Monday, 9 June 2008

IMAN in HOLIDAY?


IMAN BERCUTIKAH?


Kolej MARA Banting
2007

"Sebelum para sahabat semua kembali bercuti ke kampung masing-masing, insyaalah pada malam ini, ada sedikit peringatan dan perkongsian yang ingin ana sampaikan , untuk diri ana dan para sahabat sekalian," begitulah lebih kurang bunyinya ungkapan seorang akh yang merangkap amir kami - Gagasan Nuqaba' Kolej MARA Banting 2006/2007.

Entah mengapa malam-malam begini fikiran saya menerawang ke halaman permai kolej persediaan di ceruk Banting itu.
Kemudian ingatan saya terus menerjah ke perkarangan Surau Annur, terutama di bahagian belakang surau, tempat kami melakukan perjumpaan / meeting untuk Gagasan Nuqaba', Guidance and Counseling Club dan sebagainya.

Esok, hari Jumaat.
Hari terakhir sebelum cuti semester.
Memang seronok, lebih-lebih lagi saya yang amat jarang pulang ke kampung halaman di Johor.

Ini bermakna, saya bukanlah ahli PBSM-Persatuan Balik Setiap Minggu.
Malam itu, selepas selesai ceramah malam Jumaat, kami, ahli Gagasan Nuqaba' dipanggil untuk mendengar amanat sang amir sebelum masing-masing bertebaran di destinasi percutian masing-masing.

Hingga hari ini, saya masih ingat kata-katanya setiap kali menjelang musim cuti..

"Pada musim cuti ini, ingatlah, tidak bermakna pada waktu itu, iman kita juga bercuti,"

..........................................................................................................

AMANAT

Rabu, 4 May 2008
Kebabish, Wicker Street,
6.00 petang.

Cuaca hari ini sangat indah. Panas.
Kami berjalan bersama-sama ke restoran yang dijanjikan di Wicker Street.
Alhamdulilah, petang itu, kami akhawat usrah bimbingan Ukhti Dr. Nik Munirah berkumpul bersama-sama untuk mendengar amanat sebelum masing-masing pulang ke tanah air.


Seronok betul bertemu kakak-kakak dan para sahabat. Bukannya kami jarang berjumpa, tetapi perasaan berjumpa dalam circle, luar biasa rasanya.

Manakan tidak, di luar usrah, saya lebih banyak bergurau (atau membuli?) dengan para sisters. =)
Namun ketika berusrah, semua sisters menumpukan perhatian sebaik mungkin untuk disematkan dalam sanubari.
Supaya ia melekat dan dibawa ke mana-mana sebagai bekalan berguna.

Banyak pengisian dikongsi bersama.
Saya sangat suka.
Sangat suka perjumpaan seperti ini.

Saya masih ingat lagi, dua tahun yang lalu, ketika saya mula-mula berjinak-jinak dengan usrah,
perasaan seperti ini belum wujud.
Baru duduk hampir sejam, fikiran sudah menerawang entah ke mana.
Benarlah kata orang, tarbiyah memerlukan masa.

Alhamdulilah, apabila tiba hari usrah, antara sedar atau tidak, sudah berjam-jam kami membuat "sharing" bersama sisters.
Tanpa rasa jemu.
Alhamdulilah, tidak pernah tertinggal setiap minggu.
Walaupun waktu menjelang exam, "usrah mini" tetap berjalan - sekejap cuma tetapi berkualiti, harapnya.
Walaupun masing-masing ada tuntutan keduniaan - mad'u dengan tuntutan pelajaran dan naqibah dengan tuntutan profession sebagai doktor, tarbiyah tidak mesti diabaikan.

Tadarus, tafsir, tadabbur alquran sudah menjadi kemestian dalam usrah.
Sirah, hadis, tauhid, ibadah, isu semasa.
Infak dan mutabah amal berjalan setiap minggu.
.........................................................................................................

MUTABAH AMAL

Saya suka mutabah amal.
Setiap minggu kami akan cuba "improve" amalan seharian secara berjemaah.
Sebenarnya, bukan amalan hebat-hebat pun.
Cuma, setiap minggu, kami seakan membuat perjanjian.

"OK, minggu ni amal apa kita nak improve ni?" tanya sang naqibah.

"Kita naikkan, baca al quran semuka sehari kepada dua muka sehari..dengan tadabbur makna sekali," jawab seorang sister.

"Nak tambah lagi satu boleh? 2 minggu lepas, kita hafal hadis 2, minggu ni kita hafal hadis 3 pula? nak tak?" sampuk sister yang lain pula.

"OK, insyaalah. Eh jangan lupa exercise. Semua orang kena pastikan, seminggu kena exercise minimum sekali semimggu," cadangan lain pula datang.

"Ehem..ehem..jangan lupa..ulangkaji pun kena juga. Akak nak at least, sejam sehari mesti buat revision," sang naqibah mengingatkan.

Yang lain semuanya tersenyum terkulat-kulat, mendengar teguran si naqibah.

Begitulah gambarannya sebelum majlis circle ditangguhkan.
Mutabah amal yang sangat simple, tetapi sangat bermakna kerana ia dilakukan secara bersama-sama. Mungkin ada seorang dua yang tidak mampu melaksanakan semuanya, tetapi kami sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain.

....................................................................................

LIST TO DO


Cuti 3 bulan sungguh mencabar iman.
Jika tidak dipenuhi dengan aktiviti berfaedah, ditakuti hati akan mudah rosak, nauzubillah.

List to do saya sangat panjang.
Ditambah dengan list mutabah amal yang baru dipersetujui oleh semua akhawat baru baru ini.


Insyaalah, penghujung Julai nanti, saya bakal bertemu dengan ustaz favourite saya.
Antara pepatah arab yang sering diulang-ulang dalam artikelnya ialah tentang penggunaan masa pada waktu muda:

“Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu”

Semoga saya dan para sahabat sentiasa menjadi seperti air yang sentiasa mengalir.
Seperti pemuda yang dinamik menyumbang untuk diri, keluarga dan umat, insyaalah.
Semoga kita diteguhkan iman dan diperkukuhkan ukhwah.

...........................................................................

RENGGANG

Hmmm..sekadar menyelitkan perasaan yang tiba-tiba muncul, entah mengapa sejak akhir ini, salah seorang teman saya sangat sibuk dengan urusannya.
Sudah kurang masa bertemu.
Tidak serapat dahulu..
Harap-harap tempoh 3 bulan bercuti nanti tidak akan semakin menjauhkan hubungan kami.

Banyak pula coretan hati kali ini.
Selalunya saya banyak bercerita tentang orang.
Tidak mengapa, sesekali apa salahnya?
Oh ya, sebelum balik malaysia, saya akan cuba luangkan masa ke SUMMER CAMP MSM untuk beberapa hari pada hujung minggu!
Tak sabarnya! =)

Selamat mengisi masa cuti dengan sebaiknya!!

INGAT, IMAN PERLU SENTIASA BEKERJA !


Promo SummerCamp08 - Majlis Syura Muslimun from Zulkarnain Jamaluddin on Vimeo.

Saturday, 31 May 2008

CERITA TENTANG DIA


p/s: setelah cuba mendapatkan pendapat tuan punya badan, beberapa nama watak telah ditukar untuk tujuan keselamatan. =)


OH, PLEASE BELIEVE HIM...PLEASE..

Jumaat, 30 Mei 2008

Alhamdulilah, akhirnya selesai juga peperiksaan akhir kami.
Kini, segalanya terletak pada ketentuan yang Esa.

Sepertimana dalam Kalamullah yang sarat dengan kata-kata motivasi dan memujuk;

Kemudian apabila kamu telah membuat tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang – orang yang bertawakal kepada-Nya. ( Q.S. Ali- Imran :159 ).

Masa lapang juga adalah medan ujian.
Menguji sejauh mana jiwa hamba memerdekakan dirinya daripada kelalaian dan kealpaan.
Alhamdulilah, walaupun peperiksaan sudah tamat, banyak LIST-TO-DO yang perlu saya sempurnakan.
Cumanya, perkara pertama yang saya lakukan setelah di sampai rumah tengah hari itu, ialah memasak untuk teman serumah!
Because cooking is simply my favourite- nasi beriani is not a bad idea, i guess.. = )

...........................................................................

Sesekali, fikiran saya menerawang kepada peristiwa pagi itu, sejurus selepas peperiksaan tamat.
Saya menemani teman baik saya, Tina, seorang wanita berusia 26 tahun yang berasal dari sebuah negara islam yang sedang pulih daripada kesan peperangan.
Katanya ingin menghantar komputer ribanya yang sudah tenat dijangkiti virus ke pusat membaik pulih komputer di universiti.
Semasa menunggu giliran, dia berbicara tentang perasaannya terhadap peperiksaan kami.

" Wani, I have this feeling of failing in the exam. I think I did badly and I could not imagine how can I pass the exam," dia meluahkan bicara.

"Tina, everybody thinks the exam was hard. Yes, it was. Me either. I struggled to answer the questions,".
Saya menghela nafas. Merenung matanya.
" But we must have faith. We have done our part and give the rest to Allah. We must believe Him. Keep praying and hoping that He will grant us with success and perhaps, a miracle!", saya cuba meyakinkan teman saya ini.

Secara jujurnya, exam sulung kami ini memang agak mencabar.
Tiga hari berturut-turut menghadapi ujian dunia ini memang menguji ketahanan fizikal dan mental.
Namun, alhamdulilah, beberapa minggu sebelum peperiksaan, entah mengapa Allah menemukan saya dengan beberapa orang teman yang sebelum ini kerap berjumpa di dewan kuliah, tetapi jarang bertegur sapa.
Mereka adalah Farah , gadis berdarah pakistan, Tina, dan Sidra, seorang gadis Kashmir.
Kami bukan berasal dari rumpun yang sama, namun yang pastinya, kami diikat dengan akidah yang satu.

Sungguh cantik aturan Allah.
Perhubungan yang bermula dengan study group akhirnya bertukar menjadi persahabatan yang sangat erat.
Tidak cukup dengan pertemuan study group kami setiap hari di Information Common, (IC) apabila pulang ke rumah, kami pasti akan berbual-bual dan berbincang di di MSN Mesengger.

Fikiran saya kembali ke arahnya.
Tina menyambung, " But I don't believe in miracle. Miracle only happens in movies and not in real life," katanya sambil menggeleng-geleng kepala , tidak bersetuju.

"Tina...," saya merendahkan nada suara sambil menangkap anak matanya.
"Allah is the most powerful. If He wants something to happen, He can do it easily. Because He has the power to create miracle. It is easy for him, ".

Ketika itu, alunan halus surah Yasin, ayat 82; menyapa lembut di benak fikiran saya.

"Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia mengkehendaki sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya " Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu"

"Just have faith Tina. Believe Him..Please..believe Him, " Luah saya separuh merayu.

Ketika itu, saya dapat rasakan, dada saya berkocak hebat.
Saya cuba meyakinkan orang lain, sedangkan hati saya juga berdebar menantikan kesudahan keputusan peperiksaan yang sangat menguji ini.

O Allah, please help us.

....................................................................................................

OH...I LOOK LIKE A TURKISH WOMAN...

Isnin,26 MEI 2008
2.00 petang
15 Filey - Rumah Kak Nik Mun.

Petang itu, saya membawa Tina ke rumah ibu usrah saya, Kak Nik Mun.
Sengaja saya mempelawa Tina ke rumah Kak Nik Mun untuk berlatih membentangkan Patient Case History untuk peperiksaan Spotter-Multi Station kami pada hari Khamis nanti.

Alhamdulilah, Kak Nik Mun seorang doktor. Jadi, saya mengambil peluang ini untuk memperkenalkan Tina kepada Kak Nik Mun.
Sepertimana yang dijangka, Kak Nik Mun sudah sedia maklum dengan kehadiran teman saya ini ke dalam siri hidup saya ; kerana Kak Nik Mun juga pembaca episod liku-liku hidup saya di blog ini. =)

Alhamdulilah, bantuan Kak Nik Mun sangat bermakna bagi saya dan Tina.
Dengan nasihat dan tips yang diberikan, kami dapat membentangkan case history pesakit kami dengan lancar; jazakillahukhairan kak Nik Mun. =p

Namun, petang itu merupakan petang yang sangat menyentuh hati saya.
Sepanjang sesi kami berlatih di hadapan Kak Nik Mun, saya perhatikan tumpuan Tina tak lepas-lepas memandang ke arah rak buku di kamar tidur Kak Nik Mun.

Tertarik mungkin, saya menelah.
Namun apa yang menariknya, kebanyakan buku-buku yang memenuhi ruang bilik Kak Nik Mun ialah buku-buku Islamik, SIRAH, AKHLAK, TAFSIR, TAUHID, IBADAH dan Motivasi bersumberkan Islam.

Saya cuba mendapatkan kepastian sekali lagi.
Saya menyaksikan gerak geri Tina untuk kali kedua.
Matanya liar memerhatikan himpunan buku-buku itu.

Dan akhirnya.....

"Excuse me, can I take a look at your books. You have such a lot of books!" dia meminta izin untuk membelek khazanah ilmu Kak Nik Mun.

" Yes, of course," jawab Kak Nik Mun. Kak Nik Mun memang pemurah. Dia tidak kedekut untuk berkongsi ilmu.

"This is a history book. About Muhammad (pbuh)," komennya,sambil mengambil sebuah buku tebal berkaitan Sirah Rasullullah SAW.

"Yes, have you heard about him? Our Prophet? Muhammad?, " saya bertanya, sekadar ingin tahu.
"Yeah..yeah.., I have heard about him..He was born in....somewhere called.....ermm..ermm..Mec..," tuturnya sambil terputus-putus , kurang pasti.
"Mecca," serentak saya dan Kak Nik Mun membantunya.
"Yes, Mecca...," sambutnya sambil tersenyum.

"Erm..do you know any other things about him?," saya bertanya lagi. Ingin melihat sejauh mana dia mengenal sirah Nabi Muhammad SAW.

"Erm..well..not really, but was his mother came from a poor family?," dia mencuba.
"Erm....not really, actually his mother came from quite a rich family," terang Kak Nik Mun.

"Well, I don't know a lot about him. May I borrow this book?," pintanya sambil mengunjukkan buku Sirah Rasullulah yang tebal tu.

"Tina, actually, as a beginner, I think, I would like to suggest to you this book called, The Sirah of The Final Prophet. It is simple and easier to understand rather than this thick book, " jelas Kak Nik Mun sambil memberikannya sebuah buku yang lebih nipis karangan SM HASSAN AL BANNA.

"Oh dear, I have this book too. But I haven't complete reading it yet. Never mind Tina, we can read it together and share what we have got from the book," saya bercakap, separuh menjerit. Riang.

Saya memiliki buku yang sama , dihadiahkan oleh Kak Fisha dari Nottingham ketika majlis TAMRIN NISA Majlis Syura Muslimun di Manchester yang lalu.

"Oh..Thank you so much. Do you know,my husband is happy that I have very good friends like Wani and Farah who helped me a lot. I am now more confident and enjoy the fact that I am a Muslim. Last time, I was not so excited to tell people that I am a Muslim, I was trying to keep from telling them,"akuinya, jujur.

Sambungnya lagi, "I am still remember, my own family is not religious. They don't pray, they drink alcohol and my female relatives, they wear opened-chest dresses. I was like them-but now since I have married, I have changed. I don't wear opened-chest shirt anymore because my husband doesn't like it. Now, I am more ready to learn about Islam. And I know, my husband is the happiest man to see my changes," katanya sambil tersenyum.

"You are right Tina, you are so lucky to have a nice husband and very supportive. And with good support from friend like Wani, you will be fine, Insyaallah " sampuk Kak Nik Mun.

"Yeah..yeah..next year, I will have my own child. Wani will be the aunty for my child," tutur Blerta.

"Oh, really Tina?? I am so excited!! I will ..I will..," saya mencelah dengan penuh teruja.

" Oh ya..Tina, I have this big scarf for you to cover your body during prayer, "Kak Nik Mun mengeluarkan telekung miliknya daripada almari.

"Oh..it is so big... Before this, I have only wore pijama and scraf to during my prayer with my husband," terangnya sambil membelek-belek telekung itu.

"Let me help you to put on this scraf. I think, here , people call it abaya, I have remembered, Farah has told me once,".

Sambil memakaikan kain telekung ke bahagian kepalanya, fikiran saya melayang sebentar ke arah saat mula-mula saya dan Farah menjinak-jinakkan perihal solat kepadanya.

Ketika kami mula-mula mengulangkaji pelajaran bersama-sama di Information Common, apabila tiba waktu solat, saya, Farah dan Sidra akan meminta izin untuk solat seketika. Ketika itu, Tina masih belum berjinak-jinak untuk bersolat.
Dia hanya akan memerhatikan kami keluar dan berpesan, " please don't forget to pray for me so that I can pass the exam,".

Alhamdulillah, kini, dia telah banyak berubah.
Dia kerap mengikut di belakang suaminya ketika bersolat walaupun hanya dengan sepasang pijama dan kain penutup kepala.
Saya yakin, dia hanya mengikut pergerakan solat suaminya sahaja kerana dia pernah memberitahu bahawa dia hanya menghafal surah fatihah sedikit-sedikit dan surah Al Ikhlas.
Namun, semua itu tidak menjadi masalah untuk seorang hamba Allah untuk berubah mengenal pencipta-Nya.

Malah, saya masih ingat, kali pertama hatinya terbuka untuk mengikut suaminya bersolat.
Keesokan harinya, dia memberitahu saya sesuatu yang sangat menggembirakan.

" I have prayed with my husband yesterday," akuinya.

"Tina...really??," saya seakan tidak percaya.

"Yes, do you want to see my face when I wore the scraf?,"

"Yes, please..,"

Ketika itu, dia mengeluarkan telefon bimbitnya, lalu menunjukkan gambarnya yang mengenakan selendang coklat.

"Oh Tina..I am so happy for you. May Allah bless you and us, " saya memeluknya.

.......................................................................................

Setelah selesai memakaikan kain telekung itu di kepalanya, saya mengajaknya ke cermin.

"See yourself Tina," ajak saya.

"Oh dear, I look like a Turkish woman," katanya sambil berseloroh.

"Yes Tina, you are so beautiful," puji saya, ikhlas. Dia memang cantik dan ayu dengan pakaian menutup aurat.

Segala pujian bagi rahmat Allah, saya berasa sungguh bahagia pada petang itu.
Walaupun tekanan peperiksaan sentiasa menghantui benak fikiran, tetapi saya bersyukur di celahan itu, Allah mengurniakan saya pengalaman yang mengajar saya erti kehidupan.

Petang itu, Tina kelihatan sungguh gembira.
Dan di dalam begnya, dia membawa pulang sebuah buku sirah- THE SIRAH OF THE FINAL PROPHET- dan sehelai kain telekung.
..................................................................................................................

CERITA TENTANG DIA.

Manusia itu unik.
Manakan tidak, kerana ia dicipta oleh PENGUASA DUNIA yang Maha Hebat.
Manusia boleh berubah.
Soalnya adakah ia berubah ke arah kebaikan atau sebaliknya.

Saya bersyukur.
Saya bersyukur.
Saya bersyukur.

Namun, walau berjuta kali pun saya mengungkapkan rasa bersyukur, saya tahu ia tidak akan sekali-kali dapat menandingi hatta secebis pun rahmat Allah yang Maha Pemurah.

Sangat jelas, ketika ujian dan saat getir melanda diri hamba, jiwa hamba secara automatik akan kembali kepada Tuhan.
Merintih dan merayu agar dibantu.
Inilah hikmahnya ujian Allah.
Ujian dicipta bukan untuk mendera, tetapi untuk mendidik agar jiwa hamba kembali kepada penciptanya.

Saya bersyukur dengan rahmat ujian ini.
Ketika hati diduga dengan kehadiran peperiksaan, Allah membuka pintu rahmatnya kepada ramai hamba-Nya, termasuk Tina, saya, dan sesiapa sahaja.
Dia, tidak pernah kedekut mengurniakan Taufiq dan Hidayah-Nya.

Kehadiran sahabat saya ini benar-benar mengajar saya.
Mengajar bahawa Dakwah itu datang bersama-sama kemahuan dan kecekalan hati untuk berdakwah.
Membuktikan bahawa Dakwah itu bukan "Kerja Part Time".
Ia boleh dilakukan di mana-mana.
Kepada sesiapa sahaja.
Cuma caranya berbeza.
Saya bukan insan yang layak berbicara tentang method dan cara berdakwah.
Sangat tidak layak lantaran kefakiran saya dalam ilmu dan pegetahuan.

Namun, ia tidak menjadi halangan untuk merancakkan " amar makruf dan nahi munkar".
Insyaalah, jika hati MAHU, disertai dengan ilmu dan TAHU, mudah-mudahan ia akan disusuli dengan MAMPU.
......................................................................................................

SEJUTA HARAPAN


Dengan penuh pengharapan, saya berdoa kepada Allah.
Saya berdoa agar kami dikurniakan kejayaan dan keredhaan-Nya.
Mohon doa kalian juga.

Jazakumullahukhair

Sunday, 4 May 2008

OH, SAYA SEMAKIN DEWASA RUPANYA!!

4 Mei 2008, Ahad
4.47 petang


Petang ini, hujan renyai-renyai.
Namun pagi tadi, cuaca agak baik.
Saya sempat mengambil angin di tepik tasik Crookes Valley .Di sinilah tempat kegemaran saya untuk bersendirian dan melihat kecantikan alam.
Semalam, rumah saya menjadi host untuk "Malam Bina Iman dan Takwa" (MABIT) iaitu kami bersama-sama mendirikan qiyamullail, menghayati tazkirah dan makan dalam talam bersama.
Selepas para akhawat pulang, saya keluar bersiar-siar ke taman ini.

Saya sangat suka ke sini.
Berjalan bersendirian di sini.
Kerana di sana nanti, saya dapat berbual-bual dengan orang-orang yang belum saya kenali.

Semalam, saya berbual-bual dengan seorang kanak-kanak perempuan Inggeris yang berumur 5 tahun setengah. Petah betul.
Sambil melayannya yang leka bermain buaian, bibir mongel kanak-kanak ini tidak henti-henti berceloteh.
Bercerita tentang ibunya yang sedang berdiet, ayahnya yang suka memetik bunga dan adik lelakinya yang masih kecil.
Terhibur hati saya.
Itulah istimewanya kanak-kanak.

Setelah mengucapkan selamat tinggal, saya berjalan ke tepi tasik buatan manusia di situ.
Kemudian duduk sebentar di bangku.
Melepaskan lelah.
Memerhatikan itik-itik yang berenang ke hulu dan ke hilir.
Burung-burung yang bebas terbang.
Langit biru yang luas terbentang.
Pokok-pokok yang ditiup angin tenang.
Sesekali, beberapa helaian daun jatuh berguguran.

Saya merenung jauh.


Setelah beberapa bulan saya bermastautin di bumi asing, banyak perubahan yang saya alami.
Tidak dapat saya nyatakan semuanya di sini kerana terlalu banyak.
Dan antaranya bersifat peribadi. =)
Namun, saya dapati semakin umur meningkat dewasa, semakin banyak dan rumit cabaran-cabaran yang datang.
Baru-baru ini, saya diberi tanggungjawab sebagai General Secretary Sheffield Malaysians Students Association.
Bertambah lagi beban yang digalas di atas bahu.
Moga dipermudahkan..Amin.

Dan semakin hari, semakin banyak perkara yang saya pelajari.
Tentang perancangan manusia dan ketentuan Tuhan.
Sehebat mana manusia itu merancang, ia tetap berada di dalam kawalan Maha Pemutus.
Namun, ini tidak pula bermakna manusia harus mengalah dan berputus asa untuk merancang kehidupan.
Kerana sesiapa yang gagal merancang, dia sebenarnya merancang untuk gagal.
Inilah prinsip yang saya pegang.

Kemudian, entah mengapa tiba-tiba fikiran saya beralih kepada seseuatu.
Malu pula rasanya nak bercerita.
Tetapi jika dapat dimanfaatkan bersama, tiada apa yang perlu saya gusarkan.

Sebelum saya ke Sheffield, saya tidaklah begitu mahir memasak.
Manakan tidak, hidup remaja saya banyak dihabiskan di asrama.
Makan dan minum samuanya dibereskan mak cik dewan selera yang sungguh berjasa.
Alhamdulilah.

Cumanya, ketika ibu dan ayah pergi berangkat menunaikan Fardu Haji di Mekah, sayalah ibu dan ayah kepada adik-adik saya.
Alhamdulilah ketika itu kami semua sedang bercuti sekolah, maka bolehlah saya tengok-tengokkan adik-adik saya di rumah.
Ketika inilah, "skill memasak" saya baru mula bercambah. Tetapi hanya masakan ringkas sahaja menjadi pilihan saya. (Atau, sebenarnya saya tiada pilihan lain selain memasak masakan ringkas memandangkan keadaan saya yang kurang "skill").

Alhamdulilah, benarlah kata orang, jika kita tidak merasa hidup susah, kita tidak akan belajar sesuatu.
Apabila saya berada di bumi sheffield ini, barulah saya giat mencuba masakan baru.
Dan entah mengapa sejak hubungan saya dengan Kak Jihan menjadi sangat rapat baru-baru ini, sindromnya yang suka baking cake mula berjangkit kepada saya.
Kadang kala setiap kali pulang daripada ulangkaji bersama "groupmate" saya, mahu sahaja saya ke dapur untuk mem "baking".
Exam sudah semakin hampir, mungkin saya perlu kawal sindrom ini.=)

...........................................................


Kek Coklat Moist " Kasih Tidak Bertepi"
( diadaptasi daripada kiriman saya ke blog SMSA Women)



Kek Chocolate Moist “ Kasih Tidak Bertepi”

Assalamualaikum.

Dearest sisters,

Saya berminat untuk berkongsi resepi kek ini adalah kerana kek ini mempunyai memori yang sungguh istimewa . Inilah kek pertama yang pernah saya buat sendiri tanpa bantuan orang lain dan yang paling membuatkan ia bermakna ialah apabila kek ini dibuat khas untuk orang-orang yang saya sayangi.

Kek ini pernah didedikasi khas untuk “ibu usrah” saya iaitu Kak Nik Munirah Nik Nasir ketika hari jadinya. Ketika itu saya, Atikah dan Kak Jihan bersama-sama membuatnya. Hehe.

Dan baru-baru ini, ketika hari jadi ibu angkat saya, Ummi Zaharah, sekali lagi kek ini saya hadiahkan untuknya.

Sengaja saya member nama Kek Chocolate Moist “Kasih Tidak Bertepi”.

Jika diteliti, tiada bahan-bahan yang mahal-mahal dan istimewa yang digunakan untuk membuat kek ini.

Tetapi yang pastinya, nilai CINTA dan KASIH SAYANG menjadi ramuan yang tidak mampu disediakan oleh mana-mana chef terkenal.

Kerana ianya hanya terbit dari hati si pemberi.

Semoga saya akan ada lagi peluang untuk membuat sesuatu untuk orang-orang yang saya sayangi,insyaalah.

Selamat mencuba! Ingat, ramuan utama ialah secebis kasih sayang anda!

Bahan-bahan ( loyang 9 in )

  • 250gm butter
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur (A)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • Utk choc ganache:
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sudu besar butter

Cara-cara

  1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
  5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
  6. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
  7. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
  8. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

Saturday, 26 April 2008

ITU DOA SAYA



SATU HARI PERMAI DI KMB

Sekitar Mac 2007
Kolej MARA Banting, Selangor, MALAYSIA



"Kak, hari ni saya dah pakai tudung dari pagi sampai sekarang. Saya tak buka lagi tudung setakat ni!!!" jerit kecil adik usrah (mad'u) saya.

Ketika itu betapa Allah sahaja tahu gembiranya hati kecil saya mendengar pengakuan adik usrah saya ini.

ALHAMDULILLAH.

Mungkin bagi sesetengah orang, apa sangatlah yang ada dengan mengekalkan memakai tudung tanpa membukanya hingga tamat sesi persekolahan.
Hanya perubahan kecil.
Tetapi bagi saya, naqibah dan kakak kepadanya, perubahan kecil ini adalah sangat besar bagi saya.
Perubahan kecil yang perlu saya raikan.

Hari Jumaat, adalah hari yang paling mendebarkan bagi saya. Mungkin bagi sesetengah pelajar KMB hari jumaat adalah hari paling menyeronokkan kerana mereka akan pulang bermalam untuk hujung minggu. Atau mungkin hari Jumaat adalah hari terakhir dalam setiap minggu persekolahan.

Tetapi bagi saya, hari Jumaat adalah hari di mana saya akan berhadapan dengan mad'u saya semasa sesi usrah KMB.
Ketika itulah saya akan diuji tanggungjawab saya membawa tugas seorang naqibah.
Ketika itulah saya akan diuji sejauh mana saya mampu menyebarkan kalimah allah.

Kesemua mad'u saya mempunyai keunikan tersendiri.
Salah seorangnya, junior saya, kelahiran Perak.
Cukup jika saya gambarkan dia seorang gadis yang amat academic-oriented dan mempunyai buah fikiran yang matang.
Pada mulanya, saya sukar untuk memahami pemikiran dan rentak hidupnya.
Sukar untuk saya menelah apa yang difikirkan.

Tetapi sedikit demi sedikit, semacam ada "tali hikmat" yang menarik kami.
Sering juga dia datang ke common room blok E, iaitu tempat kegemaran saya untuk menelaah pelajaran.
Dia datang bukan untuk bertanya tentang mathematics Higher Level, atau Chemistry atau apa-apa subjek, tetapi perkara-perkara yang lebih abstrak untuk saya jawab.

Dan hari itu, hari yang sungguh indah.
Sungguh permai.
Entah mengapa wajahnya cukup berseri-seri dengan tudung litupnya berwarna biru laut.
Saya masih ingat lagi.
Ketika itu terdapat brooch rama-rama tersemat di bahunya
Sungguh manis sekali dia bertudung.

Secara jujurnya, sepanjang saya bergelar naqibahnya, tidak pernah saya menyuruh dia mengubah imejnya secara drastik.
Apatah lagi memaksa atau menyindirnya.
Hati saya tidak sanggup merenggangkan ukhuwwah yang cuba saya jalinkan selama ini.
Berdakwah perlu disertai dengan kasih sayang.

Tanpa kasih sayang, dakwah itu hambar.
Tanpa ukhuwwah, dakwah itu pudar.

Islam itu agama nasihat.
Maka nasihatilah saudaramu dengan kasih sayang.
Teguran itu perlu.
Maka tegurlah saudaramu dengan cinta dan penuh kehormatan.

Dan sehinga hari ini, di hati saya, dia masih bertakhta sebagai adik usrah saya yang amat saya kasihi.
Terdapat juga kawan-kawannya yang diperkenalkan kepada saya melalui Yahoo Mesengger dan emel untuk mendapatkan sedikit nasihat dan kata-kata perangsang.

Syukur alhamdulilah.
Selagi hayat dikandung badan, saya tidak putus-putus berdoa, agar kudrat wanita yang mengalir dalam tubuh saya ini akan digunakan untuk MEMBERI.

......................................................................

"KITA SUKA PANGGIL NAMA AWAK"

Sekitar hujung February 2008
Sheffield, United Kingdom

Ketika itu, saya sudah berjanji dengan seorang sister USIC iaitu sister yang saya kenali melalui beberapa aktiviti anjuran Islamic Society di university.
Sister Habsah, namanya.
Melalui dialah saya mendapat bantuan poster-poster PALESTIN ketika pameran dan booth Projek Palestin.
Dan, kerap juga saya bertemu dengan sister Habsah untuk bertanya soalan berkaitan Medicine dan nota-notanya.

Kami berjanji untuk bertemu di kawasan concourse university.
Tiba-tiba ketika mata saya melilau mencari kelibatnya, mata saya tertarik ke arah sesuatu.
Dari kejauhan, sayup-sayup saya lihat satu susuk tubuh yang amat saya cari-cari sejak kebelakangan ini.

Seorang sahabat Malaysia saya yang sebenarnya baru saya kenali di bumi Sheffield ini beberapa bulan yang lalu.
Tetapi apa yang membuatkan hati saya melonjak-lonjak mahu bersua dengannya ialah bilamana saya mendengar berita "penghijrahannya".

"Penghijrahan" yang sungguh meruntun hati saya.
"Penghijrahan" yang membuatkan hati saya berbunga ceria.
"Penghijrahan" yang menyentuh naluri saya.

"Penghijrahan" yang membawa seribu satu perasaan yang sukar dimengertikan.

"Izzati!!!," saya menjerit kecil dari jauh.
"Eh Wani!!," balasnya.

Kami berpelukan erat.
Ya, saya peluknya dengan seerat mungkin.

Seusai pelukan diuraikan, saya tatap wajahnya.
Wajahnya yang baru.
Wajahnya yang lembut.
Wajahnya yang kini dihiasi dengan hijab di kepalanya.
Sunggu ayu.

Ketika itu, hati saya tidak putus mengucap kalimah tahmid.
Jiwa ini tersentuh melihat "penghijrahan" yang dilakukan.
Bukan sehelai tudung yang menghiasi kepalanya menjadi titik fokus.
Tetapi kelembutan hatinya yang ingin berubah.

Memanggil namanya sahaja sudah membuatkan saya "cair".
Manakan tidak, namanya seiras dengan nama sahabat yang amat saya cintai di Australia sana.

Suatu hari, saya pernah berterus terang dengannya.

" Izzati, tahu tak..kita suka betul panggil nama awak," saya membuat pengakuan, jujur.
"Iya?, kenapa?" tanyanya.

Saya renung wajahnya.

"Sebab Izzati mengingatkan kita pada kawan baik kita di Australia," jawab saya.

Bukannya disebabkan nama yang sama membuatkan hati saya mengimbau nostalgia lama, tetapi, kelembutan hati kedua-dua gadis yang hadir dalam hidup saya ini yang membuatkan saya terpana. Kagum.

Dan ketika Sheffield Games 2008 yang lalu, dia datang menyinggah di booth Palestin kami.
Apa yang membuatkan hati melonjak gembira ialah pada hari itu, dia datang dengan mengenakan tudung berwarna merah jambu.
Tudung merah jambu yang pernah saya pakai ketika hari penerbangan saya ke United Kingdom.
Tudung yang memberi 1001 memori indah.
Dan tudung itu kini berada di samping gadis yang sungguh istimewa.
Izzati namanya.
...................................................................................


ITU DOA SAYA


Selasa, 22 APRIL 2008.
Dissection Room.

Kebelakangan ini, saya mulai rapat dengan seorang teman berusia 26 tahun.
Tina namanya.
Sudah berkahwin dan kini mengambil jurusan perubatan tahun pertama.
Istimewanya, dia seorang muslim.
Namun, tidaklah pula dia mengamalkan cara hidup muslim.
Bukan kerana dia tidak MAHU, tetapi dia tidak TAHU.

Perkara ini baru sahaja saya sedari ketika saya berbual-bual dengannya ketika kami sedang berbincang semasa revision anatomy.

"Wani, you have sent me message so early, 5.30 am!! I ve told my husband, and he said, your friend must be praying in the morning," ucapnya.

Saya hanya tersenyum,

"Yes, after I have prayed, I have sent the text to you, just asking what time should we meet for our revision," jawab saya.

"Do you pray as well?" saya memancingnya.

"No, I don't pray," jawabnya.

"Why ?"

"Because I don't know," jawabnya jujur.

" Why didn't you tell me? I can teach you how to pray,dear. Anytime, anywhere. I am willing to do it," tiba-tiba saya berasa sungguh excited.

"Oh thank you Wani, I am planning to do it as soon as possible. I want Allah help me in exam," katanya.

"Yes, He will help you anytime, dear," saya mula meyakinkannya.

"But, I need to cover my head, my hand first. I don't have scarf to wear," .

"Oh, I can accompany you to buy scarf, don't worry, I know where to get a new scarf,".

"Oh, thank you Wani. Right now, I only know 4 dua's. My brain is to hard to absorb the recital. I need to learn more. But now, I want to study hard and pass the exam. After that, I will promise to myself to pray everyday," janjinya.

Mendengarkan janjinya untuk berubah setelah exam, sudah cukup untuk membuatkan hati saya bersemangat.
Tidak mengapa jika dia belum begitu bersedia untuk berubah sekarang.
Janjinya itu sudah menunjukkan dia mahu berubah.
Dia mahu berhijrah.
Dan bagi seorang dai'e, perubahan yang disuarakan oleh mad'u nya perlu diraikan.
Sungguhpun hanya perubahan kecil, tetapi ketahuilah, bagi seorang daie, kesanggupan mad'u nya untuk berhijrah dan berubah adalah aset yang sungguh berharga.
Perlu dihargai.

Dan petang itu, saya menghabiskan petang saya di rumahnya.
Bertaaruf dengan seorang lagi insan istimewa.
Cuba mengenalinya dengan mendalam.

Ketika kami berbual-bual, dia memberitahu saya berita yang menggembirakan.

"My husband and I are planning to have a baby next year. My husband will take care of me. Oh, he is the greatest man I ever had in the world!!," ucapnya gembira.

"Oh, that's great!! I love baby so much. If you need my help, just tell me. I will straight away come to your house to help you with the pregnancy,!!" .
Entah mengapa, saya juga turut excited.

"Oh thank you so much, now I am thinking to learn how to pray. I promise if I pass the exam, I will pray everyday. You ve got to help me," katanya, sambil tersenyum lebar.

Saya juga turut tersenyum.
Dan senyuman itu meleret hingga saya pulang ke rumah.
Sepanjang perjalanan pulang, saya berdoa agar saya kembali lagi ke rumahnya untuk membimbingnya solat, insyaalah.

Itu doa saya.

Friday, 18 April 2008

AYAT-AYAT CINTA


DEAREST WANI.....



19 APRIL 2008

SABTU, 7 AM.


Semalam, saya telah menghadiri Annual Grand Dinner SMSA (Sheffield Malaysians Student Association) 2008 bagi meraikan senior final year yang akan pulang ke tanah air setelah beberapa tahun merantau memenuhkan ilmu di dada.

Saya pandang kanan dan kiri.
Ramai. Dan ada beberapa raut muka yang tidak pernah saya jumpa.

Sejak akhir-akhir ini, banyak acara yang dianjurkan membolehkan kami bertemu.
Bermula selepas majlis Tahlil akhir hujung Esther yang lalu, diikuti SMSA Day out di Weston Park dan semalam Annual Grand Dinner.
Kebetulan keluarga angkat saya memang "kamceng" dengan aktiviti SMSA, maka setiap aktiviti yang dianjurkan, saya berpeluang memeluk ibu angkat saya dan mengucup pipi adik-adik angkat saya.
Dan bapa angkat saya, yang dahulunya , tersangat pemalu, sudah pandai membuat lawak-lawaknya yang selamba dan beramah mesra.
Dahulunya, saya kurang berpeluang bertemu teman-teman yang mengambil course Chemistry, kini, hubungan itu kembali "hidup".
ALHAMDULILAH...

Kemudian, saya meninjau wajah-wajah sahabat-sahabat rapat saya.
Semuanya kelihatan gembira.
Teman serumah saya.
Teman seusrah saya.
Kakak-kakak yang sememangnya sentiasa membantu saya dalam apa jua perkara- Kak Nik Mun, Kak Jihan, Kak Eli, Kak Alia, Kak Sofi, Kak Faizah dan beberapa nama lain lagi yang terlalu banyak untuk saya senaraikan di sini.

OKTOBER 2007 yang lalu, permulaan kepada segala-galanya.
Saat itu, kami bertemu.
Dan kini, kami masih berukhuwwah.
Kemudian, apabila tiba satu tempoh nanti, kami pasti akan berpisah.
Dan semestinya, perpisahan itu pasti kerana ALLAH.

UKHUWWAH memang AJAIB!

Namun..
Tiada satu pun CINTA di dunia ini dapat menandingi CINTA ALLAH kepada hamba-Nya.
Ambillah 7 buah lautan..
Atau 7 buah benua..
Atau 7 tingkatan langit..

PASTI TIDAK DAPAT MENANDINGI CINTA dan SAYANG ALLAH pada HAMBANYA.


Fikiran saya berputar sekali lagi.
Sementara menunggu meeting online KEM XPLORASI "JOM JAUHLAH" yang diimamkan oleh amir kami, Saudara Azri, saya bermain dengan tetikus komputer, klik file ini. Kemudian, file itu.
Dan akhirnya, saya telah menghalakan cursor ke arah file "KAK JIHAN".
Kemudian, KLIK!

Kak Jihan adalah kakak seusrah saya.
Tapi, sebenarnya, dia lebih daripada seorang kakak usrah.
Dia antara salah seorang senior yang banyak membantu saya, terutama dalam akademik.
Selalu juga saya "mengganggunya" dengan bertanya itu dan ini seperti "macam mana nak buat ni kak?", "susah tak kak?", "akak kena tolong ni sebab wani tak pandai buat.." dan banyak lagi soalan yang saya kira boleh menyesakkan fikirannya.

Namun, persoalan yang bertalu-talu daripada saya tidak pernah membuatkan senyumannya pudar.
Kadangkala, saya akan menghantar file atau kerja saya melalui YM untuk diperiksa olehnya.
Dan yang membuatkan saya terharu ialah setiap kali saya menerima kembali feedback, pasti ada "ayat-ayat cinta" yang selitkan bersama.

Dearest Wani,

Alhamdulillah. This is a better entry for your significant event. Well done masyaAllah. Please don’t be alarmed by the number of highlights you will see in this essay. InsyaAllah you will develop a better understanding of both English proficiency and medical knowledge in producing a better entry. Everything comes with practise. Don’t be demotivated to keep on improving this essay. Lepas wani correct this essay, pls send it again to me, so that we can produce a better one the third time around insyaAllah. ;)

Love and hugs,

Jihan.


..............................................................................................................

AYAT-AYAT CINTA DARIPADA UMMI..

12 April 2008
Medium pengantaraan- Yahoo Messenger.


zahrah mohd yahaya: yg wanie bg tu kan...abi sedang pakai...
zahrah mohd yahaya: abi suker sangat...
zahrah mohd yahaya: tq a lot abi kater
zahrah mohd yahaya: alif pulak sedang sibuk main sticker2 yg ader dlm buku yg wanie bagi tu
zahrah mohd yahaya: sonok adik2 kakak diaorg bagi
zahrah mohd yahaya: ummi yg paling best sekali...jubah tu ummi nak pakai rayer...hi...hi...

iman_muslihah: oh, maaf ummi lambat reply.
iman_muslihah: ok tak jubah tu?

zahrah mohd yahaya: ok...bukan sajer ok....cantikkkk sangat
zahrah mohd yahaya: maklum la...anak kesayangan bagi...hi..hi..
zahrah mohd yahaya: ummi terharu...sedari mula mengenali wanie...

iman_muslihah: huhu, syahdu lah pulak.

zahrah mohd yahaya: disaat jauh ngan family kat Malaysia...ader insan yg rapat dan mesra seperti adik beradik @ anak beranak
zahrah mohd yahaya: abi pun merasakan 'ikatan' kekeluargaan kita ni

Ketika saat itu, bergetar hati saya mendengar "ayat-ayat cinta" ibu angkat saya ini.
Gembira, bersyukur, terharu semua bercampur baur.

Saya tidak menyangka Allah terlalu penyayang sehinggakan memberi saya satu demi satu nikmat cinta dan kasih sayang tanpa putus-putus.
Sedangkan saya terlalu banyak cacat dan cela.
Saya tidak tahu bagaimana rupanya rekod amalan harian saya yang dilaporkan oleh Sang Rakib dan Sang Atid.
Sedangkan nikmat Allah mengalir tidak henti-henti.

BERSYUKURKAH SAYA?

....................................................................................................................


SAYA DAH NAK EXAM NI....


28, 29, 30 May nanti saya akan menghadapi peperiksaan sulung saya sementelah satu semester bergelar pelajar perubatan tahun pertama di Sheffield ini.
Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan dan kekuatan untuk saya hadapi ujian dunia ini dengan cemerlang.


Sejak akhir-akhir ini, saya banyak memcetak gambar-gambar keluarga dan kemudian sengaja saya hiasi meja tulis saya dengan gambar tersebut.
Malah, entah mengapa, kebelakangan ini juga, saya seperti mahu sahaja berchatting dengan ibu angkat saya.
Minggu lepas entah berapa kali saya menelefon ummi tetapi sayangnya, ummi sedang sibuk menguruskan nursery bersama rakan kongsinya.
Namun, dapat berbual-bual dengannya selama beberapa minit sudah memadai membuatkan saya gembira.
Dan setiap hujung minggu, saya paling tidak sabar untuk menelefon keluarga di Malaysia.

Mungkin disebabkan bahang peperiksaan yang semakin dekat membuatkan saya sentiasa mahu berdamping dengan orang yang saya kasihi.
Kerana semangat untuk menempuh cabaran itu akan lebih membara dan berkobar-kobar apabila adanya kehadiran orang yang disayangi.

Ibu saya baru sahaja menghantar pesanan ringkas (SMS) yang penuh dengan "AYAT-AYAT CINTA" seorang ibu untuk anaknya:

"POSKAD DAH DAPAT. SALAM RINDU DARI KELUARGA. MOGA SHT SLAMAT CRIA CMERLANG DLM PELIHARAAN ALLAH.MAK DAN AYAH SNTIASA IRINGI DOAKAN KEJYAAN SGLA LAPANGAN TERUTAMA WKTU EXAM. NANTI MAK DAN AYAH BUAT SOLAT HJT. BILA WAKTU EXAM DAH NAK DKT, INGTKAN YA!"


Kerana dasar itu itulah saya sentiasa menasihati diri saya supaya sentiasa menyayangi orang lain termasuk makhluk ciptaan Allah yang lain.
Dengan harapan, supaya bukan sahaja saya disayangi oleh mereka, tetapi yang paling utama, saya disayangi oleh DIA- Arrahman dan Arrahim..
Dan alhamdulilah, setiap hari saya berpeluang menatap dan membaca "ayat-ayat cinta" dari-Nya- kalimah agung AL QURAN NUR KARIM.


Doakan agar saya mampu tempuhi ujian ini dengan ketabahan dan beroleh petunjuk dari Allah, insyaalah...

Saturday, 12 April 2008

ADA APA DENGAN SYUKUR?



ADA APA DENGAN SYUKUR?


Selasa, 1 April 2008.
11 pagi.
Upperthorpe Sport Center.

"Thank you for teaching me," kanak-kanak Pakistan berusia 10 tahun itu menuturkan bicara, sambil tersenyum manis.

Entah mengapa, apabila mendengar kata-katanya, saya berasa terharu.

"Oh, dear. You are so sweet. It's fine. I do love teaching kids," saya merangkul erat bahunya. Saya benar-benar dapat merasakan keikhlasan kanak-kanak ini tatkala ucapan terima kasih meniti di bibirnya.

" So next time, bring along your goggle and we can go diving in the pool together ya?" saya mengikat janji dengannya.

"Alright," dia mengangguk setuju.

Habsah, seorang kanak-kanak cilik yang baru saya kenali di Upperthorpe Sport Center, Sheffield. Pada mulanya, dia kelihatan malu-malu juga berbanding adiknya untuk berbual-bual dengan saya. Tetapi, setelah lama saya cuba memesrakan diri, dia bertukar menjadi peramah.

Namun, entah mengapa ucapan terima kasih yang diluahkan sebentar tadi begitu berbekas di hati saya.
Saya berasa begitu dihargai oleh seorang kanak-kanak yang belum begitu arif untuk membincangkan tentang erti kasih sayang dan berbudi bahasa.

Mungkin bagi sesetengah kanak-kanak, terutamanya di Malaysia, mereka hanya akan mengucapkan terima kasih apabila disuruh oleh ibu dan ayah mereka. Saya masih ingat lagi, ketika masih bergelar kanak-kanak, apabila saya mendapat sesuatu pemberian daripada orang lain, ibu saya pasti akan berkata..

" Mak cik Rahimah bagi hadiah tu, Wani kena cakap apa?"

Ketika itu, sambil terkebil-kebil , barulah saya akan mengucapkan " terima kasih mak cik".

Mengucap terima kasih hanya apabila disuruh.

Secara jujurnya, bukan saya seorang sahaja mengalami situasi ini. Perkara yang sama juga berlaku kepada teman sepermainan saya. Dan tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa perkara tersebut masih berlaku bukan sahaja di kalangan kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa pada hari ini.

Berada di rantau orang, saya dapati walaupun negara barat sering dikaitkan dengan keruntuhan akhlak, namun banyak perkara yang saya pelajari daripada mereka, iaitu MORAL.

Mereka amat terkenal dengan amalan bersopan santun, peramah, bermanis muka dan bertolak ansur. Secara peribadi, saya amat kagum dengan tutur bicara mereka yang sungguh sopan dan manis. Tidak kira di kedai, stesen bas, pasar hatta di tepi jalan sekali pun, mereka suka tersenyum dan berkata sopan. Mungkin tidak semua begitu, tetapi percayalah kebanyakan mereka yang saya temui membuat saya berasa senang bersama mereka.

Contohnya, di kaunter kedai, setelah selesai urus niaga, mereka selalunya akan berkata sambil menghadiahkan senyuman,

" Thank you LOVE, please come again,"

Saya masih ingat lagi, ketika saya berada di Nothern General Hospital, staff dan pesakit di situ tidak keberatan melayan saya seperti sebahagian daripada mereka. Saya masih ingat lagi, seorang pesakit jantung melayan saya dengan baik dan menggelar saya,

"MY DEAR FLOWER"

Beginilah masyarakat barat. Sebahagian besar daripada mereka memang tertib dalam berMORAL. Tetapi, bagi kita umat ISLAM, kita sebenarnya jauh lebih istimewa lagi. Kita diajar oleh AL QURAN dan SUNNAH nabi untuk berAKHLAK.

MORAL dan AKHLAK adalah dua perkara yang berbeza.

MORAL berkait rapat dengan mematuhi tatatertib yang telah digariskan untuk memenuhi kehendak dan hak masyarakat.

MORAL dilakukan kerana ia adalah "perkara yang patut dilakukan mengikut tafsiran akal".

AKHLAK pula jauh lebih indah.

AKHLAK menjadi indah kerana ia dilakukan atas dasar mangharap keredhaan Allah.

Saya masih ingat ketika mendengar pengisian PUISI 2007 di IRELAND pada Disember yang lepas, Ustaz favourite saya, Ustaz Hasrizal memperincikan perihal akhlak dalam konteks " Saya Mestilah Muslim dari Segi Akhlak", karya Al Fadhil Fathi Yakan.

Ketika itu, saya duduk tekun mendengar kata-kata berhikmah daripada Ustaz Hasrizal.

"Apa itu akhlak?" ustaz bertanya sambil matanya melilau memerhatikan para peserta PUISI 2008.
"Dengar makna AKHLAK ni betul-betul. Mengikut Imam Ghazali, AKHLAK adalah sesuatu yang dilakukan TANPA PERLU JUSTIFIKASI AKAL, ia bersifat autopilot,".

Berkerut dahi saya mendengar tafsiran AKHLAK.

"Apa benda itu?" saya bertanya sendirian.

Ustaz seolah-olah tahu ada peserta yang kurang jelas dengan penjelasannya, lantas menyambung perbincangannya.

" Baiklah saya bagi contoh. Katakan Ahmad, sedang berjalan-jalan. Tiba-tiba dia nampak sampah. Dia pun berfikir, "nak kutip ke, tak nak. Kalau aku kutip, dapatlah aku jaga kebersihan, bagus tu. Tapi, kalau aku tak kutip pun, mungkin ada orang lain akan kutip. Hmm..tapi, kalau aku kutip pun, apa salahnya,". Lalu, dia pun mengutip sampah itu dan membuangnya ke dalam tong sampah. Jika kita lihat, perbuatan Ahmad ini sebenarnya bukanlah sebuah AKHLAK walaupun dia telah bertindak membuang sampah tersebut,".

Sambung Ustaz lagi,

"Sekarang katakan Ali pula sedang berjalan-jalan. Dia ternampak sampah, dengan pantas, tanpa berfikir panjang, dia terus mengutip sampah tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah. Haaa..yang ini barulah dikatakan AKHLAK,".

Subhanallah..saya sudah nampak perbezaan antara MORAL dan AKHLAK. Sejak dahulu lagi, saya memang mengagumi cara Ustaz ini memberi analogi dalam pengisiannya. Analogi yang sungguh pintar.

Jika dilihat, AKHLAK tidak memerlukan justifikasi akal untuk dilakukan.
Ia dilakukan kerana dipandu oleh hati yang disuntik keimanan.
Ia dilakukan tanpa perlu kita berfikir siapa yang akan memperoleh faedah daripada perbuatan itu.
Ia dilakukan tanpa perlu kita berfikir apa pandangan orang terhadap perbuatan kita itu.

AKHLAK merupakan tindakan refleks yang tercetus daripada kesuburan hati yang dibajai dengan iman dan mahabbah.


Begitu juga perbuatan bersyukur dan berterima kasih.
Bersyukur dan berterima kasih adalah sebahagian daripada akhlak Islamiyah.



...............................................................................


BERSYUKURKAH KITA?


Jumaat, 4 APRIL 2008
5.30 pm
5 Filey Street


Pada hari ini, Allah telah memberi kesempatan yang amat berharga kepada saya. Allah telah memberi peluang kepada saya dan ahkawat seusrah saya untuk menganjurkan majlis tahlil arwah dan khatam Al Quran.
Setibanya saya daripada pulang mengembara dari Birmingham hinggalah ke Cardiff, kami warga Sheffield dikejutkan dengan kepulangan ayahanda sahabat kami, Aisyah Salim ke rahmatullah.
Mendapat berita yang mengejutkan ini, dia segera pulang ke pangkuan keluarganya di Malaysia.

Innalillahiwainna ilaihi rajiuun.
Seorang lagi anak Adam dipanggil pulang menghadap Ilahi.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya hati seorang anak kehilangan ayah.
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa laranya hati seorang isteri kehilangan suami.
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa dukanya hati sebuah keluarga kehilangan imamnya.

Namun, kuasa Allah itu mengatasi segala-galanya.
Allah satu, Dialah yang terbaik untuk kita.

Dan, pada hari ini, melihatkan akhawat yang berpusu-pusu datang menghadiri majlis tahlil ini membuatkan hati saya amat tersentuh.
Sudah lama rasanya kami, terutama pelajar undergraduate tidak berkumpul bersama-sama.
Namun, hati bertasbih melihat keprihatinan para akhawat yang datang semata-mata untuk berkongsi kesedihan dan menyedekahkan bacaan yasin dan tahlil untuk ayahanda sahabat tercinta.

Buat pertama kalinya saya mengepalai pengurusan majlis yang melibatkan ramai akhawat yang majoritinya merupakan ahli SHEFFIELD MALAYSIAN STUDENTS ASSOCIATION (SMSA).
Walaupun ketiadaan Aisyah, kami tetap meneruskan majlis dengan harapan agar keberkatan majlis ini mendapat keredhaan Allah.

Kami menghadiahkan bacaan yasin dan tahlil.
Kami juga mendirikan solat jenazah ghaib secara berjemaah. Terima kasih kepada teman yang mencadangkan idea bernas ini kerana betapa saya sedar ramai antara umat Islam pada hari ini kurang pendedahan terhadap ibadah fardhu kifayah seperti ini.

Dan yang paling membuatkan saya tersenyum lebar ialah hajat saya untuk mengadakan makan talam di kalangan akhawat Sheffield tertunai juga.
Sudah lama saya menyimpan hasrat ini.
Pertama kali, saya melihat amalan makan talam di rantau orang ini ialah ketika saya menghadiri Program Puisi 2007 kemudian diikuti di rumah akhawat di Dublin (Rumah Kahfi) dan program-program yang saya sertai di United Kingdom sendiri.
Betapa eratnya ukhuwwah terjalin hanya dengan berkongsi makanan sedulang.

Dan yang paling membuatkan hati saya sayu ialah ketika penyampaian tazkirah.
Sudah lama rasanya saya tidak memberi tazkirah khas untuk akhawat dalam kuantiti yang ramai.
Seperti di Kolej MARA Banting yang amat saya cintai.
Sudah lama rasanya saya tidak mengeluarkan kata-kata yang membuatkan diri saya sendiri bertafakur dan menginsafi diri.

Tentang erti sebuah kesyukuran.
Kesyukuran kerana masih mempunyai nyawa, helaan nafas dan denyutan nadi.
Kesyukuran kerana masih punya seribu satu nikmat yang seringkali kita terleka akan kewujudannya.
Antaranya ialah nikmat kerana punyai ibu dan ayah yang masih bernafas.
Punyai ibu dan ayah yang masih boleh kita tatap wajah mereka.
Yang masih boleh kita kucup pipi mereka.
Yang masih boleh kita peluk erat tubuh mereka.

Namun, belum pun selesai saya menghabiskan tazkirah, kedengaran sedu sedan tangisan salah seorang akhawat berhampiran tempat duduk saya.

Tiba-tiba saya tersentak.
Mungkin isi butir percakapan saya telah mengguris perasaan mana-mana akhawat.
Astaghfirullahal azim.
Mungkin saya telah membangkitkan nostalgia lama akhawat saya itu.

Seribu kemaafan saya pohon.
Tiada niat langsung untuk membuat luka lama berdarah kembali.
Malah tiada langsung terlintas di benak fikiran untuk menyinggung mana-mana pihak.

Cumanya, ada banyak perkara perlu kita renungkan bersama.

Kadangkala, dalam kehidupan ini, kita selalu terlepas pandang.
Banyak budi dan jasa orang lain yang kita tidak perasan.
Kita terlupa untuk mengucapkan terima kasih.
Terutamanya, kepada orang yang tersayang.
Ibu dan ayah.

Jika difikir-fikirkan, entah berapa kali kita mengucapkan "terima kasih mak" setiap kali selesai makan malam hasil daripada air tangan ibu.
Jika direnung-renungkan, entah berapa kali kita mengucapkan "terima kasih ayah" setiap kali ayah menghantar kita ke sekolah.

Mungkin kita boleh menganggap perbuatan memasak untuk anak-anak dan menghantar anak ke sekolah adalah tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh setiap ibu bapa.
Dan sesungguhnya tiada ucapan terima kasih yang perlu diucapkan untuk sesuatu yang wajib sepertimana dalam perbualan harian bahasa arab,

" La syukran a'lal wajib"

Tetapi, apalah kiranya jika kita berusaha untuk menjadi anak yang terbaik untuk ibu bapa masing-masing.
Tiada salahnya jika kita berlumba-lumba untuk menjadi anak yang tahu bersyukur dan menyenangkan hati ibu bapa.
Tiada celanya untuk kita menjadi anak yang BERAKHLAK dalam erti kata sebenar.

Secara jujurnya, saya yakin, walaupun dengan mengucapkan "terima kasih" atau "saya sayang mak dan ayah", hati mereka pasti akan mekar dengan bunga-bunga keceriaan.



APAKAH YANG LEBIH MAHAL DARIPADA SEKUNTUM SENYUMAN KEGEMBIRAAN IBU DAN AYAH?