Saturday, 26 April 2008

ITU DOA SAYA



SATU HARI PERMAI DI KMB

Sekitar Mac 2007
Kolej MARA Banting, Selangor, MALAYSIA



"Kak, hari ni saya dah pakai tudung dari pagi sampai sekarang. Saya tak buka lagi tudung setakat ni!!!" jerit kecil adik usrah (mad'u) saya.

Ketika itu betapa Allah sahaja tahu gembiranya hati kecil saya mendengar pengakuan adik usrah saya ini.

ALHAMDULILLAH.

Mungkin bagi sesetengah orang, apa sangatlah yang ada dengan mengekalkan memakai tudung tanpa membukanya hingga tamat sesi persekolahan.
Hanya perubahan kecil.
Tetapi bagi saya, naqibah dan kakak kepadanya, perubahan kecil ini adalah sangat besar bagi saya.
Perubahan kecil yang perlu saya raikan.

Hari Jumaat, adalah hari yang paling mendebarkan bagi saya. Mungkin bagi sesetengah pelajar KMB hari jumaat adalah hari paling menyeronokkan kerana mereka akan pulang bermalam untuk hujung minggu. Atau mungkin hari Jumaat adalah hari terakhir dalam setiap minggu persekolahan.

Tetapi bagi saya, hari Jumaat adalah hari di mana saya akan berhadapan dengan mad'u saya semasa sesi usrah KMB.
Ketika itulah saya akan diuji tanggungjawab saya membawa tugas seorang naqibah.
Ketika itulah saya akan diuji sejauh mana saya mampu menyebarkan kalimah allah.

Kesemua mad'u saya mempunyai keunikan tersendiri.
Salah seorangnya, junior saya, kelahiran Perak.
Cukup jika saya gambarkan dia seorang gadis yang amat academic-oriented dan mempunyai buah fikiran yang matang.
Pada mulanya, saya sukar untuk memahami pemikiran dan rentak hidupnya.
Sukar untuk saya menelah apa yang difikirkan.

Tetapi sedikit demi sedikit, semacam ada "tali hikmat" yang menarik kami.
Sering juga dia datang ke common room blok E, iaitu tempat kegemaran saya untuk menelaah pelajaran.
Dia datang bukan untuk bertanya tentang mathematics Higher Level, atau Chemistry atau apa-apa subjek, tetapi perkara-perkara yang lebih abstrak untuk saya jawab.

Dan hari itu, hari yang sungguh indah.
Sungguh permai.
Entah mengapa wajahnya cukup berseri-seri dengan tudung litupnya berwarna biru laut.
Saya masih ingat lagi.
Ketika itu terdapat brooch rama-rama tersemat di bahunya
Sungguh manis sekali dia bertudung.

Secara jujurnya, sepanjang saya bergelar naqibahnya, tidak pernah saya menyuruh dia mengubah imejnya secara drastik.
Apatah lagi memaksa atau menyindirnya.
Hati saya tidak sanggup merenggangkan ukhuwwah yang cuba saya jalinkan selama ini.
Berdakwah perlu disertai dengan kasih sayang.

Tanpa kasih sayang, dakwah itu hambar.
Tanpa ukhuwwah, dakwah itu pudar.

Islam itu agama nasihat.
Maka nasihatilah saudaramu dengan kasih sayang.
Teguran itu perlu.
Maka tegurlah saudaramu dengan cinta dan penuh kehormatan.

Dan sehinga hari ini, di hati saya, dia masih bertakhta sebagai adik usrah saya yang amat saya kasihi.
Terdapat juga kawan-kawannya yang diperkenalkan kepada saya melalui Yahoo Mesengger dan emel untuk mendapatkan sedikit nasihat dan kata-kata perangsang.

Syukur alhamdulilah.
Selagi hayat dikandung badan, saya tidak putus-putus berdoa, agar kudrat wanita yang mengalir dalam tubuh saya ini akan digunakan untuk MEMBERI.

......................................................................

"KITA SUKA PANGGIL NAMA AWAK"

Sekitar hujung February 2008
Sheffield, United Kingdom

Ketika itu, saya sudah berjanji dengan seorang sister USIC iaitu sister yang saya kenali melalui beberapa aktiviti anjuran Islamic Society di university.
Sister Habsah, namanya.
Melalui dialah saya mendapat bantuan poster-poster PALESTIN ketika pameran dan booth Projek Palestin.
Dan, kerap juga saya bertemu dengan sister Habsah untuk bertanya soalan berkaitan Medicine dan nota-notanya.

Kami berjanji untuk bertemu di kawasan concourse university.
Tiba-tiba ketika mata saya melilau mencari kelibatnya, mata saya tertarik ke arah sesuatu.
Dari kejauhan, sayup-sayup saya lihat satu susuk tubuh yang amat saya cari-cari sejak kebelakangan ini.

Seorang sahabat Malaysia saya yang sebenarnya baru saya kenali di bumi Sheffield ini beberapa bulan yang lalu.
Tetapi apa yang membuatkan hati saya melonjak-lonjak mahu bersua dengannya ialah bilamana saya mendengar berita "penghijrahannya".

"Penghijrahan" yang sungguh meruntun hati saya.
"Penghijrahan" yang membuatkan hati saya berbunga ceria.
"Penghijrahan" yang menyentuh naluri saya.

"Penghijrahan" yang membawa seribu satu perasaan yang sukar dimengertikan.

"Izzati!!!," saya menjerit kecil dari jauh.
"Eh Wani!!," balasnya.

Kami berpelukan erat.
Ya, saya peluknya dengan seerat mungkin.

Seusai pelukan diuraikan, saya tatap wajahnya.
Wajahnya yang baru.
Wajahnya yang lembut.
Wajahnya yang kini dihiasi dengan hijab di kepalanya.
Sunggu ayu.

Ketika itu, hati saya tidak putus mengucap kalimah tahmid.
Jiwa ini tersentuh melihat "penghijrahan" yang dilakukan.
Bukan sehelai tudung yang menghiasi kepalanya menjadi titik fokus.
Tetapi kelembutan hatinya yang ingin berubah.

Memanggil namanya sahaja sudah membuatkan saya "cair".
Manakan tidak, namanya seiras dengan nama sahabat yang amat saya cintai di Australia sana.

Suatu hari, saya pernah berterus terang dengannya.

" Izzati, tahu tak..kita suka betul panggil nama awak," saya membuat pengakuan, jujur.
"Iya?, kenapa?" tanyanya.

Saya renung wajahnya.

"Sebab Izzati mengingatkan kita pada kawan baik kita di Australia," jawab saya.

Bukannya disebabkan nama yang sama membuatkan hati saya mengimbau nostalgia lama, tetapi, kelembutan hati kedua-dua gadis yang hadir dalam hidup saya ini yang membuatkan saya terpana. Kagum.

Dan ketika Sheffield Games 2008 yang lalu, dia datang menyinggah di booth Palestin kami.
Apa yang membuatkan hati melonjak gembira ialah pada hari itu, dia datang dengan mengenakan tudung berwarna merah jambu.
Tudung merah jambu yang pernah saya pakai ketika hari penerbangan saya ke United Kingdom.
Tudung yang memberi 1001 memori indah.
Dan tudung itu kini berada di samping gadis yang sungguh istimewa.
Izzati namanya.
...................................................................................


ITU DOA SAYA


Selasa, 22 APRIL 2008.
Dissection Room.

Kebelakangan ini, saya mulai rapat dengan seorang teman berusia 26 tahun.
Tina namanya.
Sudah berkahwin dan kini mengambil jurusan perubatan tahun pertama.
Istimewanya, dia seorang muslim.
Namun, tidaklah pula dia mengamalkan cara hidup muslim.
Bukan kerana dia tidak MAHU, tetapi dia tidak TAHU.

Perkara ini baru sahaja saya sedari ketika saya berbual-bual dengannya ketika kami sedang berbincang semasa revision anatomy.

"Wani, you have sent me message so early, 5.30 am!! I ve told my husband, and he said, your friend must be praying in the morning," ucapnya.

Saya hanya tersenyum,

"Yes, after I have prayed, I have sent the text to you, just asking what time should we meet for our revision," jawab saya.

"Do you pray as well?" saya memancingnya.

"No, I don't pray," jawabnya.

"Why ?"

"Because I don't know," jawabnya jujur.

" Why didn't you tell me? I can teach you how to pray,dear. Anytime, anywhere. I am willing to do it," tiba-tiba saya berasa sungguh excited.

"Oh thank you Wani, I am planning to do it as soon as possible. I want Allah help me in exam," katanya.

"Yes, He will help you anytime, dear," saya mula meyakinkannya.

"But, I need to cover my head, my hand first. I don't have scarf to wear," .

"Oh, I can accompany you to buy scarf, don't worry, I know where to get a new scarf,".

"Oh, thank you Wani. Right now, I only know 4 dua's. My brain is to hard to absorb the recital. I need to learn more. But now, I want to study hard and pass the exam. After that, I will promise to myself to pray everyday," janjinya.

Mendengarkan janjinya untuk berubah setelah exam, sudah cukup untuk membuatkan hati saya bersemangat.
Tidak mengapa jika dia belum begitu bersedia untuk berubah sekarang.
Janjinya itu sudah menunjukkan dia mahu berubah.
Dia mahu berhijrah.
Dan bagi seorang dai'e, perubahan yang disuarakan oleh mad'u nya perlu diraikan.
Sungguhpun hanya perubahan kecil, tetapi ketahuilah, bagi seorang daie, kesanggupan mad'u nya untuk berhijrah dan berubah adalah aset yang sungguh berharga.
Perlu dihargai.

Dan petang itu, saya menghabiskan petang saya di rumahnya.
Bertaaruf dengan seorang lagi insan istimewa.
Cuba mengenalinya dengan mendalam.

Ketika kami berbual-bual, dia memberitahu saya berita yang menggembirakan.

"My husband and I are planning to have a baby next year. My husband will take care of me. Oh, he is the greatest man I ever had in the world!!," ucapnya gembira.

"Oh, that's great!! I love baby so much. If you need my help, just tell me. I will straight away come to your house to help you with the pregnancy,!!" .
Entah mengapa, saya juga turut excited.

"Oh thank you so much, now I am thinking to learn how to pray. I promise if I pass the exam, I will pray everyday. You ve got to help me," katanya, sambil tersenyum lebar.

Saya juga turut tersenyum.
Dan senyuman itu meleret hingga saya pulang ke rumah.
Sepanjang perjalanan pulang, saya berdoa agar saya kembali lagi ke rumahnya untuk membimbingnya solat, insyaalah.

Itu doa saya.

Friday, 18 April 2008

AYAT-AYAT CINTA


DEAREST WANI.....



19 APRIL 2008

SABTU, 7 AM.


Semalam, saya telah menghadiri Annual Grand Dinner SMSA (Sheffield Malaysians Student Association) 2008 bagi meraikan senior final year yang akan pulang ke tanah air setelah beberapa tahun merantau memenuhkan ilmu di dada.

Saya pandang kanan dan kiri.
Ramai. Dan ada beberapa raut muka yang tidak pernah saya jumpa.

Sejak akhir-akhir ini, banyak acara yang dianjurkan membolehkan kami bertemu.
Bermula selepas majlis Tahlil akhir hujung Esther yang lalu, diikuti SMSA Day out di Weston Park dan semalam Annual Grand Dinner.
Kebetulan keluarga angkat saya memang "kamceng" dengan aktiviti SMSA, maka setiap aktiviti yang dianjurkan, saya berpeluang memeluk ibu angkat saya dan mengucup pipi adik-adik angkat saya.
Dan bapa angkat saya, yang dahulunya , tersangat pemalu, sudah pandai membuat lawak-lawaknya yang selamba dan beramah mesra.
Dahulunya, saya kurang berpeluang bertemu teman-teman yang mengambil course Chemistry, kini, hubungan itu kembali "hidup".
ALHAMDULILAH...

Kemudian, saya meninjau wajah-wajah sahabat-sahabat rapat saya.
Semuanya kelihatan gembira.
Teman serumah saya.
Teman seusrah saya.
Kakak-kakak yang sememangnya sentiasa membantu saya dalam apa jua perkara- Kak Nik Mun, Kak Jihan, Kak Eli, Kak Alia, Kak Sofi, Kak Faizah dan beberapa nama lain lagi yang terlalu banyak untuk saya senaraikan di sini.

OKTOBER 2007 yang lalu, permulaan kepada segala-galanya.
Saat itu, kami bertemu.
Dan kini, kami masih berukhuwwah.
Kemudian, apabila tiba satu tempoh nanti, kami pasti akan berpisah.
Dan semestinya, perpisahan itu pasti kerana ALLAH.

UKHUWWAH memang AJAIB!

Namun..
Tiada satu pun CINTA di dunia ini dapat menandingi CINTA ALLAH kepada hamba-Nya.
Ambillah 7 buah lautan..
Atau 7 buah benua..
Atau 7 tingkatan langit..

PASTI TIDAK DAPAT MENANDINGI CINTA dan SAYANG ALLAH pada HAMBANYA.


Fikiran saya berputar sekali lagi.
Sementara menunggu meeting online KEM XPLORASI "JOM JAUHLAH" yang diimamkan oleh amir kami, Saudara Azri, saya bermain dengan tetikus komputer, klik file ini. Kemudian, file itu.
Dan akhirnya, saya telah menghalakan cursor ke arah file "KAK JIHAN".
Kemudian, KLIK!

Kak Jihan adalah kakak seusrah saya.
Tapi, sebenarnya, dia lebih daripada seorang kakak usrah.
Dia antara salah seorang senior yang banyak membantu saya, terutama dalam akademik.
Selalu juga saya "mengganggunya" dengan bertanya itu dan ini seperti "macam mana nak buat ni kak?", "susah tak kak?", "akak kena tolong ni sebab wani tak pandai buat.." dan banyak lagi soalan yang saya kira boleh menyesakkan fikirannya.

Namun, persoalan yang bertalu-talu daripada saya tidak pernah membuatkan senyumannya pudar.
Kadangkala, saya akan menghantar file atau kerja saya melalui YM untuk diperiksa olehnya.
Dan yang membuatkan saya terharu ialah setiap kali saya menerima kembali feedback, pasti ada "ayat-ayat cinta" yang selitkan bersama.

Dearest Wani,

Alhamdulillah. This is a better entry for your significant event. Well done masyaAllah. Please don’t be alarmed by the number of highlights you will see in this essay. InsyaAllah you will develop a better understanding of both English proficiency and medical knowledge in producing a better entry. Everything comes with practise. Don’t be demotivated to keep on improving this essay. Lepas wani correct this essay, pls send it again to me, so that we can produce a better one the third time around insyaAllah. ;)

Love and hugs,

Jihan.


..............................................................................................................

AYAT-AYAT CINTA DARIPADA UMMI..

12 April 2008
Medium pengantaraan- Yahoo Messenger.


zahrah mohd yahaya: yg wanie bg tu kan...abi sedang pakai...
zahrah mohd yahaya: abi suker sangat...
zahrah mohd yahaya: tq a lot abi kater
zahrah mohd yahaya: alif pulak sedang sibuk main sticker2 yg ader dlm buku yg wanie bagi tu
zahrah mohd yahaya: sonok adik2 kakak diaorg bagi
zahrah mohd yahaya: ummi yg paling best sekali...jubah tu ummi nak pakai rayer...hi...hi...

iman_muslihah: oh, maaf ummi lambat reply.
iman_muslihah: ok tak jubah tu?

zahrah mohd yahaya: ok...bukan sajer ok....cantikkkk sangat
zahrah mohd yahaya: maklum la...anak kesayangan bagi...hi..hi..
zahrah mohd yahaya: ummi terharu...sedari mula mengenali wanie...

iman_muslihah: huhu, syahdu lah pulak.

zahrah mohd yahaya: disaat jauh ngan family kat Malaysia...ader insan yg rapat dan mesra seperti adik beradik @ anak beranak
zahrah mohd yahaya: abi pun merasakan 'ikatan' kekeluargaan kita ni

Ketika saat itu, bergetar hati saya mendengar "ayat-ayat cinta" ibu angkat saya ini.
Gembira, bersyukur, terharu semua bercampur baur.

Saya tidak menyangka Allah terlalu penyayang sehinggakan memberi saya satu demi satu nikmat cinta dan kasih sayang tanpa putus-putus.
Sedangkan saya terlalu banyak cacat dan cela.
Saya tidak tahu bagaimana rupanya rekod amalan harian saya yang dilaporkan oleh Sang Rakib dan Sang Atid.
Sedangkan nikmat Allah mengalir tidak henti-henti.

BERSYUKURKAH SAYA?

....................................................................................................................


SAYA DAH NAK EXAM NI....


28, 29, 30 May nanti saya akan menghadapi peperiksaan sulung saya sementelah satu semester bergelar pelajar perubatan tahun pertama di Sheffield ini.
Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan dan kekuatan untuk saya hadapi ujian dunia ini dengan cemerlang.


Sejak akhir-akhir ini, saya banyak memcetak gambar-gambar keluarga dan kemudian sengaja saya hiasi meja tulis saya dengan gambar tersebut.
Malah, entah mengapa, kebelakangan ini juga, saya seperti mahu sahaja berchatting dengan ibu angkat saya.
Minggu lepas entah berapa kali saya menelefon ummi tetapi sayangnya, ummi sedang sibuk menguruskan nursery bersama rakan kongsinya.
Namun, dapat berbual-bual dengannya selama beberapa minit sudah memadai membuatkan saya gembira.
Dan setiap hujung minggu, saya paling tidak sabar untuk menelefon keluarga di Malaysia.

Mungkin disebabkan bahang peperiksaan yang semakin dekat membuatkan saya sentiasa mahu berdamping dengan orang yang saya kasihi.
Kerana semangat untuk menempuh cabaran itu akan lebih membara dan berkobar-kobar apabila adanya kehadiran orang yang disayangi.

Ibu saya baru sahaja menghantar pesanan ringkas (SMS) yang penuh dengan "AYAT-AYAT CINTA" seorang ibu untuk anaknya:

"POSKAD DAH DAPAT. SALAM RINDU DARI KELUARGA. MOGA SHT SLAMAT CRIA CMERLANG DLM PELIHARAAN ALLAH.MAK DAN AYAH SNTIASA IRINGI DOAKAN KEJYAAN SGLA LAPANGAN TERUTAMA WKTU EXAM. NANTI MAK DAN AYAH BUAT SOLAT HJT. BILA WAKTU EXAM DAH NAK DKT, INGTKAN YA!"


Kerana dasar itu itulah saya sentiasa menasihati diri saya supaya sentiasa menyayangi orang lain termasuk makhluk ciptaan Allah yang lain.
Dengan harapan, supaya bukan sahaja saya disayangi oleh mereka, tetapi yang paling utama, saya disayangi oleh DIA- Arrahman dan Arrahim..
Dan alhamdulilah, setiap hari saya berpeluang menatap dan membaca "ayat-ayat cinta" dari-Nya- kalimah agung AL QURAN NUR KARIM.


Doakan agar saya mampu tempuhi ujian ini dengan ketabahan dan beroleh petunjuk dari Allah, insyaalah...

Saturday, 12 April 2008

ADA APA DENGAN SYUKUR?



ADA APA DENGAN SYUKUR?


Selasa, 1 April 2008.
11 pagi.
Upperthorpe Sport Center.

"Thank you for teaching me," kanak-kanak Pakistan berusia 10 tahun itu menuturkan bicara, sambil tersenyum manis.

Entah mengapa, apabila mendengar kata-katanya, saya berasa terharu.

"Oh, dear. You are so sweet. It's fine. I do love teaching kids," saya merangkul erat bahunya. Saya benar-benar dapat merasakan keikhlasan kanak-kanak ini tatkala ucapan terima kasih meniti di bibirnya.

" So next time, bring along your goggle and we can go diving in the pool together ya?" saya mengikat janji dengannya.

"Alright," dia mengangguk setuju.

Habsah, seorang kanak-kanak cilik yang baru saya kenali di Upperthorpe Sport Center, Sheffield. Pada mulanya, dia kelihatan malu-malu juga berbanding adiknya untuk berbual-bual dengan saya. Tetapi, setelah lama saya cuba memesrakan diri, dia bertukar menjadi peramah.

Namun, entah mengapa ucapan terima kasih yang diluahkan sebentar tadi begitu berbekas di hati saya.
Saya berasa begitu dihargai oleh seorang kanak-kanak yang belum begitu arif untuk membincangkan tentang erti kasih sayang dan berbudi bahasa.

Mungkin bagi sesetengah kanak-kanak, terutamanya di Malaysia, mereka hanya akan mengucapkan terima kasih apabila disuruh oleh ibu dan ayah mereka. Saya masih ingat lagi, ketika masih bergelar kanak-kanak, apabila saya mendapat sesuatu pemberian daripada orang lain, ibu saya pasti akan berkata..

" Mak cik Rahimah bagi hadiah tu, Wani kena cakap apa?"

Ketika itu, sambil terkebil-kebil , barulah saya akan mengucapkan " terima kasih mak cik".

Mengucap terima kasih hanya apabila disuruh.

Secara jujurnya, bukan saya seorang sahaja mengalami situasi ini. Perkara yang sama juga berlaku kepada teman sepermainan saya. Dan tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa perkara tersebut masih berlaku bukan sahaja di kalangan kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa pada hari ini.

Berada di rantau orang, saya dapati walaupun negara barat sering dikaitkan dengan keruntuhan akhlak, namun banyak perkara yang saya pelajari daripada mereka, iaitu MORAL.

Mereka amat terkenal dengan amalan bersopan santun, peramah, bermanis muka dan bertolak ansur. Secara peribadi, saya amat kagum dengan tutur bicara mereka yang sungguh sopan dan manis. Tidak kira di kedai, stesen bas, pasar hatta di tepi jalan sekali pun, mereka suka tersenyum dan berkata sopan. Mungkin tidak semua begitu, tetapi percayalah kebanyakan mereka yang saya temui membuat saya berasa senang bersama mereka.

Contohnya, di kaunter kedai, setelah selesai urus niaga, mereka selalunya akan berkata sambil menghadiahkan senyuman,

" Thank you LOVE, please come again,"

Saya masih ingat lagi, ketika saya berada di Nothern General Hospital, staff dan pesakit di situ tidak keberatan melayan saya seperti sebahagian daripada mereka. Saya masih ingat lagi, seorang pesakit jantung melayan saya dengan baik dan menggelar saya,

"MY DEAR FLOWER"

Beginilah masyarakat barat. Sebahagian besar daripada mereka memang tertib dalam berMORAL. Tetapi, bagi kita umat ISLAM, kita sebenarnya jauh lebih istimewa lagi. Kita diajar oleh AL QURAN dan SUNNAH nabi untuk berAKHLAK.

MORAL dan AKHLAK adalah dua perkara yang berbeza.

MORAL berkait rapat dengan mematuhi tatatertib yang telah digariskan untuk memenuhi kehendak dan hak masyarakat.

MORAL dilakukan kerana ia adalah "perkara yang patut dilakukan mengikut tafsiran akal".

AKHLAK pula jauh lebih indah.

AKHLAK menjadi indah kerana ia dilakukan atas dasar mangharap keredhaan Allah.

Saya masih ingat ketika mendengar pengisian PUISI 2007 di IRELAND pada Disember yang lepas, Ustaz favourite saya, Ustaz Hasrizal memperincikan perihal akhlak dalam konteks " Saya Mestilah Muslim dari Segi Akhlak", karya Al Fadhil Fathi Yakan.

Ketika itu, saya duduk tekun mendengar kata-kata berhikmah daripada Ustaz Hasrizal.

"Apa itu akhlak?" ustaz bertanya sambil matanya melilau memerhatikan para peserta PUISI 2008.
"Dengar makna AKHLAK ni betul-betul. Mengikut Imam Ghazali, AKHLAK adalah sesuatu yang dilakukan TANPA PERLU JUSTIFIKASI AKAL, ia bersifat autopilot,".

Berkerut dahi saya mendengar tafsiran AKHLAK.

"Apa benda itu?" saya bertanya sendirian.

Ustaz seolah-olah tahu ada peserta yang kurang jelas dengan penjelasannya, lantas menyambung perbincangannya.

" Baiklah saya bagi contoh. Katakan Ahmad, sedang berjalan-jalan. Tiba-tiba dia nampak sampah. Dia pun berfikir, "nak kutip ke, tak nak. Kalau aku kutip, dapatlah aku jaga kebersihan, bagus tu. Tapi, kalau aku tak kutip pun, mungkin ada orang lain akan kutip. Hmm..tapi, kalau aku kutip pun, apa salahnya,". Lalu, dia pun mengutip sampah itu dan membuangnya ke dalam tong sampah. Jika kita lihat, perbuatan Ahmad ini sebenarnya bukanlah sebuah AKHLAK walaupun dia telah bertindak membuang sampah tersebut,".

Sambung Ustaz lagi,

"Sekarang katakan Ali pula sedang berjalan-jalan. Dia ternampak sampah, dengan pantas, tanpa berfikir panjang, dia terus mengutip sampah tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah. Haaa..yang ini barulah dikatakan AKHLAK,".

Subhanallah..saya sudah nampak perbezaan antara MORAL dan AKHLAK. Sejak dahulu lagi, saya memang mengagumi cara Ustaz ini memberi analogi dalam pengisiannya. Analogi yang sungguh pintar.

Jika dilihat, AKHLAK tidak memerlukan justifikasi akal untuk dilakukan.
Ia dilakukan kerana dipandu oleh hati yang disuntik keimanan.
Ia dilakukan tanpa perlu kita berfikir siapa yang akan memperoleh faedah daripada perbuatan itu.
Ia dilakukan tanpa perlu kita berfikir apa pandangan orang terhadap perbuatan kita itu.

AKHLAK merupakan tindakan refleks yang tercetus daripada kesuburan hati yang dibajai dengan iman dan mahabbah.


Begitu juga perbuatan bersyukur dan berterima kasih.
Bersyukur dan berterima kasih adalah sebahagian daripada akhlak Islamiyah.



...............................................................................


BERSYUKURKAH KITA?


Jumaat, 4 APRIL 2008
5.30 pm
5 Filey Street


Pada hari ini, Allah telah memberi kesempatan yang amat berharga kepada saya. Allah telah memberi peluang kepada saya dan ahkawat seusrah saya untuk menganjurkan majlis tahlil arwah dan khatam Al Quran.
Setibanya saya daripada pulang mengembara dari Birmingham hinggalah ke Cardiff, kami warga Sheffield dikejutkan dengan kepulangan ayahanda sahabat kami, Aisyah Salim ke rahmatullah.
Mendapat berita yang mengejutkan ini, dia segera pulang ke pangkuan keluarganya di Malaysia.

Innalillahiwainna ilaihi rajiuun.
Seorang lagi anak Adam dipanggil pulang menghadap Ilahi.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya hati seorang anak kehilangan ayah.
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa laranya hati seorang isteri kehilangan suami.
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa dukanya hati sebuah keluarga kehilangan imamnya.

Namun, kuasa Allah itu mengatasi segala-galanya.
Allah satu, Dialah yang terbaik untuk kita.

Dan, pada hari ini, melihatkan akhawat yang berpusu-pusu datang menghadiri majlis tahlil ini membuatkan hati saya amat tersentuh.
Sudah lama rasanya kami, terutama pelajar undergraduate tidak berkumpul bersama-sama.
Namun, hati bertasbih melihat keprihatinan para akhawat yang datang semata-mata untuk berkongsi kesedihan dan menyedekahkan bacaan yasin dan tahlil untuk ayahanda sahabat tercinta.

Buat pertama kalinya saya mengepalai pengurusan majlis yang melibatkan ramai akhawat yang majoritinya merupakan ahli SHEFFIELD MALAYSIAN STUDENTS ASSOCIATION (SMSA).
Walaupun ketiadaan Aisyah, kami tetap meneruskan majlis dengan harapan agar keberkatan majlis ini mendapat keredhaan Allah.

Kami menghadiahkan bacaan yasin dan tahlil.
Kami juga mendirikan solat jenazah ghaib secara berjemaah. Terima kasih kepada teman yang mencadangkan idea bernas ini kerana betapa saya sedar ramai antara umat Islam pada hari ini kurang pendedahan terhadap ibadah fardhu kifayah seperti ini.

Dan yang paling membuatkan saya tersenyum lebar ialah hajat saya untuk mengadakan makan talam di kalangan akhawat Sheffield tertunai juga.
Sudah lama saya menyimpan hasrat ini.
Pertama kali, saya melihat amalan makan talam di rantau orang ini ialah ketika saya menghadiri Program Puisi 2007 kemudian diikuti di rumah akhawat di Dublin (Rumah Kahfi) dan program-program yang saya sertai di United Kingdom sendiri.
Betapa eratnya ukhuwwah terjalin hanya dengan berkongsi makanan sedulang.

Dan yang paling membuatkan hati saya sayu ialah ketika penyampaian tazkirah.
Sudah lama rasanya saya tidak memberi tazkirah khas untuk akhawat dalam kuantiti yang ramai.
Seperti di Kolej MARA Banting yang amat saya cintai.
Sudah lama rasanya saya tidak mengeluarkan kata-kata yang membuatkan diri saya sendiri bertafakur dan menginsafi diri.

Tentang erti sebuah kesyukuran.
Kesyukuran kerana masih mempunyai nyawa, helaan nafas dan denyutan nadi.
Kesyukuran kerana masih punya seribu satu nikmat yang seringkali kita terleka akan kewujudannya.
Antaranya ialah nikmat kerana punyai ibu dan ayah yang masih bernafas.
Punyai ibu dan ayah yang masih boleh kita tatap wajah mereka.
Yang masih boleh kita kucup pipi mereka.
Yang masih boleh kita peluk erat tubuh mereka.

Namun, belum pun selesai saya menghabiskan tazkirah, kedengaran sedu sedan tangisan salah seorang akhawat berhampiran tempat duduk saya.

Tiba-tiba saya tersentak.
Mungkin isi butir percakapan saya telah mengguris perasaan mana-mana akhawat.
Astaghfirullahal azim.
Mungkin saya telah membangkitkan nostalgia lama akhawat saya itu.

Seribu kemaafan saya pohon.
Tiada niat langsung untuk membuat luka lama berdarah kembali.
Malah tiada langsung terlintas di benak fikiran untuk menyinggung mana-mana pihak.

Cumanya, ada banyak perkara perlu kita renungkan bersama.

Kadangkala, dalam kehidupan ini, kita selalu terlepas pandang.
Banyak budi dan jasa orang lain yang kita tidak perasan.
Kita terlupa untuk mengucapkan terima kasih.
Terutamanya, kepada orang yang tersayang.
Ibu dan ayah.

Jika difikir-fikirkan, entah berapa kali kita mengucapkan "terima kasih mak" setiap kali selesai makan malam hasil daripada air tangan ibu.
Jika direnung-renungkan, entah berapa kali kita mengucapkan "terima kasih ayah" setiap kali ayah menghantar kita ke sekolah.

Mungkin kita boleh menganggap perbuatan memasak untuk anak-anak dan menghantar anak ke sekolah adalah tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh setiap ibu bapa.
Dan sesungguhnya tiada ucapan terima kasih yang perlu diucapkan untuk sesuatu yang wajib sepertimana dalam perbualan harian bahasa arab,

" La syukran a'lal wajib"

Tetapi, apalah kiranya jika kita berusaha untuk menjadi anak yang terbaik untuk ibu bapa masing-masing.
Tiada salahnya jika kita berlumba-lumba untuk menjadi anak yang tahu bersyukur dan menyenangkan hati ibu bapa.
Tiada celanya untuk kita menjadi anak yang BERAKHLAK dalam erti kata sebenar.

Secara jujurnya, saya yakin, walaupun dengan mengucapkan "terima kasih" atau "saya sayang mak dan ayah", hati mereka pasti akan mekar dengan bunga-bunga keceriaan.



APAKAH YANG LEBIH MAHAL DARIPADA SEKUNTUM SENYUMAN KEGEMBIRAAN IBU DAN AYAH?



Saturday, 29 March 2008

HADIAH



SAYA TAK KIRA, SAYA NAK BALIK!!

21 Mac 2008, Jumaat
Beaudesert Campsite,
Cannock Wood,Rugeley,Staffordshire.
Sekitar 9 malam.


Ya Allah!!!
Kesejukan apakah ini?
Entah mengapa, pada malam itu, hati saya merungut kecil.
Astaghfirullahal azim...

Saya betul-betul tertekan.
Sangat tertekan.
Saya gagal menumpukan sepenuh perhatian kepada ceramah pertama Ustaz Mazrul.
Guru yang bertanggugjawab menyampaikan pengisian untuk SPRING CAMP 2008.

SPRING CAMP dianjurkan untuk menjadi wadah ilmu kepada pelajar bukan aliran agama yang sedang bertatih seperti saya.
Pelajar yang baru sahaja bertaaruf dengan Sang Dakwah di bumi UK ini.


USUL 20 daripada Imam Assyahid Hassan Al Banna menjadi fokus utama pesta ilmu kami pada kali ini.


Pada awalnya, Ustaz Mazrul mengetengahkan intipati pengisian pertama.
Tentang signifikan Al Quran terhadap kehidupan ummat sejagat.
Tentang Generasi Al Quran.
Saya benar-benar tertarik.
Terpana dengan hujah dan syarahnya.

Namun...
Ketika hampir tamat tempoh 45 minit pertama,
Ketika beliau mengajar kami tentang bacaan Al Quran,
Hukum tajwid, sebutan makhraj, hukum bacaan.
Malang telah menimpa saya.

Entah mengapa tiba-tiba, saya diuji.
Badan saya menggeletar.
Kesejukan di luar seolah-olah meresap tulang belulang saya.
Seolah-olah saya sedang ditinggalkan kesejukan di luar dewan kecil itu.
Seolah-olah saya sedang duduk di dalam kepekatan malam yang dihembus angin kencang.

Nafas saya semakin laju.
Degupan jantung turut berdegup kencang.
Saya memandang sahabat saya, Nurul Iman yang duduk bersebelahan saya.
Dia sedang mendengar dengan tekun.
Benar-benar tekun.

Saya tidak sampai hati untuk mengganggu konsentrasinya.
Hati saya melarang saya untuk mengganggunya.
Tetapi, tubuh saya ingkar.
Perlahan-lahan, tangan saya menyentuh bahunya.

"Iman...." saya berbisik perlahan.
"Wani....kenapa?" dia memandang saya, ada riak sedikit cemas pada air wajahnya.

Saya menarik nafas dalam-dalam.
Saya memandang redup wajah sahabat baik saya ini dalam-dalam.
Seolah-olah meraih simpati.
Seolah-olah memohon agar ada insan memahami.
Apa yang sedang saya rasai.

.................................................................................................................................

Saya sudah nekad.
Saya mahu pulang!


Saya tak kira, saya tak tahan.
Saya mahu pulang!

Kesejukan camp site di celahan hutan ini benar-benar meragut kesabaran saya.
Jujurnya, saya tidak menyangka langsung Spring Camp ini akan bertukar menjadi "Winter Camp".
Mana tidaknya, seawal 4.30 pagi, ketika saya membuka pintu kabin tempat kami menginap untuk pergi ke bilik air, salji turun dengan lebat sekali.

Bumi ALLAH ini sekali lagi diliputi keputihan salji.
Disebabkan bilik air terletak di luar, saya dan peserta yang lain berjalan terbongkok-bongkok menahan kesejukan pagi ditambah kehadiran salji dan angin dingin yang sungguh angkuh bertiup.

Angkuhnya angin bertiup tanpa menghiraukan kesejukan kami, getus hati saya yang semakin membengkak. Ketika ini si syaitan dan iblis mula berbisik jahat. ASTANGHFIRULLAH AZIM..

Kali ini, saya sudah membulatkan niat.
Saya mahu pulang awal.
Kak Han, satu-satunya senior Sheffield saya yang mengikuti SPRING CAMP ini akan pulang sehari awal iaitu pada hari Ahad, berikutan terdapat sedikit hal yang perlu dibereskannya.

Saya masih ingat ketika itu.
Seusai sahaja pengisian pertama tamat, saya mendapatkan Kak Han.

"Kak Han, kita nak ikut akak balik awal. Kita tak tahan lagi, " saya mengadu pada Kak Han.

Ya, benar.
Fizikal saya sudah lemah.
Minda saya sudah tidak gagah sepertimana ketika saya membuat keputusan untuk menyertai Spring Camp ini.
Sepatutnya, saya harus berada di situ sehingga hari Isnin.
Saya seolah-olah sudah tawar hati untuk menyempurnakan kembara ilmu saya ini.
Saya seolah-olah mahu melangkau hari Sabtu dan terus berada pada hari Ahad
Hari Ahad yang membolehkan saya pulang.
Hari yang membolehkan saya bebas daripada cengkaman kesejukan dan kesakitan.

Tetapi sebenarnya, saya tidak sedar.
Ketika saya hati saya meronta-ronta ingin pulang.......

Di dunia sebelah sana....
Bergegar dengan gegak gempita sambutan pesta kemenangan..
Kemenangan atas kegagalan seorang lagi anak Adam...

Saya tidak sedar....
Ketika saat sifat kesabaran yang cuba saya pertahankan selama ini mulai retak..
SYAITAN dan IBLIS melonjak-lonjak kegembiraan.
Makhluk durjana ini bertepuk tangan keriangan..

Astaghfirullahal azim..

Saya benar-benar tidak sedar..
Benar-benar lalai..

Sehinggalah pada keesokan hari....

.......................................................................

Sabtu, 22 Mac 2008
Pengisian kedua.


"Ana nak tanya antum semua, macam mana sahabat-sahabat, ulama-ulama dahulu menuntut ilmu?" suara Ustaz Mazrul memecah keheningan pagi di dalam dewan kecil itu.

Senyap seketika.

"Cuba antum bayangkan, macam mana rasullulah belajar Al Quran daripada Jibril?" soalan demi soalan diajukan kepada kami.

Ustaz Mazrul menyambung...

" Setiap kali Rasullulah pulang, baginda menggigil ketakutan. Keadaannya menakutkan. Baginda berada dalam keadaan yang sukar. Begitu juga sahabat-sahabat, ulama-ulama..mereka juga menuntut ilmu dalam keadaan yang amat getir dan sukar. Macam ulama-ulama dahulu, contohnya ketika menuntut ilmu Al Quran dengan guru mereka, setiap kali mereka membuat kesalahan, PAAPP!!, mereka dipukul oleh guru, salah, paap!! salah..paap!! " terang Ustaz Mazrul dengan bersungguh-sungguh, sambil menunjukkan gaya memukul anak murid di hadapan kami.

Terdengar gelak tawa kecil daripada sesetengah peserta. Termasuk saya.
Geli hati melihat telatah Ustaz Mazrul barangkali.

" Eh, kenapa ketawa?" sergah Ustaz Mazrul.

"Ana bagitahu antum semua supaya antum tahu dan hargai betapa susahnya sahabat-sahabat dan para ulama menuntut ilmu. Semangat mereka kuat. Tidak macam antum semua. Hari ini, semuanya senang. Dimanjakan. Ada orang sediakan makanan, belajar di dalam bangunan yang selesa, memang betul-betul dimanjakan, " sambung Ustaz yang sudah memiliki dua orang puteri ini.

PANGG!!!!!!!!!!

Ketika itu, saya terasa seperti ditampar.
Saya benar-benar terpukul dan tersindir dengan kata-katanya.
Seolah-olah sindiran itu ditujukan khas untuk saya.

Saya seperti baru terbangun daripada lena yang panjang.
Lena yang mengasyikkan dan melalaikan.

Ya! Benar kata-kata Ustaz.
Saya terlalu dimanjakan.
Hingga menjadi lemah.
Tidak mampu menahan ujian sekecil ini.

Kesejukan dan kesakitan....
Apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan kemiskinan, kelaparan dan kesusahan yang dialami para sahabat dan ulama yang gigih menuntut ilmu dan berjihad.
Mereka bergelumang dengan tohmahan dan seksaan.

Abu Hanifah mati dipenjara kerana ilmunya..
Ibnu Mukhtar direnggut nyawanya oleh sang algojo penjajah demi maruah ummah dan WATAN
Al Banna dibunuh kerana menunjukkan jalan kepada anak WATANnya jalan untuk kembali..
Ibnu Qutb mati di tali gantung kerana kasihnya kepada agama, WATAN dan negaranya..
Di situlah lahirnya "DI BAWAH LEMBAYUNG AL QURAN" ..
Daripada jari jemarinya yang menggerakkan qalam..

Saya semakin sebak.

Nabi Muhammad SAW...
Jika dijadikan perbandingan..
Bagindalah raja segala raja...
Yang paling banyak menerima seksaan kaumnya...
Yang paling banyak menerima ujian Tuhannya...
Yang paling tulus dan ikhlas terhadap ummatnya...
Bagindalah penghulu di syurga


Saya termenung lagi...

Saya tanya iman saya...
Siapalah saya..
Siapalah juga saya di sisi mereka ini..
Saya terlalu kerdil jika hendak dibandingkan dengan manusia agung lampau ini..

SUBHANALLAH..
ASTAGHFIRULLAH...

Perlukah saya melayani segala kerenah dan bisikan nafsu yang tidak pernah puas?
Sedangkan jiwa saya kosong dengan ilmu...
kontang dengan pengalaman...
Sedangkan masa semakin suntuk..
Dengan pelbagai tanggungjawab sebagai hamba Rabbul Jalil, anak, pelajar...
Dan kini saya bercita-cita mahu menjadi seorang daie..
Dan beberapa bulan lagi, saya bakal menerima adik-adik di Sheffield ini..

Masa semakin suntuk..
Sedangkan tanggugjawab semakin bertambah..
Memang benar kata-kata Al Banna..

"Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada"

Dengan tanggungjawab yang tidak pernah habis..
Bisakah saya bersenang-lenang di rumah?
Bisakah saya menggoyangkan kaki tanpa berbuat apa-apa?
Bisakah saya bermanja-manja dengan segala keselesaan yang ada?
Bisakah saya mengeluh dengan sedikit ujian kesejukan dan secebis kesakitan?

TEPUK DADA TANYA IMAN..

Hari itu, lama saya menghisab diri.
Bermuhasabah diri.
Kali ini, saya perlu bangkit.
Saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi.
Saya perlu cekal.
Ilmu perlu dituntut.
Pengalaman perlu ditimba.
Untuk menghadapi jalan dakwah yang bukannya mudah.
Jalan yang bukannya dihamparkan dengan karpet merah.
Saya perlu tabah.

Alhamdulillah.
ALLAH beri saya kekuatan untuk bertahan untuk mengutip permata berharga di majlis ilmu ini.
ALLAHUAKBAR!


KLIK SINI UNTUK MENONTON VIDEO ( BROTHERS) SPRING CAMP UK 2008



.................................................................................................................


"ANTARA MALAYSIA, NEGARA KAU DENGAN PELESTIN...MANA YANG LEBIH PENTING?"

Di hadapan lap top Nurul Iman
Yahoo Messenger.
14 Januari 2008

3 bulan yang lalu, ketika projek Amal Palestin baru dilancarkan, saya pernah ditanya satu soalan oleh salah seorang senior saya di Sheffield.

Dia salah seorang senior yang saya kagumi. Dan agak aktif dalam penyertaan berbentuk masyarakat termasuk kempen memperjuangkan keamanan Palestin.
Hujung minggu yang lalu ketika itu, dia telah menyertai satu aktiviti untuk Palestin.
Dan setelah itu, dia terfikir satu soalan.
Dan dia mengajukan persoalan yang bermain-main di benak fikirannya itu kepada saya.

senior: adakah aku dah lakukan yang cukup untuk negara sendiri?
senior:sebab kita sebagai muslim bertanggungjawab terhadap penjuru( negara) kita.
senior:dalam masa yang sama, kena tolong penjuru (negara)yang lain.
senior:macam mana tu cik iman muslihah?
iman_muslihah:soalan anda tu..maksudnya, anda rasa anda telah melakukan sesuatu untuk palestin, tetapi anda tertanya-tanya adakah anda telah melakukan sesuatu untuk negara sendiri?
senior: benar.


Ketika itu, secara jujurnya, saya tidak tahu apakah jawapan yang terbaik yang boleh saya berikan.
Idea untuk menjawab soalan itu seolah-olah terperangkap dan terapung-apung di dalam kotak fikiran saya tetapi sukar untuk saya luahkan dalam bentuk perkataan.
Dan secara ikhlas saya katakan padanya, saya belum ketemu jawapan terbaik yang boleh saya jawab.

Namun, ketika saat saya mula berkenal-kenalan dengan USUL 20 (USUL ISYRIN) di Spring Camp 2008, tulisan Assyahid Imam Al Banna, Al Mursyid Rahimahullah, tiba-tiba soalan yang pernah ditanya oleh teman saya itu datang menerjah ke dalam minda saya.

USUL PERTAMA:

Islam adalah menyeluruh. Mencakup dalam semua bidang kehidupan. Islam adalah negara dan WATAN, atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.


Usul pertama ini benar-benar meninggalkan kesan terhadap hati saya.
Penerangan Ustaz Mazrul satu persatu mengikut setiap key word dalam usul ini sangat jelas dan mantap.

Namun, key word yang benar-benar mencengkam minda saya ialah WATAN atau sebutan dalam bahasa arabnya WATHON.

"Apakah dimaksudkan WATHON?" tanya Ustaz Mazrul.

Seingat saya, tiada sesiapa pun berjaya memberi jawapan yang paling tepat.

"WATHON juga dipanggil tanah air dalam bahasa melayu. Jadi, jika ana tanya, apakah WATHON antum, apakah yang akan antum jawab?" ujinya lagi

"Malaysia," jawab kami.

Ustaz terdiam sebentar. Kemudian menyambung.

"WATHON ialah negara Islam dan negara-negara yang pernah menjadi jajahan negara Islam," jelas Ustaz Mazrul.

"Jadi, sebenarnya WATHON meliputi banyak negara, Semenanjung Hijjaz, Palestin, Iraq, Iran, Afrika, Spain, Turki, Malaysia, Indonesia dan semua negara yang pernah dikuasai kerajaan ISLAM dahulu, " tegas Ustaz Mazrul.

"WATHON kita bukannya terhad kepada Malaysia sahaja, tetapi semua sekali negara ISLAM dan negara yang pernah dikuasai ISLAM adalah WATHON KITA, TANAH AIR KITA," bersemangat sekali hujah Ustaz Mazrul.

"Jadi atas dasar inilah, dasar WATHON inilah, kita perlu ambil berat terhadap saudara-saudara kita di tempat lain, contonhnya Palestin, Iraq , Afghanistan, Afrika dan lain-lain kerana mereka itu juga adalah WATHON kita, tanah air kita, saudara kita!," kata-kata Ustaz Mazrul kali ini benar-benar melekat di hati saya.

Ya! Mereka adalah WATHON kita.
Kita menganggap mereka tanah air kita bukan atas dasar mahu menjajah kerana tamakkan harta atau kuasa atau bahan-bahan galian berharga mereka seperti sang algojo penjajah barat.
Tetapi, atas dasar kasih sayang dan semangat persaudaraan yang diikat dengan akidah yang benar.

Inilah semangat yang ditiupkan oleh Hassan Al Banna dan Syed Qutb.

Dan ketika inilah, soalan yang ditujukan oleh senior saya ini datang menyapa.
Saya telah berjumpa jawapan yang terbaik yang mampu saya berikan.

WATHON atau Tanah Air kita bukanlah Malaysia semata-mata.
Tanah di mana Islam pernah bertapak dan bumi di mana saudara kita menetap adalah WATHON kita.
Tidak ada diskriminasi atau garis pemisahan antara Malaysia,Palestin, Afghanistan dan lain-lain.
Garis sempadan yang dilukis di atas peta bumi Allah ini hanyalah rekaan penjajah.
Dipisahkan dengan passport dan Visa.
Dengan harapan umat Islam berpecah belah.

Kerana itulah para pejuang Islam ini bangkit.
Menyatukan WATHON ISLAM.
Membuang sikap ke"aku" an dan menyemai bibit ke"kita"an.
Agar umat Islam saling membantu dan menyayangi.

Benar!
Mengapa perlu kita membantu saudara-saudara kita di Palestin, Afghanistan, Iraq, Indonesia, Malaysia dan kesemuanya ?

Kerana mereka juga WATHON kita.
Allahuakbar!!

...............................................................................................................



KITA TAK SENGAJA. MAAF!

Jumaat, 28 Mac 2008
Cardiff
Sekitar jam 1 petang

Beberapa jam lagi, saya akan kembali ke Sheffield.
Seminggu saya berkelana dari Spring Camp di Birmingham, kemudian saya ke Leicester melawat sahabat saya Wan Maisarah dan akhir sekali turun ke Cardiff menjenguk akhawat di sana.

Di sana, saya berpeluang bertemu sekali lagi dengan insan yang baru muncul dalam hidup saya.
Ukhti yang baru saya kenali di Spring Camp 2008.
Ukhti yang saya gelar dengan nama yang serupa dengan sahabat baik saya di Leicester, Mai.
Seperti Wan Maisarah, sahabat baru ex KYUEM yang menuntut jurusan Physics ini juga punya keistimewaan yang sukar untuk saya terjemahkan dalam bentuk kata-kata.

Sementara menunggu waktu bertolak pada jam 4.25 petang, saya menumpang di bilik Mai.
Setelah meminta izin untuk menggunakan lap topnya, saya pun leka melayani artikel "Detik-detik Hidupku..Hassan Al Banna.."

Tiba-tiba Mai bersuara..

" Ni, dah tercabut ke?"

Saya menoleh ke arahnya.
Mata saya menangkap sesuatu yang berada di tangannya.
Key chain hadiah pemberian Iman ketika di Spring Camp 2008.

Saya terkedu.

Sepantas kilat, saya bingkas bangun daripada kerusi dan mencapai key chain tersebut.

Key chain yang menyimpulkan dua utas rantaian.
Salah satunya menyimpulkan patung kecil arnab yang sangat comel dan satu rantaian lagi tergantung papan plastik kecil berwarna ungu.

Tetapi, sayangnya, rantai yang mengikat patung kecil arnab itu hilang dari pandangan.
Ketika itu, saya rasakan waktu seolah-olah terhenti.
Saya berdiri kaku.
Termangu-mangu.

Saya dapat rasakan..
Hati saya retak ..
Betul-betul hampa..
Satu demi satu bahagian hati saya retak..
Satu persatu..

Saya memandang wajah redup Mai yang juga terkedu melihat saya.

Dan tidak semena-mena..
Hati yang retak meniti belah tadi..
Pecah berkecai..
Sepertimana jatuh berderainya air mata saya yang sudah lama bertakung..
Puas saya tahan..akhirnya luruh juga

Entah mengapa..
Lagu yang sungguh syahdu bergema di ruang bilik mai..
Lagu yang datang daripada telefon bimbit Mai..

Lagu yang benar-benar merenggut ketenangan jiwa saya.
Saya tidak tahu sama ada lagu tersebut bersimpati terhadap saya..
Atau mengejek kelalaian saya menjaga hadiah pemberian seorang sahabat.

Mai bangun..lalu menyentuh bahu saya..seakan-akan memujuk..


"Tak apa, tak apa.., " saya menggelengkan kepala.
"Tak apa, patung tu hilang. Yang paling penting, papan plastik ni tak hilang," saya cuba memujuk diri sendiri.

Saya menarik nafas panjang-panjang.
Agar air mata tidak tumpah lagi.
Agar dada tidak sebak lagi.

Saya merenung kepingan plastik berwarna ungu itu.
Terukir perkataan..

" A SISTER IS A FRIEND FOREVER"

Di bahagian belakangnya, ada tertulis " IMAN ..WANI"
Memang sengaja saya menulisnya sendiri.
Setelah Iman menyerahkan hadiah itu ketika di SPRING CAMP 2008, saya menggantungkan key chain tersebut di beg saya.
Perlahan-lahan..saya seluk poket beg dan mencapai sebatang pen.
Lalu saya tulis perkataan nama kami berdua.

"IMAN WANI"

Saya kembali ke kerusi dan merenung lap top Mai.
Sambil menggenggam tulisan nama kami di atas kepingan plastik tersebut.

Saya teringat lagu yang sungguh menyentuh hati saya tadi.
Saya menoleh ke arah Mai.

"Mai, lagu tadi tu, lagu apa ya?"
" Oh, tajuk lagu tu "KAU PERGI JUA"," jawabnya.

Bergetar tubuh saya ketika itu.
Saya tidak pasti mengapa.

Saya kembali memandang artikel "Detik-detik Hidupku" di skrin lap top.
Fikiran saya menerawang jauh.
Tulisan yang terpampang di atas skrin seolah-olah larut dan hilang.

Saya cuba menghilangkan sisa-sisa air mata.
Namun, apabila wajah sahabat saya, Nurul Iman, datang singgah di benak fikiran, saya menjadi sebak semula.
Saya tidak tahu di mana hadiah itu tercicr, tetapi saya amat pasti, ia berada di bumi Cardiff.
Bumi Cardiff yang banyak meninggalkan seribu satu makna dalam hidup saya.
Entah mengapa hati saya mahu kembali ke Cardiff satu hari nanti.


Kini..
Saya redha. Saya pasrah.


Iman, kita minta maaf.
Kita tak sengaja rosakkan hadiah Iman.
Kita tahu, tu hadiah daripada Iman untuk hari jadi kita ke 21.
Hari ni genap seminggu key chain tu menemani beg kesayangan kita.
Tapi hari ni pula hadiah tu rosak dan hilang.
Kita betul-betul tak sengaja.
Kita minta maaf sangat.
Teruk betullah kita ni.
Maaf Iman.

..............................................................................................



HADIAH

AHAD, 30 MAC 2008
Di hadapan Laptop kesayangan..


Pada 19 Mac yang lalu, genaplah usia saya 21 tahun.
Alhamdulilah.
Terlalu banyak hadiah yang saya terima.
Terutama hadiah IMAN dan ISLAM serta denyutan nadi yang masih dimiliki oleh tubuh saya.

Juga..
Hadiah daripada sahabat-sahabat dan teman baik saya.
Ucapan dan doa yang amat saya hargai.

Saya punya ibu bapa dan keluarga yang penyayang.
Saya memiliki sahabat dan teman yang pengasih.
Saya dikurniakan biah yang baik.

ALHAMDULILLAH..

Sheffield,..
Walaupun jauh dari rumah dan keluarga tercinta di Malaysia,
Namun..
Saya berasa cukup bahagia.
Dengan ikhwan dan akhawat yang cukup baik.

Dan baru-baru ini,
Kembara cuti Spring saya dari Birmingham, Leicester dan Cardiff benar-benar menjadi permata hidup yang amat berharga.
Satu lagi hadiah hari jadi saya.

Angka 21 bukan sebarangan angka.

Bertambah angka bermakna bertambah tanggungjawab.
Bertambah angka bermakna berkurang tempoh hayat.

Terima kasih Tuhan atas Hadiah yang amat bermakna ini.

















Sunday, 9 March 2008

ISTIMEWA


I DON'T BELIEVE IN GOD



Selasa, 19 Februari 2008
Northern General Hospital

3.00pm


"Are you sure this is the right place ? Are you sure the bus will come here?" teman saya, Stefan Oonsiong bertanya.
"Yes, Stefan. Definitely sure," saya menjawab, yakin.


Hari itu adalah hari pertama attachment saya di Northern General Hospital untuk Intensive Clinical Experience (ICE) selama seminggu di renal department.
Seawal 7.30 pagi saya sudah keluar rumah untuk menunggu bas.
Dan pada hari itu, Sheffield diliputi salji sekali lagi.

Stefan Oonsiong, seorang pelajar Hong Kong berusia 18 tahun ini merupakan teman ICE saya selama 2 minggu attachment di Northern General Hospital dan Royal Halamshire Hospital.
First impression, dia kelihatan seorang yamg tidak banyak bercakap dan seolah-olah sentiasa berperwatakan "cool".
Entahlah.
Tetapi, alhamdulillah..saya tidak ada masalah berkerja dengannya.

Cumanya, banyak kali saya mengajarnya menyebut nama saya dengan betul, tetapi sehingga sekarang masih lagi tidak berjaya.

" Stefan, my name is W.A.N.I....WANI.., not WAYNI..," suatu hari, saya menegurnya.
" Come on Stefan, say it again.., " saya mengujinya. "OK.....W.A.N.I.........WAYNI..," Stefan mencuba.

Ya Allah..budak ni..keras betul lidah, bisik saya di dalam hati.
Sejak hari itu, saya biarkan sahaja dia mem "barat"kan nama saya.
Jenuh saya mahu menegurnya lagi.


Cumanya, petang itu, suasana sedikit berbeza. Walaupun salji telah lama berhenti turun, kesejukan petang itu sungguh menyengat.

Kami setia menanti bas di perhentian bas yang terletak di dalam kawasan hospital untuk pulang ke rumah.


Tiba-tiba..


"Wayni, may I ask you something?", kedengaran suaranya memecah keheningan petang.
"Sure," jawab saya, pendek.
" Why are you covering your head?"

" Because my religion asks me to do so," sekali lagi, jawapan saya pendek.

Kali ini, saya pula bertanya kepada Stefan.
" Stefan, are you a Christian?"

"No," dia menjawab.

" Buddhist?" saya meneka lagi.
"No," dia menggelengkan kepala.
Saya mula mengangkat kening. Pelik.
"So, what religion are you?" saya bertanya lagi, tanpa henti.
"I don't have religion. I don't believe in God," jawapannya kali ini, membuatkan saya terdiam.
Dia menyambung lagi..." I believe there are Gods in this world, but I don't believe them,"

"Why?"

Tiba-tiba, saya berminat untuk mengetahui pendirian teman saya ini dalam beragama.


"Because I think religion only tells us what to do without explaining why, I can't accept that," .


"How about your parents?"

"My dad same as me but my mom is a Christian,"
"Is she a religious Christian?"
" Yes, she is very very religious,"

Otak saya berputar mencari soalan lagi untuk ditanya kepada Stefan.

Perbualan kami menjadi semakin menarik.

" How could your family have different views on religion?,"
"As I grew up, I realized that when parents bring up their children, their children are told to worship this God, you must do this, you must do that.
They don't really explain. If you notice, the children don't have choices but to follow what the parents ask them to do. I don't want to be part of them.
I have my own stand and my parents have theirs as well,", panjang lebar penjelasannya kali ini.

Saya tidak tahu sama ada saya hanya berprasangka atau tidak, tetapi ada berbau sedikit ego dalam penjelasannya.

Otak saya semakin ligat berpusing. Berfikir.

"Stefan, you know what?..I have different views on religion,"

Kali ini, giliran saya pula berbicara.

Apabila bersama dengan pelajar cina yang lahir di Scotland, tetapi dibesarkan di Hong Kong ini, saya lebih banyak bercakap dan bertanya berbanding dirinya.
Mungkin kerana perwatakannya yang lebih suka bercakap hanya apabila ditanya.


" I believe religion is like a guardian. It GUARDS and GUIDES me how to live. It doesn't mean it TELLS me what to do but it TEACHES me what to do, how to do and why we should do so. I appreciate my religion and I never think it is a burden. I am not saying I am religious or I am good in my own religion because I am still learning.
But, somehow, when I pray to my God, I can sense calmness and relaxation because I believe there is someone up there is protecting me, " saya cuba melembutkan nada supaya ia kelihatan "explaning" rather than "telling".

Saya sedaya upaya merendahkan laras bahasa supaya mudah difahami.
Tambahan pula, saya belum begitu mahir menjelaskan sesuatu yang bersangkut paut dengan agama dengan penggunaan Bahasa Inggeris yang bombastic.
Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari.


Bercakap tentang prayer atau solat, saya teringat peristiwa menarik yang berlaku semasa hari ke dua saya berada di hospital tersebut. Ketika waktu rehat makan tengah hari di kafetaria.


" We have a long break time today. Now is 12.10 pm. We got more than 1 hour. What are you going to do next?" Stefan bertanya sambil mengunyah kentang gorengnya.

" I will finish my sandwich and go for prayer," .

" Haha..Stop joking. Let's be serious," Entah mengapa dia tergelak mendengar jawapan saya.

" Stefan, I am not joking. I am serious," saya mengerutkan dahi, sambil merenungnya.

"Really? I thought you were joking,". Kali ini, dia pula mengerutkan dahi.

Ketika itu, barulah saya teringat ketika hari pertama, kami tidak keluar rehat bersama kerana saya telah berjanji dengan seorang lagi teman saya berbangsa Pakistan untuk solat bersama. Tetapi, hari ini, saya dan Stefan dibenarkan keluar rehat awal, jadi saya terpaksa solat bersendirian.
Maka, tidak hairanlah jika Stefan agak pelik mendengar saya akan bersolat pada waktu rehat.


"Erm..can I go with you? I can wait for you outside while you are praying," .


Saya mengalihkan pandangan ke arahnya.

Kali ini, saya tidak lagi mengerutkan dahi.

Kerana kali ini, saya telah menghadiahkannya senyuman.


"Sure Stefan, you can go with me,"

Pada hari itu, buat pertama kali, saya ditemani "seseorang yang tidak percaya kepada TUHAN" untuk menunaikan solat zuhur.



SUBHANALLAH...satu lagi hari yang ISTIMEWA buat saya.




"WANI, BERPELUH TU APA YA?"



Khamis, 6 March 2008
Royal Halamshire Hospital.

Lunch hour.


" Assalamualaikum Kak Ume," saya memberi salam sambil menjengukkan kepala sedikit ke dalam bilik ward E3, Floor E.


" Waalaikumsalam," jawab Kak Ume, ibu muda yang baru saya kenali tidak sampai seminggu.

Kak Ume, isteri kepada Abang Asmala, Pengetua Sekolah Melayu Sheffield telah dimasukkan ke hospital atas masalah pernafasan Jumaat lalu.
Sebelum ini, saya memang tidak mengenali Kak Ume.


Kebetulan semasa Nasyeed Extravaganza 2008, Pengetua Sekolah Melayu Sheffield telah banyak berjasa dalam menjayakan acara gilang gemilang tersebut.
Alhamdulillah, dengan bantuan Abang Asmala, kami berjaya menampilkan kanak-kanak cilik Sekolah Melayu Sheffield untuk persembahan khas diiringi alunan key board yang bertemakan Keamanan, "HEAL THE WORLD" di akhir majlis.


Jadi, apabila mendapat tahu isterinya dimasukkan ke hospital, kami AJK NEXT08 tidak teragak-agak untuk datang menziarahi isterinya.
Alhamdulillah, pada minggu itu, saya ditempatkan di hospital yang sama, Royal Halamshire Hospital.
Jadi, saya berpeluang melawatnya setiap hari.
Sama ada waktu rehat atau sebelum saya pulang ke rumah, saya pasti akan menjenguknya.

Ketika saya meletakkan beg dan kot di atas kerusi, Kak Ume tiba-tiba bersuara..

"Wani, berpeluh dalam bahasa Inggeris apa?" tanyanya sambil memegang pen dan sehelai kertas.

" Oh, sweating, Kak Ume,"

"Kalau menggigil?" tanyanya lagi.

" Menggigil shivering. Oh, shaking pun boleh,"


" Oh, betul..betul..shaking, " dia mengiyakan sambil mencatit perkataan tersebut di atas kertas.

Bersungguh-sungguh Kak Ume menambah vocabulary English. Mudah baginya untuk berinteraksi dengan Staffs Hospital, lebih-lebih lagi dengan doktor. Senang untuk dia menjawab soalan doktor apabila ditanya nanti.

"Wani, ****** tu nadi ya,? tanya lagi.


Tiba-tiba saya terkejut mendengar soalan Kak Ume.

" Eh, apa dia Kak Ume?"

"******," dia mengulang sekali lagi.


"Err..macam bukanlah Kak Ume. Hehe, kalau nadi, pulse,"

Tiba-tiba air wajah Kak Ume berubah.
" Habis tu, ****** tu apa?,"

" Err..,". Saya memperlahankan suara seperti separa berbisik untuk menjawab pertanyaannya. Mendengar jawapan saya, dia segera menutup mulutnya.

"Alamak, malunya Kak Ume...Tadi, Kak Ume tulis maksud dia, ingatkan nadi. Tadi, doktor tu siap tengok lagi kertas Kak Ume ni, mesti dia gelakkan Kak Ume. Malunya..," teriaknya, perlahan.

Saya tergelak.

Kemudian, dia juga tergelak. Sesekali terbatuk-batuk kecil.

Kak Ume..Kak Ume...

"Tak apa, biasalah tu, orang baru belajar, memang buat salah. Dulu, Wani pun macam tu..hehe..," saya meyakinkannya.


"Tak apa, tak apa, Kak Ume nak betulkan," dia berhenti ketawa.
Dia segera membetulkan makna perkataan tadi. Bersungguh betul.

Saya memandang wajahnya dalam-dalam.

Walaupun dia terpaksa menggunakan bantuan oksigen untuk bernafas, namun kegigihannya jelas terpancar.

Dia ingin cepat sihat.
Dia ingin cepat bersama-sama keluarganya.
Dia ingin cepat pulang.
Dia ingin cepat berjumpa anak-anaknya.


Naluri seorang ibu memang sensitif. Jiwa seorang ibu terlalu lembut. Terlalu sarat dengan kasih sayang.


Saya termenung lagi.
Sebenarnya, kehidupan di dunia terlalu unik.

Sifatnya tidak panjang, tidak kekal dan mudah rapuh.

Hakikat kehidupan yang sangat jelas ini seharusnya menjadikan kita lebih menyayangi , berbelas ihsan dan menghargai insan yang berada di sekeliling kita.
Lebih-lebih lagi, insan yang bergelar saudara kita.


Seharusnya, hakikat kehidupan yang sementara ini mampu menjernihkan jiwa kita menjadi lebih pemaaf, berlapang dada, berlemah lembut dalam tutur bicara dan menjaga tingkah laku.


Supaya dengan kasih sayang dan akhlak yang indah, jalan dakwah akan menjadi lebih mudah.


Kerana perjalanan hidup akan menjadi lebih bermakna jika setiap detik kehidupan dimanfaatkan ke jalan makruf.


Sebutir lagi mutiara pengajaran yang dapat saya kutip hari ini.

SUBHANALLAH...HARI YANG SUNGGUH ISTIMEWA.






KITA NI, BEYOND THE NORM SUNGGUH!!..


Ahad, 9 Mac 2008

10 pagi
Subud, DARNALL


"OK, mula-mula sekali kakak nak tahu nama setiap orang, kakak nak hafal ni..," saya bersuara sambil memandang satu-satu wajah kanak-kanak cilik ini. Hingar-bingar suasana di dewan kecil itu.


"Nama saya Sofia, ni adik saya, Alya," Sofia memulakan bicara.
"Saya Masyitah,"
"Saya Maisarah,"
"Saya Farhan,"
"Saya Deena,"
"Saya Aiman!!!", kata Aiman separa menjerit.

Hai..semangat betul budak ni, fikir saya.


Sebenarnya, sudah lama saya berjanji dengan Ummi Zaharah untuk menemaninya mengajar di kelas kanak-kanak atau dikenali Sekolah Melayu Sheffield.
Ummi mengajar Bahasa Melayu manakala Kak Zah (ibu angkat Atikah) mengajar Fardhu Ain. Kanak-kanak ini merupakan anak-anak post graduate di Sheffield dan penubuhan kelas ini adalah inisiatif murni kakak-kakak dan abang-abang post grad yang mahu memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan Bahasa Melayu dan Fardhu Ain di bumi asing ini.

Alhamdulillah, hari ini saya berjaya meluangkan masa ke kelas ini.
Sememangnya,setelah selesai NEXT 2008 dan Booth Palestin, "PEDULIKAH KITA" minggu lalu, saya berasa sangat lega.

"Eh, apa nama cikgu?" tanya Sofia.


Erk..cikgu?, hati saya mendesis.

"Haah, nama cikgu apa?" yang lain pula bertanya, serentak.

Sebenarnya, saya tidak pula menyuruh mereka memanggil saya cikgu, sebab saya datang pun bukan kerana mahu mengajar.
Sengaja saya datang untuk menemani Ummi dan Kak Zah mengajar.

Dari awal tadi, saya membahasakan diri kakak sahaja.
Tetapi, entah mengapa acapkali, mereka memanggil saya "cikgu".

Akhirnya, saya mengalah.

"Ok, nama cikgu WANI, " saya memperkenalkan diri.

Semua terdiam.

Saya hairan. Kemudian, saya sengaja menghadiahkan senyuman untuk menutup rasa hairan.


"Apa?" Sofia bertanya sekali lagi.

"BUNNY?" sampuk Aiman.


"Eh bukan, bukan!!," saya menggelengkan kepala.

Belum sempat saya menyebut kembali nama saya, sekali lagi Aiman menyampuk. "Oh..cikgu, kat rumah saya kan, ada cerita Bugs Bunny," katanya sambil mengangguk-angguk, bersemangat betul.

"Oh, rumah saya pula kan cikgu ada cerita Transformer," tidak cukup dengan Aiman, Farhan pun nak menyampuk.


Ya ALLAH , budak-budak ni.. BUGS BUNNY? Habis nama saya di "englishkan".

2 KALI 5 sahaja dengan Stefan yang mem"barat" kan nama saya.


"Ok..ok..semua orang.
Dengar betul-betul, cikgu sebut nama cikgu..Nama cikgu W.A.N.I.," saya cuba menenangkan kanak-kanak tersebut.


"Wani?..," tanya mereka..

"Ya..WANI..," saya mengiyakan.


"ooooo..cikgu Wani..," sambut mereka. Saya tersenyum sendirian.

Comel betul mereka ini. =)


Dalam kelas ini, terdapat tiga kumpulan kanak-kanak.
Kumpulan pertama terdiri daripada kanak-kanak yang sudah mahir membaca.
Nida'
, salah seorang anak Kak Zah yang tampil menyanyi bersama-sama Sheff One dalam NEXT 08 berada dalam kumpulan ini.

Nida memang sangat bijak dan petah bercakap.


Kumpulan kedua pula, terdiri daripada kanak-kanak yang sudah mengenal huruf dan mampu membaca suku kata yang mudah dalam Bahasa Melayu.

Nasuha
, seorang lagi anak Kak Zah yang sangat lincah merupakan pelajar yang paling menonjol dalam kumpulan ini.
Bijak betul dia membina perkataan daripada suku kata yang diberikan.

Kumpulan ketiga pula, kanak-kanak yang masih belum mahir seperti kawan-kawan mereka dalam kumpulan pertama atau kedua.

Tetapi, bab bercakap memang nombor satu.
Kecoh kumpulan ini dengan perbualan mereka.

Saya lihat Kak Zah dan Ummi sibuk mengajar kanak-kanak kumpulan pertama dan kedua.

Tak menang tangan mereka.
Kasihan saya lihat mereka berdua melayani kanak-kanak yang ramai itu.
Perlahan-lahan, saya mendekati kanak-kanak kumpulan ketiga itu.


Entahlah, saya pun tidak sedar sejak bila saya suka melayan kanak-kanak.
Tetapi, saya sedar minat saya ini mula berputik ketika berada di Kolej Mara Banting.

Pada masa itu, BERKAT dan Tarbiyatul Muslimah mengadakan program kelas mengajar anak-anak warden mengaji AL QURAN dan IQRA.
Alhamdulillah, saya dan sahabat-sahabat BERKAT dan Tarbiyatul Muslimah mendapat peluang mengajar kanak-kanak tersebut.


Tiba-tiba, wajah kanak-kanak yang amat saya sayangi, Fatihah, Wahida dan Nabila datang menyapa.
Rindu betul saya pada mereka.


Insyaalah, apabila pulang Malaysia nanti, saya pasti mahu menjenguk mereka. Rindu betul.
..................................................................


Selesai kelas Bahasa Melayu dan Fardhu Ain, Kak Zah dan Abang Zack menghantar saya pulang.
Sepanjang dalam perjalanan pulang, saya berasa sungguh seronok.

Di bahagian belakang, Nida' dan Nasuha sibuk berbual-bual.

Saya memusingkan badan ke belakang.


" Kak Long, hari tu, Kak Long nyanyi bestlah. Cuba nyanyi sekali lagi, kakak nak dengar," saya membuat special request.

Tersipu-sipu anak gadis Kak Zah ni.


"Ok, kakak kira , 1,2,3..nyanyi, ok?..1...2.....3..,"



Selesai sahaja Nida menyanyi, kanak-kanak ini tiba-tiba banyak bercakap.

"Kakak..kakak..tahu tak, masa kat pentas semua tu..everyone was looking at me..suara pun jadi lain..kaki ni menggeletaq..," terangnya bersungguh-sungguh.


Menggeletaq? Amboi..pekat betul loghat utara Kak Zah mengalir pada anak gadisnya ini,
saya berbisik sendirian.

Tapikan Kak Wani, this part was very funny..bila abang-abang tu sebut.." We are..Sheffield the Returns... kelakar betul..," dia mengajuk kembali nada Sheff One.


Tiba-tiba mengekek-ngekek kedua-dua beradik ini gelak.
Kelakar sungguh agaknya.


"Lepas tu kan Kak Wani, yang ini pun kelakar..bila Abang Mas cakap, " We ve got something special for all of you today....For our next song, I repeat that again, we ve got something special for you today"...dua kali Abang Mas cakap..hehe..," mereka tergelak.

Sungguh-sungguh gelak.
Cara mereka bercerita seolah-olah saya tidak hadir ke NEXT08 gamaknya.

Memang tersangat gembira mereka ketika itu.

"Tu la..Kak Long tak keluaq-keluaq agaknya..sebab tu abang tu panggil dua kali,"tiba-tiba ummi mereka menyampuk di bahagian depan.

"Ha ah kot,"saya menyokong Kak Zah, separa bergurau.

"Tapi, memang BEYOND THE NORM lah Kak Long," ulas saya.


"Yes, BEYOND THE NORM, that 's why I was singing with the abang-abang. Abang tu pun cakap, kita ni , BEYOND THE NORM sungguh," sekali lagi, Nida' ketawa mengekek-ngekek.

Seronok saya tengok kanak-kanak gembira.

"Kak Wani, Kak Wani..,"

"Ya, saya....," saya berpaling ke arah mereka.
Saya ingat , mereka sudah habis berceloteh, rupanya ada lagi.
Memang sangat-sangat excited.


"I really...really like the song, Kalimatan..the song before, yang abang-abang tu nyanyi. I don't know why, but I really..really like it," petah benar Nida' bercakap sambil tersenyum lebar.

"I like it too!!!," Nasuha pula mencelah.

"You like it as well? Good..can both of you sing the song for me then?," sekali lagi, saya membuat special request.


"Ok, Kak Ngah, you have to sing like...'subhanallah wa bihamdih..subhanallahil azim'..then, between that, cepat-cepat nyanyi another 'subhanallah ...,' you got me? Sing like abang Nazri did, ok?" Si kakak mengajar adiknya teknik menyanyi, saya fikir.

"I knew it. You don't have to tell me," jawab adiknya.
Wah, yakin sungguh si adik.

Saya menggeleng-geleng kepala.


Dan...alunan nyanyian dua beradik ini mengiringi perjalanan pulang saya.


Kanak-kanak memang istimewa.

Semasa Kak Zah mengajar mereka membaca doa ibu bapa, bersungguh-sungguh mereka mengikut gerak bibir cikgu Fardhu Ain itu .
Ada yang bibirnya terkumat kamit.

Ada yang menadah tangan sambil mengerutkan dahi.

Ada yang memejam mata.
Macam-macam gaya.

Alhamdulillah.
Saya bersyukur anak-anak Malaysia ini boleh membaca A,B,C.
Saya gembira anak-anak Malaysia ini dapat mengira 1,2,3.
Saya lega anak-anak bangsa ini berpeluang mengenal Alif, Ba, Ta.

Fikiran saya melayang ke sana.
Bumi yang disirami darah.
Bumi yang digegarkan bom.

Satu demi satu perbandingan dibuat.
Malaysia dan Palestin.

Sejak kebelakangan ini, hari-hari yang saya lalui sungguh istimewa. Keistimewaannya terletak pada pengajaran yang ada padanya.


CUKUP ISTIMEWA...