewa Untuk Saudara Daripada Saudara

"Nama Siapa disebut Dulu.."

Jumaat, 14 Ogos 2008
Rumah Wan Maisarah
Petang


"Eh..jap..jap..kita nak angkat kain jap..," ujar Wan Maisarah. Berlari-lari anak teman saya ini mengosongkan ampaian di hadapan rumahnya.

Petang itu,sebaik sahaja usai minum petang di rumah Mai, kami segera bersiap-siap mahu ke Wisma PKNS Shah Alam. Meronda-ronda.
Saya dan Kirin sebenarnya baru sahaja sampai dari Melaka. Kami bercadang mahu ke Kolej Mara Banting pada keesokan hari untuk melawat guru-guru yang dirindui.

Sedang saya menyarungkan kasut, tiba-tiba sahaja Kirin bersuara.

"Wani..Wani..hari tu kan, masa kat rumah Nazie, kitorang baca blog Wani. Pasal Kem Borneo tu,"

"Ya?" saya memandangnya.

"Ha ah..Ya Allah..Tahu tak..kitorang masa tu, dengan Hani, Nazie..rebut-rebut cari nama siapa ditulis dulu kat dalam entry tu..,"tambahnya sambil tergelak.

"Hah??!..Ya Allah..Apakah??",melopong seketika. Tiba-tiba rasa mahu tergelak.
Orang tulis suruh baca, dia pergi tengok nama siapa naik dulu pula..

"Eh..apa..apa?..tengah cakap pasal apa ni?" sampuk Mai yang baru selesai dengan kerjanya. Bersiap-siap dengan kunci kereta Persona di tangan kali ini, kami mula maju ke arah kereta milik ibunya.

"Ada ke diorang ni..Kita susah payah tulis entry blog Kem Borneo tu, dia, Nazie, Hani pi seronok-seronok pula berebut tengok nama siapa naik dulu dalam entry," ujar saya seolah-olah mengadu.

"Ha'ah Mai..Nazie masa tu frust je nama dia tak keluar-keluar masa awal-awal..Haha..," Kirin cepat-cepat menyampuk lagi. Kedengaran tawanya, girang betul. Kemudian, diajuknya baris ayat entry saya yang menyebut namanya.

"Eleh, banggalah tu.., "sindir saya. Tergelak lagi.

"Eleh..ye ke? Kalau nak ikutkan, nama kita naik dulu..," tukas Mai. Selamba sahaja mukanya.

"Eh, kita ada sebut nama awak ke Mai?" saya tiba-tiba menjadi pelik.
Seingat saya, watak-watak utama dalam entry sebut kebanyakannya terdiri daripada ahli kumpulan fasilitator Sekolah Menengah Sains Kuching dan SMKA Kota Kinabalu. Mai bukan termasuk dalam kumpulan tersebut.
"Iya-iya je budak ni.."

"Eh..ada lah!. Nama kita, awak tulis awal sekali. Lagi awal daripada Kirin. Awak tulis masa pagi-pagi tu..awak naik kereta pergi LCCT naik kereta dengan kita dan Wina," jelasnya.
Sedikit bangga barangkali.

"Laa..Pulak?"
Saya menepuk dahi.
"Wah, itu pun boleh dikira ke? Watak kodi je tu.., "desis saya dalam hati.

2 x 5 je Mai ni..

Inikah kerja mereka? Tengok nama siapa naik dulu dalam entry blog?
Tak matang betul. (^_^) hehe
.............................................................


DULU-DULU..

Haih..inilah rakan-rakan baik saya. Teman-teman seperjuangan saya.
Kami memang rapat. Sangat mesra.
Macam saudara sendiri.
Ini baru kami bertiga.. Jika ditambah Ezzathy, Teaks,Iman, Nazie,Rusna, Lah, Nani, Wina a.k.a Syaheera dan lain-lain..
Gamat jadinya.

Sesekali, teringat saat kami di KMB..
Manis betul.

Terutama setiap kali selepas solat berjemaah di surau blok E.
Benarlah fadhilat solat jemaah ini sungguh menakjubkan.
Perlahan-lahan ia menyimpul hubungan ukhuwwah yang penuh warna warni.

Waktu Subuh, terutamanya ketika hujung minggu setelah membaca mathurat bersama, kami akan "serang" Dewan Selera beramai-ramai.

Seperti biasa, Nazie lah yang akan menadah telinga mendengar "ceramah pagi" daripada kami kerana dia lah yang paling kerap lambat bersiap ke DS. Selalu tercicir kereta api.

Selalunya kami akan berkumpul ramai-ramai dahulu di hadapan bilik TV.

"Eh, mana Nazie? Tadi kat surau, kata nak pergi breakfast sama-sama.."
"Ish..ni mesti lambat lagi ni..Nak kena ni..selalu lambat," Iman sudah mula mengomel.

"Jom..kita ramai-ramai panggil dia..,"
"Jom..1..2..3.. NAZIE!!!CEPATLAH, LAPAR NI !!!"

Dari jauh, sayup-sayup kedengaran suara Nazirah.

"Eh, jap jap..tunggu kita..dah nak siap ni..". Terkocoh-kocoh dia berlari anak.

Kami berpandangan antara satu sama lain. Tersenyum.
Dialog biasa Nazie tu..Nazie..Nazie.. =)


.....................................................................................

Solat jemaah Maghrib dan Isyak pula menjadi waktu yang lebih menarik.
Saya secara peribadi sangat ternanti-nanti saat ini.
Masakan tidak, mendengar tazkirah yang pelbagai gaya,baik daripada senior mahupun junior.

Ada masa, pentazkirah tampil dengan gaya serius.
Ada masa, kami diperdengarkan dengan cerita teladan yang santai.
Ada masa, kami dihidangkan dengan tayangan video yang menginsafkan.
Malah, ada pula pentazkirah yang sengaja memberi tazkirah yang membuatkan orang menangis.
Kasihan kawan-kawan saya yang bengkak-bengkak mata sebab menangis.
Hmm..


Namun, saat itu sudah berlalu.
Kini kami masing-masing membawa haluan sendiri.
Terpisah jauh di perantauan orang.
Namun, tanah yang menjadi titik tolak pertemuan kami dan memberi kesempatan ruang waktu untuk berkasih dan berukhuwwah tidak akan kami lupakan.
Ia akan tersimpan kemas dalam sanubari.

Ketika diberi peluang bertemu rakan-rakan seperjuangan lama di Kem Borneo 2008,hati saya melonjak riang.
Sungguh bahagia.
Apatah lagi, pertemuan ini bukan pertemuan yang suka-suka..
Tetapi pertemuan yang diiringi misi dan visi.
Pertemuan yang menuntut pengorbanan, kesungguhan dan keikhlasan.


...........................................................................

OGOS INI..


Secara jujurnya,kehadiran bulan Ogos ini meninggalkan seribu satu kenangan yang sukar dipadam dalam kotak memori..

Selain berdebar menanti Sang Ramadhan yang semakin menghampiri, saya bersukur Kem Eksplorasi Minda telah tamat dengan kejayaan yang tersendiri.
Kemudian, saya menjejak kasih bersama guru-guru MRSM Serting yang sudah hampir 4 tahun tidak bertemu.
Di sana, kami diminta oleh kaunselor untuk mengobarkan semangat para pelajar dengan sesi motivasi.
Oh ya, terima kasih saya ucapkan kepada semua fasilitator Kem Xplorasi Minda yang menyumbangkan bahan-bahan modul tempoh hari.
Telah saya panjangkan ilmu kalian kepada adik-adik di sana.
Alhamdulilah.

Ustaz Hainizam - Inspirasi saya hingga kini.

MRSM Serting dalam kenangan




Kemudian, peluang duduk dalam usrah bersama-sama akhawat yang baru dikenali di kampung halaman saya benar-benar mengujakan saya.
Cekal sungguh semangat Kak Miswani (Galway) yang turun dari Batu Pahat untuk membimbing kami. Saya sungguh berterima kasih kepadanya yang sanggup berkorban mencurahkan ilmu kepada kami yang duduk jauh dari Lembah Klang.
Kadangkala, cemburu juga di hati melihatkan teman-teman saya di Lembah Klang ke majlis ilmu dan daurah yang sering diadakan di sana.
Bertuah betul kalian!

Tidak lupa juga Pre Departure SMSA 2008 di Bangi.
Terima kasih kepada AJK yang bertungkus lumus memastikan semuanya berjalan lancar.
Jazakumullahukhair.

Percutian bersama keluarga juga antara pengalaman yang paling berharga. Bukan mudah untuk berkumpul dengan semua ahli keluarga dan bercuti bersama-sama.
Alhamdulilah kami sekeluarga berpeluang menikmati percutian di Tiara Beach Resort, Port Dickson selama beberapa hari.
Terima kasih mak ayah! ^_^

Mak dan Ayah menjadi Pilot dan Co-Pilot. Kami?Duduk tidur di belakanglah.huhu





Kenangan yang menggamit rasa ialah ketika saya meneruskan kembara ke Kolej Mara Banting yang dirindui.
Rindu di hati untuk bertemu guru-guru tidak mampu lagi dibendung.

Syukur benar dapat bertanya khabar dan beramah mesra bersama warga KMB yang banyak mendewasakan saya.
Tiba-tiba saya teringat peristiwa lucu di bilik guru.
Ketika itu saya bersama Pn Surinam dan beberapa orang pelajarnya.

Sebaik sahaja kemi bersalaman dan berpelukan, menghilangkan rindu yang sudah lama tersimpan, beliau segera memanggil pelajar-pelajarnya yang berkeliaran di situ.

"Eh, Syahmi..lagi siapa tu..mari sini..jumpa student cikgu ni. Dari UK ni," dia memanggil sambil melambai-lambai para pelajarnya.

Kemudian, dia menyambung," Ha..mari duduk sini, kamu nak tanya apa-apa pada kakak ni, pasal university ke exam ke, tanyalah. Haa..Syahmi, kamu nak pergi Sheffield kan..ha..cepatlah tanya apa-apa..," teruja nampaknya guru matematik saya ni. Lebih teruja daripada pelajar-pelajarnya sendiri.

"Oh..akak kat Sheffield ke? Eh..akak..akak, best tak kat sana? Susah tak hidup? Kak..kak..(bla..bla)" pelajar bernama Syahmi ini mula bertanya itu dan ini tanpa henti.

Ya Allah, becok dan peramah juga mulutnya. Teringat saya kepada bekas Ketua IRP saya, Bob (Czech), memang sebiji perangainya. Ringan sahaja mulutnya, bertanya itu dan ini.

Tiba-tiba salah seorang pelajar yang dari tadi hanya mendiamkan diri, bertanyakan satu soalan yang membuatkan saya terdiam.
Terpaku seketika.

"Kak..kak..kat jari akak tu dah ada cincin..err...ada apa-apa ke?" dia bertanya, musykil agaknya.

"Erk, huh?!" terkesima.

Baru sahaja saya mahu membuka mulut, tidak semena-mena Pn Surinam terlebih dahulu telah menjawab bagi pihak saya.

"Kamu ni..saya suruh tanya benda lain, benda lain pula yang kamu tanya?!..Hish..,"bebelnya sambil menggelengkan kepala.

"Entah..apalah korang ni? Ada ke patut tanya soalan ni.." sampuk saya sambil buat-buat menjegilkan biji mata.

Sememangnya cincin ini memang berkontroversi.
Tidak kira ke mana saya pergi, pasti sahaja ada mulut yang sibuk bertanya.
Tidak kira ketika bersama teman akhawat,ketika sitting bersama-sama adik Intec, Kem Borneo, MRSM Serting, cikgu-cikgu KMB..
Jenuh saya memberi penjelasan yang sama.

Sebenarnya, sebelum saya pulang ke Malaysia, saya dihadiahkan sebentuk cincin milik coursemate saya, Tina sebagai tanda persahabatan.
Cincin itu sudah dimilikinya lama dahulu.

Saya masih ingat lagi, ketika itu, saya bertandang ke rumahnya.
Dia membuka sebuah kotak usang yang diisi dengan barang-barang peribadi kesayangannya. Antaranya ialah tiga ketul batu yang agak pelik.

"What's this?"saya bertanya.

"These are the stones from my village. Before the Serb damaged our house, I've collected some stones and brought them to the refugees' camp. I wished I could return home with my family again," ujarnya sayu.

"Ohh.."terharu saya mendengarnya.

"Never mind, listen..I have something to give you. Take this.."

Dia mencapai tangan saya dan perlahan-lahan dia menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis saya.

"Oh..This is your ring, take it back, please,"

"No..no.this is my present for you. Always wear it, ok?" pujuknya.

Hmm..Entah apa khabar agaknya teman saya itu.

Surau Annur yang sudah semakin berubah wajah.










Teringat saat sama-sama mengecat dinding surau.





Giliran tazkirah juga sudah berubah nama. Teruskan adik-adik!



wah! ais krim mak su pun dah naik harga? Hm..



......................................................................................................................

Ogos:Edisi Istimewa Untuk Sahabat

Namun, di celahan kesibukan saya dengan jadual hidup sendiri,
bulan Ogos ini juga mencatat kenangan yang istimewa..
Saya menggelar bulan ini, Ogos: Edisi Istimewa Untuk Sahabat

Kerana..
Pada 21 tahun yang lalu, tiga orang insan yang sungguh istimewa dilahirkan dalam bulan ini..

..............................................................................................................................

Tribute Khas I: 9 Ogos 1987



Eid Milad Ukhti Nazirah Azman!

Semoga awak beroleh Taufiq dan Hidayah daripada-Nya. Terima kasih juga kerana sudi menjadi sahabat baik dan tabah mendengar celoteh kita yang tak henti-henti.

Sejak dari dulu kita kenal awak, memang tak berubah. Sangat bersemangat untuk menyuntik elemen tarbiyah, terutama sesama akhawat di mana sahaja awak berada.
Tak kira, di KMB, di Ireland, Borneo, di madrasah lama awak di Penang..semualah..

Alhamdulilah, syukur dan bangga punya teman yang sudi berkorban masa dan tenaga ..

Mudah-mudahan akan bertambah mekarlah bumi Allah ini dengan limpahan benih tarbiyah yang disemai.

Oh..patutlah cari semua orang tak jumpa, di sini rupanya korang berposing. Tinggalkan kita seorang-seorang pula tu ..huhu..sampai hati



.............................................................................................................................

Tribute Khas II: 24 Ogos 1987

Eid Milad Ukhti Atikah!!

Housemate saya yang seorang ini memang tak perlu diceritakan lagi kegemarannya. Semua orang sedia maklum, gadis Bangi ini memang penggemar games. Jika kami terlibat untuk merangka program yang melibatkan riadah dan permainan, inilah mukanya yang akan menawarkan diri/ditawarkan diri sebagai person in charge.

Saya berasa sungguh bertuah apabila ditakdirkan bersama dengannya di Sheffield.

Banyak suka duka dan rahsia yang dikongsi bersama.

Teaks tak pernah marah jauh sekali bermasam muka.

Sebab itulah muka dia manis macam gula. ^_^
Terima kasih kerana sentiasa setia bersama dengan kita!!

Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya kepada awak.

.
Pembikinan hadiah Teaks: Langkah 1, mencari dan mem"print" gambar.










Langkah 2: Menggunting dan menampal.
Kemudian merakamkan kata-kata yang tersimpan di sebalik gambar.


.................................................................................................................................................

Tribute Khas III: 29 Ogos 1987


Eid Milad Ukhti Ezzathy!!

Masyaalah, tiada ungkapan yang mampu menggambarkan kerinduan saya terhadap teman saya ini.
Bila entah akan ketemu..saya tidak pasti.

Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Doa daripada sahabatmu ini sentiasa mengiringi.

Tidak akan henti.
Moga diperkuatkan kudrat daripada Ilahi.

Teruskan berjuang merebut mardhatillah.

Mewangikan taman-taman usrah,tarbiyah dan dakwah.

Kawan-kawan! Janganlah nakal-nakal! Dengarlah Ezzathy nak cakap ni!! huhu



......................................................................................................................................




Barakah Sunday..Masih ingatkah kalian?



Usrah bukan untuk berukhuwwah, tetapi salah satu manfaat usrah adalah terjalinnya ukhuwwah”.

Usrah bukan majlis ilmu, tetapi sebahagian daripada faedah usrah adalah ilmu. Ia juga bukan medan untuk isu-isu semasa, namun mengetahui perkembangan semasa adalah sebahagian daripada pencapaian usrah.

Begitu juga dengan ukhuwwah, ia bukan agenda usrah, tetapi salah satu manfaat usrah adalah terhasilnya ukhuwwah. Usrah adalah medan yang mencantumkan ilmu, isu semasa dan ukhuwwah, untuk suatu agenda yang lebih besar iaitu membentuk syakhsiah muslim.

Menghasilkan manusia muslim


Petikan ini saya ambil daripada Blog Saiful Islam, Entry bertajuk "Ukhuwwah Manusia Hamba".

Begitu mendalam sekali maksudnya.

............................................................................................


Muhasabah Cinta-Dedikasi untuk Saudaraku.


Pejam celik-pejam celik, kita sudah menghampiri Ramadhan sekali lagi.

Ah..begitu cepat masa berlalu. Usia semakin menginjak laju.

Sesaat pun ia enggan menunggu.

Saudaraku, izinkan diriku yang fakir ini menyeru.

Mari kita ambil sedikit waktu untuk menghisab diri yang bergelar hamba.

Hamba yang sentiasa mendambakan cinta Sang Penciptanya.


"Kata-kata cinta terucap indah

Mengalun berzikir di kidung doaku

Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini

Ya ilahi.... Muhasabah cintaku..."


Dedikasi untuk semua insan yang bergelar Saudara Seislam, saya hadiahkan kalian semua dengan sebuah video bertajuk Muhasabah Cinta.

Moga Madrasah kali ini mampu mendidik jiwa supaya tunduk dan taqwa kepada Pencipta!

Salam Ramadhan kepada semua!














Sunday 24 August 2008

Kongsi Kasih di Ambang Ramadhan

Bismillairrahmanirahim...


The month of Ramadhan is getting closer and hopefully it will remind us about those people who are unfortunate. Due to this, we at ISAC Studio would like all of us to share our love to those who in need this coming Eid. We are launching a donation drive with the title Share Your Love and targeting $3000 USD. Yes, we know it’s a lot but together we can make it reality.


ISAC Studio - Eid Charity

Sum of the money that we collect from this donation drive will be donated as follow:
  • children of wars (Palestinian, Afghan, Iraq, Kashmir, etc)
  • natural disaster charity e.g. Tsunami, Cyclone
  • orphans
  • old folks home
  • and etc.

Moreover, if there are some Qurbani this coming Eid, insyaAllah we will use some portion of it to buy lambs for those in need. This will be arranged by our members in the United Kingdom through mosques and some non-profit organizations like Muslim Hands and Muslim Aid.


Below are our donation meter and you also can find it on the sidebar of this website. Each time your donation has been approved, the system will update the donation meter automatically. We are using Paypal and we also accept all major credit and debit cards. *Please be informed that it is totally secured.

ChipIn generously and may Allah bless you with His Blessings.

Help those who in need, share your Love and together we can make it reality!

Regards,

Sahabat ISAC STUDIO

Tuesday 19 August 2008

Rindulah Pula..Hmm


Bismillahirrahmanirahim..


20 Ogos 2008
2.00 Petang
Ruang tamu rumah saya.


"Alhamdulilah..wa syukurillah.."
"Bersyukur padaMu Ya Allah"

Alunan lagu nyanyian Opick featuring Amanda itu tiba-tiba mengingatkan saya kepada kanak-kanak di Sheffield, terutamanya Nida' dan Nasuha, adik angkat kepada Atikah, teman serumah saya.

Mengimbau kembali temasya Nasyeed Extravaganza 2008 yang lalu, saya pasti tersenyum sendiri. Masakan tidak, pada hari itu , saya baru mendapat tahu, si gadis kecil Nida' ini sangat berbakat besar. Memang tidak menyangka langsung, dia akan buat kemunculan bersama kumpulan Sheff-One. Yalah, ketika pasukan nasyid dari universiti lain sudah siap sedia menghantar borang pendaftaran, pasukan tuan rumah sendiri menyepi entah ke mana.

"Diorang ni, nak masuk ke tak nak?" saya bertanya teman-teman saya di komiti Next 2008.

"Entah..senyap je..," tambah teman yang lain.

"Tak boleh..tak boleh..diorang kena masuk juga..Mana boleh tuan rumah tak masuk.." lebih kurang begitulah kata-kata Saudara Ruzaini aka Pisang dengan wajah tegas. Dia memang berwajah tegas ketika mesyuarat ajk SMSA, Boss SMSA katakan.

Begitulah suasana menjelangnya NEXT 2008, bukan sahaja sibuk dengan persediaan, malah ragu-ragu juga dengan pasukan Sheffield yang sudah tentu diketuai oleh Saudara Mas Afzal (pelajar perubatan tahun ke empat). Cuma bayang ahli-ahli kumpulan tidak kelihatan.

Hmm..macam-macam lah mereka ni.

...............................................................................................................................


Entah mengapa perasaan rindu akan kanak-kanak di Sheffield tiba-tiba menyapa. Terutama terhadap anak-anak ibu angkat saya, Aliff dan Ainul serta anak-anak pasangan Kak Zah dan Abang Zack.
Tapi tidak pula bermakna saya tidak sabar pulang ke Sheffield. Masih ada sebulan berbaki untuk saya berada di Malaysia. Saya tidak mahu masa berlalu pantas.

..................................................................

Petang itu, selepas tamat mengulangkaji pelajaran di Information Common, saya pergi menyinggah ke rumah Kak Zah dan Abang Zack yang tidak jauh dari pusat bandar. Semalam saya sudah berjanji dengan Nida' dan Nasuha untuk menemani mereka ke taman permainan.

"Hello, kak, kak Wani kat mana ni? Bila nak sampai?" kedengaran suara Nasuha di corong telefon bimbit saya.

"Yes..I am on my way..Sabar sikitlah Ok? ," jawab saya.
Saya mempercepatkan langkah. Sejuk juga suasana petang ketika itu.

"Kak Wani..can I ask something?." tanyanya tersangkut-sangkut.

"Yes??"
Saya seperti dapat mengagak apa yang ingin ditanyanya.

"Can we go to any shop?

"For what?"

"I want to buy some chocolate, please.!"

Kan saya dah kata! Saya dapat mengagak apa yang diingininya. ^_^
Nasuha memang peminat coklat.

"Ok then..please wait for me outside. Bila akak dah sampai, we can walk there together. Can you ask Nida' if she wants to join us?" saya bertanya lagi. Takut si kakak kecil hati jika tidak diajak bersama.

Hmm..begitu lah kanak-kanak di sana. Petah dan lincah. Genetik ibu bapa , barangkali. Masakan tidak, ibu bapa belajar melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat PhD ke luar negara. Ditambah pula sejak kecil lagi si kanak-kanak itu sudah pandai bercampur dengan masyarakat di sana.

Saya pernah menggantikan Munirah, teman serumah saya untuk mengambil seorang kanak-kanak Pakistan dari sekolah dan menghantarnya pulang ke rumah.
Di sana, saya perhatikan suasana pembelajaran mereka sungguh berbeza dengan pembelajaran pra sekolah di sini.

Mereka kerap menganjurkan trip ke taman-taman untuk mempelajari dan menyaksikan sendiri hidupan dan tumbuhan yang hidup di luar seperti belalang, burung dan entah bermacam apa lagi hidupan yang saya sendiri tidak kenal.
Menariknya, terdapat juga kanak-kanak istimewa seperti down syndrome di sana. Namun, tidak pula mereka mengasingkan mereka daripada kanak-kanak normal yang lain. Mereka bebas bermain dan bergaul bersama-sama.
Malah, guru-guru mereka mengajar kanak-kanak yang normal untuk membantu rakan-rakan mereka yang kurang normal seperti membantu mereka mengambil makanan dan minuman.
Subhanallah, sejak kecil sudah diajar untuk saling membantu.
Menarikkan?

Saya teringin untuk menelefon dan berbual-bual dengan orang-orang di Sheffield.
Apa khabar agaknya Ummi dan Abi saya serta adik-adik. Sudah lama saya tidak melihat Ummi online..

Walau apa pun, saya tiba-tiba teringin meng "up load" rakaman nyanyian Sheff-One featuring Nida'. Bukan Sheff-One menjadi tumpuan saya tau, tapi adik Nida' yang sungguh pintar dan lincah. Malah, pandai menjaga adiknya yang masih bayi..Kagum..Subhanallah..Pujian kepada Tuhan yang menciptakan..



Sunday 17 August 2008

IQRA'

Bismillahirahmanirahim..

Membaca Itu kan Jambatan Ilmu!

Setibanya saya di Malaysia, setelah berehat dan berjumpa sanak saudara terdapat "gap" masa sebelum ke Kem Borneo. Jadi saya manfaatkan masa tersebut dengan memborong buku-buku dan mencuri masa untuk membacanya.

Semasa saya berada di sekitar Kuala Lumpur untuk berurusan dengan Abang Ammar dan Kak Anfal (Brotherhood), jika terdapat masa senggang atau semasa menunggu LRT, saya akan manfaatkan masa dengan membaca. Lebih-lebih lagi ketika itu, saya sedang meng" khatam" kan karya novelis kegemaran saya- Fatimah Syarhah bertajuk Syabab- Musafir Kasih. Jadi akibat terlalu khusyuk, saya terleka dan akhirnya terlajak stesen LRT. Mula-mula menggelabah juga, tambahan pula orang-orang sekeliling memandang saya yang terkial-kial mengangkut baju-baju yang akan diedarkan kepada teman-teman yang duduk di KL. Tapi tidak mengapa..walaupun kulit muka sudah terasa panas menaggung rasa malu, perasaan rileks dan cool perlu dipertahankan. Cool..cool.. =)

...............................................................................................................

Berikut adalah judul buku-buku yang cuba saya habiskan dalam tempoh cuti ini. Ada juga yang masih belum diusik.

Judul dalam bahasa Melayu:

1. Manikam Kalbu oleh Faisal Tehrani- Well recommended! Berkisar tentang dua generasi yang berbeza tetapi mempunya matlamat yang sama-iaitu meletakkan martabat pakaian sebagai "alat" menutup aurat berpaksikan pegangan syarak dan memelihara nilai-nilai estetika pakaian tradisional. Kedengaran seperti membosankan kan? Tapi baca dahulu baru tahu!


2. Syabab, Musafir Kasih oleh Fatimah Syarhah- Tidak perlu dipertikaikan lagi kebijaksanaan penulis muda ini menyusun jalan cerita. (Wah, bias kah saya?) Tetapi seperti biasa, membaca novel karangannya benar-benar meningkatkan motivasi saya untuk "memberi" dan "menyumbang" kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, insyaalah. Pembinaan watak Nur Mumtazah dilihat lebih matang berbanding watak dalam novel terdahulunya. Three thumbs up!


3. 24 Jam Sehari yang Bermakna dan I Love Ramadhan oleh Sahrulazmi Sidek - Sebenarnya kedua-dua buku ini merupakan hadiah daripada Ustaz Hainizam-guru lama saya di MRSM Serting semasa saya hadir ke sana untuk sesi motivasi bersama pelajar tingkatan 5. Jazakallah Ustaz! Saya akan berusaha membaca secepat mungkin dan mengambil iktibar daripadanya.


Judul dalam Bahasa Inggeris

1. The Learning Curve by Melissa Nathan- Berkisar tentang kehidupan guru sekolah rendah-Nicky Hobbs yang berusaha menjadi guru sekolah rendah yang cemerlang dan mudah didekati pelajar. Kemudian kehadiran seorang kanak-kanak lelaki, Oscar dan bapanya, Mark Samuels sedikit sebanyak meninggalkan impak dalam kehidupannya.
Komen ringkas- OK sahaja.

2. For One More Day by Mitch Albom- Well recommended! Kehidupan Charles Benetto yang penuh liku dan cabaran. Alkohol , rumah tangga yang porak peranda, penyesalan, kesedihan. Namun apa yang paling menyentuh perasaan, kisah tentang ibunya yang digambarkan seorang yang gigih dan sentiasa mempertahankan anak-anak yang tersayang. Penuh dengan pengajaran.

3. The Sirah of The Final Prophet by SM Hassan Al Banna- Sebenarnya buku ini sudah lama dalam simpanan saya sejak di UK. Disebabkan masih terdapat beberapa bab yang belum dihabiskan, saya pun menyumbatkan buku ini ke dalam bagasi untuk dibawa pulang ke Malaysia. Tambahan pula, Kak Nik Mun sudah assigned kami untuk menghabiskan pembacaan sirah rasullulah semasa cuti. Jadi, kenalah habiskan juga. Ringkas dan padat serta bahasa yang mudah. Bacalah! =)

4. The 7 Habits of Highly Effective Habit by Stephen R Covey- Saya rasa ramai yang sudah maklum tentang buku ini. Lebih lebih lagi isi kandungannya sering digunakan oleh Ustaz Hasrizal dalam pengisiannya. Namun, hanya beberapa bab sahaja yang terluak setakat ini. Mujurlah saya pernah menghadiri PUISI 2007 dan pernah menonton rakaman PUISI 2006. Jadi, bolehlah saya memahami kandungannya walaupun masih belum berjaya menghabiskan pembacaan buku ini. (Saya akan berusaha membacanya! Huhu)

5. A Thousand Splendid Suns by Khaled Hosseini- Buku ini masih berada dalam sampul plastik, belum dibuka langsung. ^0^. Daripada sinopsis di bahagian belakang buku, buku ini berkisar tentang Mariam yang dihantar ke Kabul untuk mengahwini seorang pemuda ketika berusia 15 tahun. Kehidupan bertambah susah apabila Kabul berada di bawah pemerintahan Taliban.
Hmm..tak megapalah, biar saya habiskan dahulu.

........................................................................................................

Saya gemar membaca. Sama seperti Kak Nik Mun. Jika di UK, sumber bacaan umum saya ialah Kak Nik Mun. Kadangkala ada juga kawan-kawan yang mengirim buku. Tetapi memikirkan kos dan effort yang lebih terpaksa dikorbankan oleh pengirim, maka lebih baiklah jika saya menunggu sehingga saat pulang ke Malaysia dan mendapatkan sendiri buku-buku tersebut.

Sewaktu saya keseorangan menunggu waktu untuk pulang ke Malaysia, saya kerap ke rumah Kak Nik Mun. Housematesnya seperti Kak Raudhah dan Kak Mardiah memang suka membaca buku. Mereka gemar berbincang tentang sesuatu buku yang telah mereka baca dan cuba mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dan yang paling suka tentang mereka serumah ialah hampir setiap hari mereka suka duduk bersama dan berbincang untuk memajukan diri.

Wah! Macam scary je bunyinya. Skema semacam.Huhu. Pada mulanya pelik juga saya lihat habit mereka ni. Namun setelah saban hari berada di rumah mereka, baru saya dapat lihat betapa bermanfaatnya "aktiviti" mereka ini. Tidak hairanlah mereka ini suka berfikir dan mahir memberi kata-kata perangsang serta sentiasa berfikiran positif.


Saya masih ingat lagi, waktu petang-petang semasa saya melayari internet di dalam bilik Kak Nik Mun, tiba-tiba...


Kak Nik Mun: Assalamualaikum...
Wani: Waalaikumsalam..Eh, Kak Nik Mun dah balik kerja?
Kak Nik Mun: Ha'ah.
Wani: Erm.. Kak..

(Tiba-tiba sepantas kilat Kak Nik Mun memotong dialog saya..)

Kak Nik Mun: Wani, kita dah tahu macam mana nak jadikan diri lebih baik dan kerja lebih produktif!! Macam ni..tadi dalam kereta masa drive , kita dah fikir macam mana nak plan hidup pada masa akan datang supaya...(bla..bla..) . Caranya macam ni...(bla..bla)

Wah! Tak sempat saya bertanya.."How was your day?", "Akak dah makan belum?" saya sudah dihidangkan dengan diperdengarkan dengan "Ceramah Pengurusan Masa Depan" oleh Dr Nik Munirah. Itu belum masuk bab bila Kak Raudhah dan Kak Mardhiah yang petah bercakap. Saya lah yang akan menjadi "penonton tunggal" kepada talk mereka ini. Ketika itu keluarlah bermacam fakta daripada buku-buku yang pernah dibaca oleh mereka. Baguslah, tidak perlu saya baca lagi buku-buku itu, kerana mereka sudah memberi sinopsis tentang isi kandungannya. =)

Keep it up girls!

.........................................................................................................................

Saya baru selesai mengajar adik saya tentang topik mitosis. Selepas ini, saya perlu fokus untuk menyiapkan assignment Student Selected Component- SSC . Terpaksa menghentikan aktiviti membaca buat sementara waktu.

Pendek kata, pupuklah minat membaca. Nescaya anda tidak akan menyesal!


Tag pun..Tag lah.. ^_^


Bismillahirrahmanirahim

Hm..kali ini, saya menulis secara santai sahaja. No cerpen-cerpen or novel-novel style ya! Berair juga mata saya menghadap Si Nurul Iman berjam-jam sambil menaip entry pengalaman di Kem Borneo tempoh hari. Mungkin dapat aura Fatimah Syarhah dan Faisal Tehrani kot. =)

Sepanjang seminggu saya berehat di rumah selepas kem tempoh hari, saya melakukan reading activity non-stop, lebih kurang macam marathon juga. Alhamdulilah habis dua judul buku dalam masa 5 hari. Tetapi yang paling saya suka ialah Manikam Kalbu , karya Faisal Tehrani. Nanti insyaalah dalam entry akan datang akan saya kongsikan judul-judul buku yang telah saya baca sepanjang cuti di Malaysia setakat ini. Maklumlah jika bertandang ke mana-mana shopping complex sahaja, book store menjadi tempat "must go". Hobi ini turut dikongsi bersama Nazirah dan Ezzathy.

Saya bercadang mahu menulis satu lagi entry juga bersifat santai sebelum ini, tapi disebabkan saya telah ditag dengan soalan yang agak menarik, jadi biarlah saya jawab dahulu soalan Cik Nazirah ni.

(Er,,Nazi, jawapan secara santai ya..Tengah mood santai ni, school holiday ^_^)

...........................................................................................................................................

Berapa lama anda sertai usrah?

Baru sahaja sebenarnya. Ketika di MRSM Serting Negeri Sembilan dulu, setiap Jumaat sementara pelajar lelaki ke masjid menunaikan solat Jumaat, pelajar perempuan pula akan berkumpul secara “massive” untuk mendengar pengisian. We did not have small group usrah actually. Just sit with whoever you like and listen to the talk for about half an hour I guess.

Bila masuk ke KMB, barulah terdedah dengan konsep usrah kubra(besar) and sughra(kecil). Walaupun agak baru dengan aktiviti begini, alhamdulilah saya tiada masalah menghadiri usrah. Mungkin saya ni skema kot, so tak terfikir pula nak skip usrah. (Itulah kelebihan menjadi orang skema..^_^ )

Erm..kalau saya cerita satu persatu ikut kronologi, I might have lack of idea to answer next question! So, move to the next one ya..hehe. Anyway, alhamdulilah till now, I have joined usrah for about 3 years. Masih setahun jagung sebenarnya.

Bagaimana anda sertai usrah?

Hmm..bagaimana? Subjektif pula soalannya. Untuk pendekkan cerita, I got involved seriously with usrah , (I mean attending not just because of compulsory/school activity) when my friends and I were invited by Kak Fuzi (Dr. Fuziah) to join her usrah. Sesiapa yang selalu ke KMB melalui Jalan Labuhan Dagang/Bkt Changgang, perasan tak ada klinik kecil di persimpangan jalan di hadapan tempat menunggu bas semasa outing? Klinik itu kepunyaan Kak Fuzi. Selalu juga saya mendapat diskaun apabila mendapatkan rawatan di sana. Alhamdulilah..=)

Semasa usrah bersama Kak Fuzi, saya belajar banyak perkara tentang usrah. Cara-cara/adab adab memulakan/ketika/selepas usrah, tadarus,sirah,tauhid, ibadah. Saya kerap kali tersentuh dengan pengisian dan cara penyampaian Kak Fuzi. Sungguh keibuan.

Semasa usrah mingguan KMB pula, saya diberi tanggungajawab sebagai naqibah. Frankly speaking, I did not feel confident at all at the beginning. I was totally a different person before I entered KMB. I knew VERY LITTLE about things. My mom and dad never taught me or even said the word “usrah”. Plus, being a naqibah, you are not just simply KNOW things for yourself, but you are expected to spread the words to others. Erm..one more thing, what made me to think twice was... I could not stand in front and TALK SPONTANEOUSLY. Hu~

Tapi segala pujian pada Allah, saya dikurniakan dengan teman-teman seperjuangan yang sungguh memahami. Kami berpimpinan tangan menempuh jalan ini bersama-sama. Teringat semasa MINGGU PENGHAYATAN ISLAM, bermacam-macam pengalaman ditempuh. Kadang kala saya tergelak sendirian mengingatkan resepi ayam paprik Adilah semasa aktiviti memasak. Kecoh betul waktu tu. Tidak lupa juga ketika “Jaulah ke Pavilion KMB” , banyak saat manis dikongsi sesama akhawat. Terkejut mak cik Dewan Selera melihat berduyun-duyun pelajar muslimat yang berpakaian seragam (T shirt labuh Brotherhood dan Amal Wafa) ke DS untuk menapau (tapau) roti jala dan air teh selepas subuh Ahad. Bermacam-macam aktiviti berlangsung ketika itu, bacaan ma’thurat, tazkirah, riadah, makan dan bergambar. Subhanallah, indahnya ukhuwwah!!

Sepertimana yang diceritakan oleh Nazirah, hubungan kami dengan adik-adik junior juga rapat. Semuanya bermula dengan usrah/tazkirah di surau blok. Kebanyakan kami sudah menganggap surau blok sudah seperti tempat “hang out” (bukan bergayut tau!), di sinilah kami menghubungkan ukhuwwah.

Di Sheffield pula, saya menghadiri dua usrah rasmi. Usrah pertama dibawa oleh naqibah final year, Kak Faizah dan yang kedua oleh Kak Nik Mun, seorang doctor. Kedua-dua naqibah ini telah banyak berjasa dengan menumpahkan limpahan ilmu yang berharga. Erm, saja saya nak share,kedua-dua naqibah saya ni sangatlah lemah lembut dan keibuan, sama seperti Kak Fuzi dulu. Bertuah betul saya kan? Tetapi Kak Faizah telah selamat kembali ke Malaysia dan Kak Nik Mun pun, lambat laun akan pulang juga. Sedihnya...=(


Kenapa anda sertai usrah?

With understanding and awareness that I have now, I join usrah because I know I need the “strength” to keep on my faith and my life! Living far away from your family, close friends, “ustaz or ustazah” who you can refer to easily in Malaysia, somehow, it can change your life a bit. Believe me. So, cara yang mudah ialah bergaullah dengan sahabat-sahabat yang mampu membawa kita kea rah kebaikan. Betul tak? Tegur menegur dan sayang menyayangi antara satu sama lain. I really like this!

Tetapi awas! Janganlah asyik dengan kelompok masing-masing hingga melupakan rakan-rakan sekeliling yang hatinya masih belum tergerak bersama-sama merasai kemanisan iman dan ukhuwwah. Kita perlu juga menghubungkan silaturrahim dan berakhlak mulia dengan mereka agar lembut hati mereka untuk bersama-sama dengan kita satu hari nanti , insyaalah. Pendek kata, berdakwah lah dengan kasih sayang!

Tiga perasaan sertai usrah.

1.Bersyukur teramat sangat.

2. 2.Berasa bahagia. Huhu. Macam jiwang pula, tapi memang pun saya rasa bahagia sangat. Tidak perlu sibuk-sibuk mencari “kasih” yang bukan-bukan di tempat lain. Maklumlah waktu muda remaja ni banyak cabarannya. ^^

3. 3.Teruja! Saya pun tak tahu bagaimana nak huraikan tapi memang excited kalau ada sisters ajak pergi usrah.

...............................................................................................



.....

BO

Sunday 10 August 2008

Berjalan, Melihat dan Mentafsir- Siri Akhir



“Ya...Mereka Perlukan Kita....”

Jumaat, 1 Ogos 2008.

Sekitar perkarangan Asrama Puteri SMKAKK.

Sekitar 4.30 pagi.

“Perhatian kepada semua pelajar puteri!! Bangun sekarang!! Seperti biasa , kamu semua dikehendaki turun ke surau untuk solat subuh berjemaah jam 5 pagi nanti!! Arahan ini wajib kepada semua pelajar!! Tidak perlu diulang-ulang!!,” laungan salah seorang pelajar puteri berloghat Sabah mengisi keheningan subuh di perkarangan aspuri.Laungan itu menghasilkan gema yang memantulkan suara. Sayup-sayup kedengaran.

Saya terjaga daripada lena. Sedikit terkejut.

“Astaghfirullahalazim..Amboi..garangnya..,” desis hati saya. “Pengawas asrama barangkali,” saya menelah.

Di luar kamar TV, terdengar derapan tapak kaki pelajar puteri yang sibuk mengurus diri sebelum para pengawas memulakan rutin mengambil nama pelajar yang lambat ke surau. Saya menyusun langkah menuju ke arah pintu. Perlahan-lahan daun pintu dikuak.

Memang benar jangkaan saya. Kelihatan pelajar puteri sibuk sekali dengan urusan masing-masing. Riuh rendah keadaan pagi itu.

Saya segera menyarungkan selipar. Kemudian, langkah diatur menuju ke bilik air untuk menyegarkan anggota. Tiba-tiba langkahan terhenti seketika. Saya mendongak ke langit. Terpana seketika.

“Subhanallah...,” terpacul kalimah agung itu secara tiba-tiba daripada mulut saya.

Saya merenung sekali lagi ke arah langit. Kali ini lebih lama. Tidak berkedip.

Fajar mula merekah kemerahan di ufuk timur. Bumi Sabah ini teramat indah bagi saya. Keindahan yang sukar dimengertikan.

Saya paling suka waktu fajar. Pada waktu inilah saya beroleh ketenangan pada awal hari. Saya menghirup udara segar sepuas-puasnya. Sesekali kedengaran kicauan burung turut bersama memuji kebesaran Ilahi.

Jauh di sudut hati,saya yakin tiada sesiapa yang mampu melakar kembali keindahan pagi itu serupa sepertimana hebatnya Sang Pencipta mengatur segala-galanya.

Hatta pelukis ulung dunia pun tidak akan berjaya melukiskan kecantikan itu ke kanvasnya.Sasterawan agung juga tidak akan berupaya menghuraikan keindahan panorama itu menerusi bahasa pena.

Tidak semena-mena lensa retina saya beralih arah. Wajah adik-adik SMKAKK pula mengambil tempat. Saya perhatikan gerak geri mereka yang sudah mula bersiap-siap ke surau. Sesekali mereka menghadiahkan saya senyuman yang tersungging di bibir beserta ucapan salam. Senyuman mereka itu saya balas, “Waalaikumsalam dik..”

Raut wajah polos anak-anak remaja ini tiba-tiba menyentuh tangkai hati.

Entah mengapa rasa simpati mula menjalar ke segenap saraf.

“Adik-adik ini perlu dibantu!!,” getus hati saya.

.......................................................................................

"Kasihan Mereka..."

Kamar TV asrama puteri

Hari yang sama, kira-kira 8.30 pagi.

“Contoh apa nak digunakan ya?” saya mengomel sendirian sambil jari jemari lincah mengetuk papan kekunci “Nurul Iman” kesayangan saya. Nurul Iman ini sudah seperti jantung pengarang saya, ke hilir hilir setia menemani.

Saya merenung Slide Powerpoint yang masih belum siap lagi.

Malam semalam kami tidur agak lewat. Atas cadangan bernas Ukht Nazirah Azman, kami, fasilitator muslimat bersetuju untuk mengambil satu slot selepas solat zuhur bersama –sama pelajar muslimat daripada tingkatan 1 hingga 6 atas. Biasanya, waktu ini disenggangkan untuk pelajar muslimat mendengar tazkirah sementara menunggu pelajar muslimin pulang daripada mengerjakan solat Jumaat.

Saya terkenang perbualan kami pada malam sebelumnya.

“Wani, tadi semasa waktu makan, adik-adik tu tanya kenapa tak ada slot untuk diorang? “ Nazirah bertanya. Ketika itu, kami baru sahaja selesai menikmati hidangan makan malam di dewan selera.

“Adik-adik mana?” saya menyoal sambil merenung wajah teman saya ini.

“Adik-adik form 1, form 2,form 3 form 4..semua lah..diorang cakap..diorang pun nak juga sesi dengan kita, takkan form 5 je..,” jawabnya lagi.

Saya termenung. Lama berfikir.

“Kita buatlah satu slot untuk diorang Wani...kasihan kita tengok..Beria-ria betul diorang..Kita tadi tak sampai hati nak jawab “No” kat diorang..Serba salah dibuatnya,” pujuknya lagi.

Teman seperjuangan saya ini memang prihatin. Teringat saya kepada watak “Nur Mumtazah” yang amat prihatin dan halus jiwanya terhadap nasib anak bangsa sendiri dalam novel “Syabab, Musafir Kasih” tulisan novelis kegemaran saya, Fatimah Syarha.

Akhirnya, setelah bermusyawarah dengan teman fasilitator muslimat, kami bersetuju untuk “memberi” sesuatu kepada adik-adik ini. Setelah berbincang dan merancang butir-butir pengisian , akhirnya tugas untuk menterjemahkan mesej pengisian dalam bentuk slide powerpoint dan lisan diserahkan kepada saya.

Jadi, pagi itu, masa yang berbaki tinggal beberapa jam sahaja lagi saya gunakan sebaik mungkin untuk menyiapkan slide dan menyusun butiran talk saya. Tidak lama..lebih kurang 30 -40 minit masa diberi.

Secara mudahnya, “perkongsian” pada kali ini berkisar tentang peri pentingnya meletakkan matlamat hidup yang betul, konsep syariatullah dan sunnatullah serta saya menyentuh sedikit kepentingan beradab terhadap ibu bapa , guru dan rakan.

Di sini, saya harus akui bahawa saya tidak sehebat seperti beberapa teman lain yang mampu menyampaikan talk melalui olahan idea dan kajian sendiri . Saya belum lagi mencapai ke tahap itu. Segala isi penyampaian kali ini disumbangkan oleh teman akhawat , mutiara ilmu daripada beberapa penceramah terutamanya Al Fadhil Ustaz Hasrizal dan slide-silde juga diadaptasi daripada slide milik teman seperjuangan. Sekalung apresiasi saya tujukan untuk antum semua.

“Wani, banyak lagi ke?. Ada apa-apa nak ditolong tak?” tiba-tiba pertanyaan Azie menyapa telinga.

Lamunan saya termati.

“Insyaalah, kita ok. Tak apa..tak apa..sikit lagi je ni..,” balas saya.

Haish..mengelamun sahaja kerja saya..Bila mahu siap kerja? Saya segera menumpukan semula perhatian ke skrin computer riba saya ini.

..................................................................................

“Macam-macam”

Hari yang sama (Jumaat).

Perkarangan Asrama Puteri .

Kira-kira jam 10 pagi.

Sambil mengendong “Nurul Iman” (lap top saya), saya merayau-rayau mencari bilik yang kosong dan sunyi di persekitran aspuri. Suasana ketika itu sunyi sepi tanpa kehadiran pelajar yang kini berada di bilik kelas masing-masing.

Sudah menjadi “habit” saya, sejam dua sebelum menyampaikan pengisian di khalayak ramai, saya akan mengambil masa untuk bersendirian bersama-sama “Nurul Iman” terlebih dahulu. Masa ini saya akan gunakan untuk mencerna isi yang terkandung dalam slide presentation sebaik mungkin agar saya lebih bersedia dan tenang menghadapi audience/mad u’.

“Hah..jumpa pun..macam sesuai je bilik ni,” saya membaca papan tanda di atas pintu masuk bilik tersebut. Terpampang perkataan “BILIK SAKIT”.

Hati saya yakin mengatakan bilik ini sudah tentu tidak berpenghuni. Saya segera masuk dan mencari tempat yang sesuai untuk menyempurnakan tugas saya.

Bilik itu sederhana besar.Terdapat 4 buah katil tersusun di bahagian kiri bilik. Suram sahaja suasana.

Tiba-tiba...mata saya menangkap kelibat satu objek di bahagian kiri saya.

“Ya Allah!! Apa tu?” Debaran mula mencengkam. Perlahan-lahan, saya mendekati objek itu.

“Astaghfirullahal azim...,” saya beristighfar panjang. Sekujur tubuh terbaring lesu di atas katil.

Saya menerpa ke arah tubuh lemah ini.

“Adik..adik..,” saya memanggil manggil gadis yang tidak saya ketahui namanya sambil menepuk-nepuk lembut pipinya.

Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka. Teramat lemah sekali.

“Adik..kenapa ni? Sakit ya?” , saya meraba dahinya. Panas.

Kemudian saya menyentuh leher dan kakinya. Tersangat panas.

Mata saya liar memerhatikan sekeliling tempat pembaringan gadis ini. Di sebelah kiri bantalnya, kelihatan kertas tisu yang telah digunakan. Namun apa yang menarik perhatian saya ialah, terdapat tompokan darah pada tisu itu.

Darah?!!

Kerisauan semakin memuncak.

Saya menyeluruhi wajah gadis belasan tahun ini. Kelihatan kerak tompokan darah yang sudah mengering di sekitar hidungnya.

Sambil mengelus lembut ubun-ubunnya, saya bertanya lagi, “ Hidung adik keluar darah ya?”

Lantas dia menggeleng geleng kepala. Saya menjadi hairan.

“Habis, darah pada tisu ni datang dari mana?”

“Batuk darah,” ujarnya pendek.

Haemoptysis??! terpacul term perubatan itu dalam benak saya. Saya mengetap bibir, risau.

Kali ini saya tidak mampu berdiam diri. Haemoptysis atau batuk berdarah adalah symptom yang tidak boleh dipandang remeh oleh sesiapa pun termasuk doktor.

“Adik, kita pergi jumpa doctor ya?” saya memujuknya, lembut.

Dia mengangguk lemah.

Dengan segera, saya meluru ke bilik TV untuk memaklumkan kepada rakan akhawat. Mujurlah ketika itu, Ukht Farhanah dan Ukht Hani berada di bilik tersebut. Memikirkan saya masih punya tanggungjawab untuk menyempurnakan “talk” pengisian pada tengah hari itu, saya meminta jasa baik kedua-dua teman saya ini mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah untuk menemani adik tersebut ke pusat rawatan.

Sementara itu, saya teringat bahawa adik tadi belum menjamah sesuap makanan pun pagi itu. Tanpa membuang masa, saya segera ke kantin berdekatan. Seusai menghulurkan sekeping not lima ringgit dan mengucapkan terima kasih kepada pengusaha kantin, saya kembali ke bilik sakit.

Setelah beberapa ketika, akhirnya kami mendapat kebenaran membawa adik tersebut ke pusat rawatan di Kota Kinabalu. Mujurlah Ustazah Raniah menawarkan diri untuk membawa mereka bertiga ke sana lantaran ketiadaan kenderaan sekolah pada waktu itu. Jika tidak, tentu sahaja kami terpaksa menyusahkan Akh Azri atau Akh Hairul Adhan (Sheffield Hallam) yang ketika itu sibuk dengan urusan masing-masing di MRSM Kota Kinabalu.

Selain Ukht Farhanah dan Ukht Hani , teman fasilitator muslimat yang lain juga keluar ke Bandar Kota Kinabalu atas urusan tertentu. Ukht Azie pula berada di bilik computer sekolah menyelesaikan urusannya. Maka tinggallah saya sendirian di aspuri. Terkial-kial saya membuat persiapan terakhir sebelum waktu Zuhur menjelma.

Macam-macam pula berlaku pada hari ini. "Ada hikmah barangkali," fikir saya.

.............................................................................................................

"Hayya 'alal Falah"

Sabtu, 2 Ogos 2008.

Selepas Maghrib, Bilik Kuliah Bangunan Tekonologi Kejuruteraan SMKAKK.

“OK..Sekarang ni, masuk dalam kumpulan LDK masing-masing dan bincangkan apa yang kamu nak buat selepas SPM,” begitulah lebih kurang bunyinya arahan Ketua Fasilitator Muslimin, Akh Hijaz. Malam itu, Akh Izzat bertanggungjawab menyampaikan talk “What to do after SPM”, kemudian disusuli sesi LDK bersama-sama semua fasilitator.

Alhamdulilah, masuk hari ketiga ini, para pelajar semakin bersemangat dan berani mencuba tatkala diajukan sebarang soalan.

“Alhamdulillah..alhamdulilah..alhamdulilah.. ,”saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Saya percaya, kesemua fasilitator juga sama-sama mengurut dada kelegaan melihat perubahan yang amat ketara pada adik-adik ini. Perubahan amat jelas ketika sesi LDK Study Skills yang dikendalikan oleh Ukht Nazirah Azman yang bertanggungjawab memperkenalkan teknik “Mind Mapping” kepada para pelajar petang tadi. Setiap kumpulan berebut-rebut giliran untuk mempersembahkan hasil kerja kumpulan masing-masing.

Pada mulanya, terkejut juga kami melihat perubahan drastik ini. Imej pelajar yang pada mulanya layu, kaku dan beku menghilang entah ke mana. Kini mereka berubah wajah. Dan yang paling penting, mereka sudah punya momentum untuk berjaya.

“Alhamdulilah,”..kalimah tahmid meniti lagi di hujung bibir.Saya mengulum senyuman sendirian.

Mungkin inilah berkat izin Allah dan kesungguhan penceramah jemputan kami, Akh Mukhtar Suhaili serta usaha keras para fasilitator yang tidak jemu menyuntik semangat jihad dan tekun berusaha ke dalam sanubari adik-adik yang tercinta ini.

Saya masih ingat lagi,sepanjang kem berlangsung, kata-kata seumpama ini sering dilaungkan bukan sahaja oleh Akh Muhktar Suhaili, tetapi oleh kesemua teman fasilitator.

Adik-adik mesti ada matlamat untuk berjaya!!”

“Adik-adik mesti berani mencuba untuk berjaya!!”

“Adik-adik mesti tekun berusaha untuk cemerlang!!”

“Adik-adik kena kuatkan semangat dan tak boleh putus asa!!”

Ya..orang Islam mesti berusaha untuk menjadi orang yang berjaya. Masakan tidak, lahir sahaja ke muka bumi, kalimah “ hayya ‘alalfalah” sudah dilaungkan ke telinga si kecil.

Sekali lagi, saya tersenyum sendirian. Sekurang-kurangnya, esok pagi –pagi, kami sudah boleh meninggalkan anak-anak harapan bangsa ini dengan hati yang lebih tenang.

...........................................................................................

Tribute khas: Sayangku Fatimah.

(*Nama watak Fatimah adalah nama samaran individu sebenar.)

Ketika itu, saya meninggalkan sebentar anak-anak buah LDK saya. Sengaja saya membiarkan mereka memikirkan sendiri apa yang ingin mereka lakukan selepas SPM dan mencatatnya di atas kertas.

Saya melangkah menuju ke bahagian belakang bilik kuliah itu.

Sekilas, saya mendapati seorang pelajar puteri duduk termenung sendirian.

Dengan cermat, saya mendekatinya dan duduk bersimpuh di samping gadis belasan tahun ini.

“Fatimah, Fatimah tengah buat apa ni?” saya menyapanya dengan pertanyaan.

Anak gadis ini menggeleng-gelengkan kepala.

“Fatimah tak nak ikut macam kakak-kakak form 5 buat ke?,” .

Melihat tiada respon daripadanya, saya meneruskan kata-kata, “ OK, mari sini akak ajar Fatimah. Fatimah dah ada target untuk PMR?” Saya bertanya lagi.

Sekali lagi, dia menggeleng-gelengkan kepala sambil tersengih. Seolah acuh tak acuh sahaja dengan pertanyaan saya.

Saya menghembuskan nafas, lemah.

Fatimah, adalah pelajar tingkatan 3 di sekolah itu. Anak Sabah ini merupakan anak pekerja buruh kontrak dan ibunya merupakan seorang suri rumah tangga. Anak sulung daripada dua beradik ini tersangat pemalu dan kadangkala sifatnya yang pemalu itu membataskan dirinya untuk bertindak berani mencuba seperti rakan-rakannya yang lain. Sesungguhnya anak gadis ini menjadi perhatian kepada semua fasilitator muslimat lantaran sifatnya yang agak unik itu .

Saya teringat saat ketika kami mula-mula tiba di sini. Saya kira , agak kecoh juga seluruh sekolah apabila dikhabarkan ada mahasiswa “oversea” sedang bermukim di sekolah mereka. Setiap kali melepasi para pelajar, pasti sahaja kami akan disapa dengan senyuman . Kemudian mereka akan berbisik-bisik sesama sendiri. Malah , dari kejauhan lagi, mereka sudah memandang-memandang ke arah kami. Tidak kira, di asrama, dewan makan, surau..kami sentiasa menjadi perhatian. Tidak kurang juga yang menghendap-hendap kehadiran kami!!

Saya teringat saat kami mengenali gadis istimewa bernama Fatimah ini. Ketika itu, seusai menikmati hidangan makan malam, kami duduk berehat-rehat di dalam kamar TV. Saya yang ketika itu sedang mengemas pakaian terlihat kelibat bayang-bayang sedang terhendap-hendap di sebalik tingkap besi Nako berdekatan pintu. Perlahan-lahan saya menolak pintu sedikit.

Terkejut saya . Rupa-rupanya seorang pelajar puteri terpacak di tepi tingkap , sedang memerhatikan kami yang sedang berehat dan duduk bersembang sesama sendiri tanpa pengetahuan kami.

“Eh adik, buat apa ni terhendap-hendap? Jomlah masuk, jumpa kakak-kakak,” saya mempelawanya, mesra.

Dia tidak menjawab. Hanya menggeleng-gelengkan kepala.

“Alah..janganlah malu. Jomlah masuk,” pujuk saya.

Sekali lagi, tiada kata-kata yang keluar daripada mulutnya. Yang ada hanyalah gelengan kepala. Kemudian, dia melarikan diri. Entah di mana dia bersembunyi.

“Astaghfirullahalazim..adik..adik..,” kali ini giliran saya pula menggelengkan kepala.

Dariapada raut wajahnya,saya seolah-olah dapat membaca sesuatu. Gadis ini terlalu pemalu. Bagus sebenarnya menjadi seorang pemalu. Bukankah sifat pemalu itu perhiasan kaum muslimah? Namun, malu yang tidak bertempat juga akan mendatangkan banyak masalah. Bagaimana hendak berjaya jika malu bertanya dan takut untuk mencuba?

Saya meggelengkan kepala lagi.

..................................................................................................

Keesokan harinya, pada waktu yang sama, saya terlihat kelibat gadis semalam. Masih terhendap-hendap. Kali ini, kami buka pintu seluas-luasnya. Sengaja kami berbuat begitu agar sesiapa sahaja di kalangan pelajar bebas keluar masuk dan bertemu dengan kami untuk bertanyakan apa sahaja soalan.

Setelah merisik-risik, barulah saya tahu nama gadis pemalu ini ialah Fatimah. Klasik namanya.

“Fatimah..marilah sini..Jomlah masuk,” saya memujuk lagi.

Dia tidak berganjak. Masih terhendap-hendap di situ. Entah apa yang disegankan, saya juga tidak pasti.

“Fatimah..Fatimah dengarlah cakap kakak ni..Fatimah nak jadi budak baik ke budak nakal? Kalau nak jadi budak baik, mari sini masuk..duduk sebelah kakak,” kali ini pujukan saya seakan-seakan sedang memujuk kanak-kanak pra sekolah pula. Haih..tak mengapalah..janji dapat pujuk.

Rupa-rupanya, berjaya juga taktik saya. Tembok perasaan segannya mulai cair. Perlahan-lahan dia memasuki kamar TV dan duduk bersila di sebelah saya.

Ketika inilah saya mula mengenali anak gadis ini. Latar belakangnya, keluarganya, kegemarannya.

Tidak hairanlah gadis ini terlalu pasif dan kurang keyakinan diri. Dia tidak seperti sebahagian besar rakan-rakan sebayanya di semenanjung atau di sekolah elit seperti Sekolah Menengah Sains Kuching yang datang daripada keluarga yang senang. Pernah diceritakan ayahnya berhempas pulas bekerja dan bersusah payah memohon bantuan biasiswa untuk anak sulungnya ini meneruskan pelajaran peringkat menengah di sekolah ini. Kesan daripada itu, dia terlambat mendaftar dan keciciran selama beberapa tempoh.

Perasaan hiba mula bersarang di hati.

Saya menanamkan tekad. Esok, malam sabtu merupakan malam terakhir kami di sini. Saya perlu membawanya turut serta bersama-sama dalam program kami yang terakhir.

Saya tidak peduli sekalipun dia bukan pelajar tingkatan lima.

Saya tidak peduli jika dia bukan di kalangan pelajar yang diundang.

Saya tidak peduli jika akan ada mata aneh yang memandang.

Yang saya peduli ialah, pelajar ini perlukan bimbingan dan perlu ditatang.

..............................................................................

Suasana perbincangan yang hingar bingar mengejutkan saya secara tiba-tiba. Para fasilitator sibuk melayani anak buah masing-masing. Rancak benar nampaknya. Alhamdulilah, sedikit sebanyak, mereka mula nampak betapa pentingnya untuk memanfaatkan masa tatkala SPM bakal berlalu.

Saya kembali fokus kepada anak gadis ini.

“Fatimah...,” saya memanggil namanya sekali lagi.

“Fatimah, betul ke ni Fatimah belum ada matlamat untuk berjaya ?” saya mengulang kembali pertanyaan yang sama.

Tiada jawapan. Dia hanya menyeringai sahaja.

“Fatimah, kakak nak cakap ni..Fatimah dengar elok-elok ya..,”

“Fatimah..Kalau Fatimah tak ada matlamat, Fatimah susah nak berjaya macam orang lain. Fatimah ingat lagi tak, Fatimah pernah bagitahu kakak, waktu prep, Fatimah selalu berbual-bual sahaja, sikit sahaja kerja rumah yang Faatimah buat. Fatimah cakap, Faatimah tak baca buku sangat. Fatimah tak boleh buat macam tu ..Kakak susah hati kalau Fatimah tak belajar rajin-rajin..,” saya menarik nafas dalam-dalam.

Dia hanya tunduk memandang lantai.

“Fatimah, kakak tengah cakap dengan Fatimah ni..Cuba Fatimah pandang sini..Fatimah..pandang kakak ni...,” . Perlahan-lahan dia mengangkat mukanya. Saya merenung matanya yang cerlang.

“Fatimah..Fatimah tak kasihan pada ayah ? Penat ayah Fatimah kerja siang malam..mesti ayah letih cari duit. Duit tu nanti ayah nak bagi Fatimah untuk beli buku. Tapi kalau Fatimah tak baca buku, sia-sia sahaja ayah kerja kuat-kuat,” psiko sahaja bunyinya,tetapi itulah yang mampu saya luahkan. Tidak sampai hati saya mengenangkan ibu dan ayah yang bekerja kuat tetapi anak-anak kurang menyedari pengorbanan mereka.

Suasana yang agak bising di persekitaran tidak saya peduli. Yang saya pedulikan ialah Fatimah di hadapan mata saya ini.

“Fatimah..Fatimah tahu tak..dari jauh, kakak-kakak dan abang-abang datang nak jumpa adik-adik di sini, nak jumpa Fatimah,”.

“Kakak –kakak dan abang-abang datang dari semenanjung sebab nak bagi adik-adik semua semangat untuk berjaya,” saya terdiam seketika. Kemudian mengambil nafas dalam-dalam.

“Kakak-kakak dan abang-abang datang ke sini pakai duit sendiri , Fatimah. Tapi kami tak kisah,”

“Kakak-kakak dan abang-abang kadang-kadang penat Fatimah. Tapi kami tak kisah,”

Saya menatap wajahnya dengan penuh harapan.

“Dah hampir dua minggu kakak tak jumpa mak dan ayah kakak. Adik-adik akak pun, akak dah lama tak jumpa. Akak memang rindu kat diorang. Tapi akak tahu akak ada tugas yang lebih penting di sini. Tapi tak apa..akak tak kisah. Tapi Fatimah, akak akan kisah kalau Fatimah tak mahu belajar sungguh-sungguh,” dada saya tiba-tiba mula berombak. Sebak.

“Jadi akak harap Fatimah berubah lah..Jadi lebih rajin..Kena ada matlamat..Kena kuat berusaha. Fatimah tak boleh leka lagi. Fatimah faham apa yang akak cakap ni?” saya bertanya lembut tetapi bernada tegas. Saya berusaha menyembunyikan suara yang mula bergetar.

Dia mengangguk lemah.

“Alhamdulilah..sekarang ni, ambil kertas ni, Fatimah kena tulis apa yang Fatimah nak buat lepas ni..Apa yang Fatimah nak ubah..Ingat , kalau dulu, Fatimah suka main-main, jadi lepas ni Fatimah kena serius belajar. Kalau dulu Fatimah malas berusaha , jadi lepas ni, Fatimah kena rajin. Boleh tak Fatimah?

Dia mengangguk lagi.

“Ok , kakak nak tengok kakak-kakak form 5 kejap, Fatimah buat ya apa yang akak minta? Fatimah kena bersungguh-sungguh lepas ni. Nanti, bagi kertas ni pada akak, akak nak tengok, ok?” saya menepuk-nepuk belakangnya.

Saya tersenyum tawar.

...........................................................................................................

Alhamdulilah, malam itu,tercapai juga hasrat saya meluahkan apa yang terbuku di dalam dada.

Sebelum melelapkan mata , kami sempat melayan beberapa orang adik-adik yang datang bertandang ke bilik TV pada malam itu. Maklumlah, malam terakhir. Berduyun-duyunlah adik-adik yang datang menumpang tidur di dalam bilik itu.

Fatimah juga turut serta. Sebelum saya terlena kepenatan, saya mengeluarkan uncang yang berisi duit syiling mata wang United Kingdom.

“Fatimah, ni nama dia one pound. Nilainya sama dengan RM6.30,” terang saya.

“Wah, banyaknya! Duitnya kecil sahaja, tetapi mahal ni,” ujarnya dalam loghat Sabah. Teruja nampaknya.

Saya tersenyum melihat keletahnya. Saya menyambung lagi.

“Haa..yang ini 50 pence. Di sini, kita panggil sen, tetapi di sana dipanggil pence atau 50 p. Lebih kurang RM 3 lebih ni..,” luah saya lagi.

Saya mengeluarkan lagi syiling yang berbaki di dalam uncang itu.

“Fatimah ambillah semua ni. Buat kenang-kenangan. Takpun, kalau Fatimah dah besar nanti, Fatimah datang ke UK, Fatimah boleh guna duit ni, ya?” saya cuba menyuntik semangatnya.

Malam itu, entah pukul berapa saya terlena. Letih benar. Tetapi keletihan itu cukup bermakna.

.........................................................................................................

Ketika Itu...Ia pun Mula Berlalu..............

Ahad, 3 Ogos 2008.

Masih di dalam perut pesawat AK5105 ( Kota Kinabalu- Kuala Lumpur)

Saat tanah semenanjung mula melambai-lambai..

“Wah..sengalnya tengkuk,” saya memicit-micit tengkuk.Saya tersedar daripada lena. Agak lama juga saya tertidur di dalam pesawat itu.

Kini tamat sudah pengembaraan Kem Eksplorasi Minda Borneo –Jom Jauhlah 2008. Pesawat AK 5105 meluncur laju membelah angkasa.

Bumi Borneo pula semakin jauh ditinggalkan. Ditinggalkan dengan seribu satu kenangan.

Saya menggosok-gosok pelupuk mata. Keletihan masih terasa.

Saya membongkokkan badan sedikit dan mencapai beg galas Nike berwarna biru tua di bahagian bawah tempat duduk. Lalu saya mengeluarkan diari dan beberapa bungkusan hadiah yang saya tidak tahu apa kandungannya.

Diari itu saya selak helaian demi helaian. Bukan untuk membaca apa yang tercoret di dalam diari tersebut, tetapi saya mencari helaian kertas dan kad ucapan yang dibingkiskan oleh anak-anak Borneo yang telah kami tinggalkan beberapa jam yang lalu.

Raut wajah adik-adik silih berganti .

Fatimah, Aiza, Nana, Athirah, Dayana, Saddam, Khaidir..dan yang lain-lain..tidak mampu saya senaraikan semuanya di sini...

Tidak lupa juga kepada Aina yang rupa-rupanya mengalami luka pada tonsil. Inilah punca batuknya mempunyai tompokan darah. Semoga cepat sembuh ya dik.

Suasana yang bening benar-benar mengusik jiwa.

Pagi tadi bukan pagi yang mudah bagi kami. Masa kian menghampiri penghujungnya. Semasa kami mula meninggalkan perkarangan sekolah, berduyun-duyun adik-adik puteri berkumpul di luar asrama.

Ada yang menghadiahkan kami dengan senyuman yang merekah.

Ada yang masih menggosok-gosok mata yang merah.

Ada pula yang mengesat pipi yang basah.

Walau apa pun reaksi mereka, saya perlu tabah. Saya sudah bertekad untuk meninggalkan mereka dengan semangat berani berjihad sebagai azimat perjuangan.

Jadi, saya tidak boleh menangis di hadapan mereka. Tidak boleh. Noktah.

“Fuh..,” saya menghela nafas.

Saya mengalihkan pandangan ke arah kad-kad ucapan di atas pangkuan riba. Kad ucapan hasil kerja tangan mereka yang berwarna merah jambu menarik perhatian saya. Kad yang direka khas untuk fasilitator muslimat itu disampaikan kepada saya sebagai wakil .

Saya meneliti setiap bait ucapan yang mereka titipkan untuk kami.

“Thank you for everything. Kini , kami sudah ada MATLAMAT sendiri!!”- Balqis

“Doakan kejayaan kami, tunggu kami di oversea!!”- Mohd Hansar

“Banyak perubahan yang berlaku in myself. Pengorbananmu amat bermakna”- Dayana

“Doakan kejayaan kami khususnya saya yang ingin menjadi seorang doctor!!”- Khaidir.

Akhir sekali, saya melirik ke arah sekeping kad kecil berwarna jingga.

“Sesungguhnya Pengorbananmu Membawa 1001 Makna Buat Kami”

- SMKAKK 08-

Tidak semena-mena pandangan saya semakin kabur.

Entah mengapa mata ini mula berkaca.

Saya meraba pipi.

Panas.

Dan tiba-tiba basah.

Saya tertewas akhirnya.