Saturday 14 June 2008

DENDAM


Sudah lama saya menyimpan...

Tetapi setelah tempat saya menulis dan meluahkan apa yang terbuku ini menjadi sasaran baru..
Hati saya menjadi sayu..
Benar-benar sayu..



Mengapalah orang ini begitu berdendam dengan saya?
Dulu dikejar di sana..
Kini dikejar ke sini pula....

Bukan saya takut..
Bukan juga kerana kecut..


Tetapi saya penat..
Saya hiba..
Manakan sekeping hati saya ini sanggup bertelagah dengan orang yang jelas niatnya hanya semata-mata untuk menghiris, menikam, merobek..


Berilah apa jua hujah dengan berhikmah...
Sedikitpun tidak mahu diterima..
Dipekakkan telinga..ditutup mata..
Aduhai..


Niat hati ingin disimpan sahaja..
Berbulan-bulan lamanya..
Namun akhirnya terluah juga kepada sahabat-sahabat yang saya percaya..

Semoga butir-butir perbualan kita disimpan kemas..
Supaya si polan tidak terbongkar identitinya..
Maruahnya perlu dijaga..
Kerana dia juga saudara kita..
Doakan dia..



Duhai Sang Iman..
Bersabarlah..
Jika kata-kata lembut tidak mampu menjinakkan kata-kata nista..
Berdiam itu lebih baik..


Dugaan datang dan pergi..
Lumrah kehidupan ini..



Saya terharu mendengar seorang sahabat memperdengarkan tafsir Surah Ali Imran;146-148:

Many a prophet has been fought when there were many thousands with him. They did not give up in the face of what assailed them in the way of Allah, nor did they weaken or yield. Allah loves the steadfast. All they said was: "Our Lord, forgive our wrong actions and any excesses that we went to in what we did. Make our feet firm and help us against these unbelieving people." So, Allah gave them the reward of this world and the best reward of the Hereafter. Allah loves good-doers. (Surah Al 'Imran: 146-148)


Bukan saya mahu mengatakan saya ini sehebat nabi..
Yang diuji..
Tidak sekali-kali..
Sekadar menyatakan hati saya tersentuh dengan ayat ini..


Nah..saya masih ingat ayat ini: " Oh..kau ingat kau kena hina ni..mesti kau bandingkan diri kau dengan nabi kan? Alangkan nabi pun dicaci, apatah lagi orang macam kau? haha..boleh ****** lah)

Biarlah...
Bak kata teman saya...
"Tak apa..tak apa..senyum je.."


Sesekali meluahkan perasaan sebegini saya rasa lega...
Alhamdulilah..

Monday 9 June 2008

IMAN in HOLIDAY?


IMAN BERCUTIKAH?


Kolej MARA Banting
2007

"Sebelum para sahabat semua kembali bercuti ke kampung masing-masing, insyaalah pada malam ini, ada sedikit peringatan dan perkongsian yang ingin ana sampaikan , untuk diri ana dan para sahabat sekalian," begitulah lebih kurang bunyinya ungkapan seorang akh yang merangkap amir kami - Gagasan Nuqaba' Kolej MARA Banting 2006/2007.

Entah mengapa malam-malam begini fikiran saya menerawang ke halaman permai kolej persediaan di ceruk Banting itu.
Kemudian ingatan saya terus menerjah ke perkarangan Surau Annur, terutama di bahagian belakang surau, tempat kami melakukan perjumpaan / meeting untuk Gagasan Nuqaba', Guidance and Counseling Club dan sebagainya.

Esok, hari Jumaat.
Hari terakhir sebelum cuti semester.
Memang seronok, lebih-lebih lagi saya yang amat jarang pulang ke kampung halaman di Johor.

Ini bermakna, saya bukanlah ahli PBSM-Persatuan Balik Setiap Minggu.
Malam itu, selepas selesai ceramah malam Jumaat, kami, ahli Gagasan Nuqaba' dipanggil untuk mendengar amanat sang amir sebelum masing-masing bertebaran di destinasi percutian masing-masing.

Hingga hari ini, saya masih ingat kata-katanya setiap kali menjelang musim cuti..

"Pada musim cuti ini, ingatlah, tidak bermakna pada waktu itu, iman kita juga bercuti,"

..........................................................................................................

AMANAT

Rabu, 4 May 2008
Kebabish, Wicker Street,
6.00 petang.

Cuaca hari ini sangat indah. Panas.
Kami berjalan bersama-sama ke restoran yang dijanjikan di Wicker Street.
Alhamdulilah, petang itu, kami akhawat usrah bimbingan Ukhti Dr. Nik Munirah berkumpul bersama-sama untuk mendengar amanat sebelum masing-masing pulang ke tanah air.


Seronok betul bertemu kakak-kakak dan para sahabat. Bukannya kami jarang berjumpa, tetapi perasaan berjumpa dalam circle, luar biasa rasanya.

Manakan tidak, di luar usrah, saya lebih banyak bergurau (atau membuli?) dengan para sisters. =)
Namun ketika berusrah, semua sisters menumpukan perhatian sebaik mungkin untuk disematkan dalam sanubari.
Supaya ia melekat dan dibawa ke mana-mana sebagai bekalan berguna.

Banyak pengisian dikongsi bersama.
Saya sangat suka.
Sangat suka perjumpaan seperti ini.

Saya masih ingat lagi, dua tahun yang lalu, ketika saya mula-mula berjinak-jinak dengan usrah,
perasaan seperti ini belum wujud.
Baru duduk hampir sejam, fikiran sudah menerawang entah ke mana.
Benarlah kata orang, tarbiyah memerlukan masa.

Alhamdulilah, apabila tiba hari usrah, antara sedar atau tidak, sudah berjam-jam kami membuat "sharing" bersama sisters.
Tanpa rasa jemu.
Alhamdulilah, tidak pernah tertinggal setiap minggu.
Walaupun waktu menjelang exam, "usrah mini" tetap berjalan - sekejap cuma tetapi berkualiti, harapnya.
Walaupun masing-masing ada tuntutan keduniaan - mad'u dengan tuntutan pelajaran dan naqibah dengan tuntutan profession sebagai doktor, tarbiyah tidak mesti diabaikan.

Tadarus, tafsir, tadabbur alquran sudah menjadi kemestian dalam usrah.
Sirah, hadis, tauhid, ibadah, isu semasa.
Infak dan mutabah amal berjalan setiap minggu.
.........................................................................................................

MUTABAH AMAL

Saya suka mutabah amal.
Setiap minggu kami akan cuba "improve" amalan seharian secara berjemaah.
Sebenarnya, bukan amalan hebat-hebat pun.
Cuma, setiap minggu, kami seakan membuat perjanjian.

"OK, minggu ni amal apa kita nak improve ni?" tanya sang naqibah.

"Kita naikkan, baca al quran semuka sehari kepada dua muka sehari..dengan tadabbur makna sekali," jawab seorang sister.

"Nak tambah lagi satu boleh? 2 minggu lepas, kita hafal hadis 2, minggu ni kita hafal hadis 3 pula? nak tak?" sampuk sister yang lain pula.

"OK, insyaalah. Eh jangan lupa exercise. Semua orang kena pastikan, seminggu kena exercise minimum sekali semimggu," cadangan lain pula datang.

"Ehem..ehem..jangan lupa..ulangkaji pun kena juga. Akak nak at least, sejam sehari mesti buat revision," sang naqibah mengingatkan.

Yang lain semuanya tersenyum terkulat-kulat, mendengar teguran si naqibah.

Begitulah gambarannya sebelum majlis circle ditangguhkan.
Mutabah amal yang sangat simple, tetapi sangat bermakna kerana ia dilakukan secara bersama-sama. Mungkin ada seorang dua yang tidak mampu melaksanakan semuanya, tetapi kami sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain.

....................................................................................

LIST TO DO


Cuti 3 bulan sungguh mencabar iman.
Jika tidak dipenuhi dengan aktiviti berfaedah, ditakuti hati akan mudah rosak, nauzubillah.

List to do saya sangat panjang.
Ditambah dengan list mutabah amal yang baru dipersetujui oleh semua akhawat baru baru ini.


Insyaalah, penghujung Julai nanti, saya bakal bertemu dengan ustaz favourite saya.
Antara pepatah arab yang sering diulang-ulang dalam artikelnya ialah tentang penggunaan masa pada waktu muda:

“Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu”

Semoga saya dan para sahabat sentiasa menjadi seperti air yang sentiasa mengalir.
Seperti pemuda yang dinamik menyumbang untuk diri, keluarga dan umat, insyaalah.
Semoga kita diteguhkan iman dan diperkukuhkan ukhwah.

...........................................................................

RENGGANG

Hmmm..sekadar menyelitkan perasaan yang tiba-tiba muncul, entah mengapa sejak akhir ini, salah seorang teman saya sangat sibuk dengan urusannya.
Sudah kurang masa bertemu.
Tidak serapat dahulu..
Harap-harap tempoh 3 bulan bercuti nanti tidak akan semakin menjauhkan hubungan kami.

Banyak pula coretan hati kali ini.
Selalunya saya banyak bercerita tentang orang.
Tidak mengapa, sesekali apa salahnya?
Oh ya, sebelum balik malaysia, saya akan cuba luangkan masa ke SUMMER CAMP MSM untuk beberapa hari pada hujung minggu!
Tak sabarnya! =)

Selamat mengisi masa cuti dengan sebaiknya!!

INGAT, IMAN PERLU SENTIASA BEKERJA !


Promo SummerCamp08 - Majlis Syura Muslimun from Zulkarnain Jamaluddin on Vimeo.