Saturday 16 February 2008

BENARLAH JANJI ALLAH..BERSAMA-SAMA KESULITAN ITU, PASTI ADA KEMUDAHAN.





BERPINAR-PINAR...KALI TERAKHIR IALAH KETIKA DI KOLEJ MARA BANTING


Jumaat, 8 Februari 2008.
Dalam perjalanan ke Madina Mosque, Manchester.
8.30 pagi.


Ya Allah.....kepala saya seakan-akan berputar, tidak mahu berhenti.
Pening sekali.
Panorama kehijauan yang terbentang di kanan dan kiri saya tidak langsung berjaya memberi suntikan ketenangan ke dalam jiwa saya.
Berbeza sekali keadaannya ketika saya mula-mula menatap pemandangan padang ragut yang luas ketika dalam perjalanan dari Manchester sekitar September tahun lalu.
Ketika itu, saya, Atikah dan Arome masing-masing terpegun melihat keindahan semula jadi bumi UK ini.
Sunyi sepi sahaja suasana kereta abi atau Abang Razlan, yang bertanggungjawab mengambil kami dari Manchester Airport. Terpukau barangkali melihat kehebatan ciptaan Al Khalik.
SUBHANALLAH..

Tetapi, entah kenapa hari ini, akal rasional saya lebih suka men "switch off" kan fungsinya daripada berfikir atau lebih tepat kalau saya istilahkan, mengelamun seperti biasa ketika dalam sesuatu perjalanan.
Kelopak mata saya terasa seperti sangat berat.
Seperti terasa mahu dipejamkan serapat-rapat.
Dan saya berasa sangat penat.
Atikah dan Kak Nik Mun begitu rancak berbual-bual di bahagian hadapan. Sedikitpun saya tidak berminat untuk mengambil tahu butiran percakapan mereka.

Berpinar-pinar....
Seingat saya, kali terakhir saya berasa begitu letih seperti ini ialah ketika sibuk menyiapkan kerja-kerja projek di Kolej MARA Banting.
Tidur 2 - 3 jam menjadi perkara biasa di kalangan pelajar ketika musim menghantar assignment di situ.
Tetapi, saya tidak gemar mengamalkan rutin begini. Badan saya tidak begitu kuat untuk bersengkang mata terlalu lama.

Cuma malam tadi, usrah dan mesyuarat Projek Palestin kami berakhir lewat sedikt.
Hampir jam 12 am, barulah akhawat seusrah pulang.
Dan ketika itu, tanpa membuang masa, saya terus menghadap NURUL IMAN, lap top kesayangan saya.
Manakan tidak, video Palestin untuk tatapan akhawat ketika TAMRIN NISA di Manchester belum disiapkan lagi.
Bukan saya sengaja untuk menyiapkannya ketika last minute, tetapi setelah Kak Nik Mun meminta kami menyediakan persembahan untuk wakil Sheffield, idea ini tiba-tiba muncul di benak fikiran saya apabila tiada seorang pun menyuarakan keinginan untuk melibatkan diri dalam persembahan.

Atikah, awal-awal lagi sudah menyerahkan tugas ini kepada saya. Dia sibuk barangkali.

"Wani, berusaha!", begitulah saya memberi semangat kepada diri sendiri.
Jam sudah menunjukkan 1.30 pagi.
Mengantuknya, hanya Allah sahaja yang tahu. Mata saya tidak sekuat orang lain, yang mampu stay up hingga 3-4 pagi.

Memang manusia lemah.
Sepertimana saya yang lemah ini.
Entah mengapa, masih ada manusia yang begitu bongkak mengaku kehebatan diri sendiri sedangkan rasa mengantuk pun tidak dapat ditahan.
Berbeza dengan TUHAN SEKALIAN ALAM, TIDAK PERNAH TIDUR ATAU MENGANTUK SEDIKIT PUN..
SUBHANALLAH..

Dan akhirnya....saya yang lemah ini terlena..


4.30 pagi....Sabtu, 9 Februari 2008.

Alhamdulilah..saya terjaga.
"Video tak siap lagi!!" hati saya tersentak.
"Ya Allah ...Baju tak packing lagi!!" kali ini, kepala saya seolah-olah terhentak.
Bingung sebentar.

Setelah membersihkan diri dan jiwa, saya tergesa-gesa menyelesaikan segala kerja-kerja yang terbengkalai pada malam tadi.
Pukul 7.15, Kak Nik Mun akan mengambil kami untuk memulakan perjalanan ke Manchester.
"Ada beberapa jam lagi...," saya berbisik sendirian.

Saya memang tidak berbakat mana dalam bidang IT atau komputer.
Setakat ini, saya hanya mampu menggunakan Windows Movie Maker untuk membuat video. Saya tidak pernah belajar menggunakan aplikasi ini, saya hanya cuba-cuba sahaja ketika itu. Ketika saya mula berjinak-jinak menyampaikan presentation usrah umum di Kolej Mara Banting.
Saya masih ingat, video sulung saya bertajuk "Segenggam Tabah", yang dicipta khas dedikasi untuk sahabat-sahabat dan adik-adik junior KMB yang ketika itu sedang sibuk menghadapi musim peperiksaan.

Sebenarnya, banner blog HALAWATUL IMAN ini bukanlah hasil kerja tangan saya. Ia sebenarnya pemberian sahabat saya di ISAC STUDIO.
Mungkin apabila melihat betapa tidak berbakatnya saya dalam meng" alter" grafik, jadi sahabat saya ini mengirimkan banner ini melalui emel.

Untuk video Palestin kali ini, saya boleh kategorikannya sebagai video paling simple (atau sebenarnya dalam bahasa seharian, "paling cikai") yang pernah saya buat.
Masakan tidak, tidak banyak animation effect yang dapat saya masukkan.
Bukan saya sengaja, tetapi, betul-betul tidak sempat.
Atau sebenarnya, saya tidak mampu.
Tidak mampu untuk berlumba dengan masa.
Sebabnya...mudah..
Kerana saya lemah...
Kudrat saya tidak mampu untuk menandingi kepantasan masa yang berlalu.



YA ALLAH..SAYA MENGGIGIL ?

Sabtu, 9 Februari 2008
Madina Mosque, Manchester.
8.00 malam.

Malam itu, saya menggenggam mikrofon.
Di khalayak para akhawat.
Ada yang datang dari Cork, Galway, Dublin, Scotland, dan seluruh UK.

Lampu dimalapkan.
Saya menarik nafas dalam-dalam.
Saya merenung para akhawat.
Tiba-tiba saya dapat merasakan tangan saya menggigil.
Suara saya sedikit menggeletar.
Sudah lama saya tidak bercakap di khalayak ramai seperti ini.
Kali terakhir, di Kolej Mara Banting.
Audience saya bukan sebarangan orang.
Bukan sahaja terdiri daripada para pelajar, ada yang doktor pakar, engineer..

"bismillahirrahmanirahim....Wani, berusaha!!" , begitulah cara saya menguatkan semangat.

Akhirnya video yang "paling cikai" pernah saya buat, ditayangkan juga.










" JAZAKILLAH...."


AHAD, 10 FEBRUARI 2008
Madina Mosque, Manchester.
2 petang

"Wani, malam tadi, Wani buat kita nangis. Dah lama tak dengar Wani cakap macam tu kat depan," luah Iman ketika kami bersalam-salaman untuk mengucapkan selamat jalan.
Saya tersenyum.
Saya peluk sahabat saya ini erat-erat.

Secara jujurnya, saya memang tidak cukup bersedia untuk penyampaian malam tadi.
Suara saya sedikit bergetar ketika memulakan bicara.
Sebelum persembahan itu, saya sempat juga berfikir-fikir, butiran yang perlu sampaikan.
Tetapi, apabila berada di hadapan, lain pula yang keluar.
Untuk mengelakkan keadaan menjadi kucar kacir, saya berusaha menjadi sespontan yang boleh.
Alhamdulilah, segalanya lancar.

Saya bersyukur atas pertemuan ini.
Saya mengutip mutiara-mutiara ilmu.
Saya menyulam rantaian-rantaian ukhwah.

Kerana dalam pertemuan ini, saya bertemu dengan seseorang yang saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan saya.

Kak Hajar Salleh..
Kakak kesayangan Nazirah di Dublin.
Pertama kali bertemunya...
Saya tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk menumpahkan kasih saya kepadanya.
Saya suka apabila dia menuturkan ucapan " JAZAKILLAH" setiap kali bertemu sesama akhawat.
Inilah pertama kali saya mendengar ucapan ini dituturkan secara "live" dalam kehidupan kerana sebelum ini, orang hanya menaipnya di Yahoo Messenger apabila mahu menamatkan perbualan.
Tetapi tidak pernah pula mereka menuturkannya.
Sedikit demi sedikit saya cuba menggantikan ucapan "terima kasih" kepada ucapan "jazakillah".
Kerana jika saya mengucapkan "jazakillah", saya dapat mendoakan sahabat saya itu dengan penuh kasih sayang.
Inilah keindahan laras bahasa arab....(saya meminjam kata-kata seorang sahabat saya).

Dan malam tadi juga...
Penyampaian daripada akhawat CORK benar-benar menjentik hati saya.
Penyampaian pintar. Penuh dengan simbolik. Penuh dengan pengajaran.
Yang perlu dan wajib untuk saya renung dan fikirkan.
Insyaalah..





"GRAF" YANG MERUNDUM

Rabu, 13 Februari 2008
9 pagi.



Pagi itu,saya perhatikan " graf" saya. Graf yang baru berusia 2 minggu.
Tiba-tiba ia menjunam jatuh.
Kerisauan mula bertandang di hati.


Tidak mengapa, mungkin ada hikmah.
Ya, sebenarnya..memang ada hikmah.
Saya yakin, di hujung nanti, pasti akan ada hikmah.


Sebenarnya, saya ingin mengucapkan..."jazakillah Iman,"
Pagi itu, ada 4 missed calls daripada Iman.
Agaknya, dia risau setelah membaca offline message saya.
Maaf Iman..

Sebenarnya, saya terlalu ingin menyatakan sesuatu...
Sedikit demi sedikit, gadis ini telah berjaya mendaki tangga di hati saya.
Dan kini, dia berada di puncak.
Puncak hati saya.
Dia berdiri di sana seperti mana Nurul Ezzathy berdiri.
Berdiri dengan senyumannya yang paling indah.

Dahulu, ketika di Kolej Mara Banting, bilik kami hanya dipisahkan dengan beberpa bilik sahaja.
Namun, saya tidak pernah berperasaan begini.
Kini, kami dipisahkan dengan beberapa batu, antara Sheffield dan Leeds.
Namun, perasaan ini semakin subur saban hari.
Memang aneh.

JAZAKILLAHUKHAIRAN IMAN...




BENARLAH JANJI TUHAN...BERSAMA-SAMA KESUSAHAN ITU, PASTI ADA KEMUDAHAN.

Jumaat, 14 Februari 2008
12 tengah hari

Saya berjalan kaki seorang diri menaiki bukit ke Medical School.
Ada Lecture Formative Assessment Feedback.
Seperti biasa, setiap Jumaat, akan diadakan sesi khas untuk membincangkan soalan latihan formative mingguan.

Biasanya, kelas begini tidak popular di kalangan pelajar kerana tidak wajib hadir.

Tetapi, saya pernah disampaikan tentang kata-kata Kak Jihan...
Apabila terfikir hendak ponteng kelas...cuba fikir..kita belajar ni pakai duit rakyat..amanah rakyat..
BETUL KATA KAK JIHAN.
Setiap pence yang dibelanjakan merupakan titik peluh rakyat.

Sesampai di Medical School, saya mengambil nafas. Penat rasanya hari itu mendaki bukit. Mungkin suhu hari itu sangat sejuk.
Saya lihat, reception Medical School dikerumuni ramai orang.

"Eh, kenapa pula ni?", hati saya berdesis.

"What is going on?," saya menyapa seorang teman sekuliah saya.

" SSC presentation result," jawabnya pendek.

"It is out?" saya bertanya, terkejut.

Saya mengorak langkah demi langkah ke meja reception.
Saya menghulurkan ID saya, tanpa mengeluarkan sepatah pun kata-kata.
Kerani itu seolah-olah faham, lalu menyerahkan sehelai kertas kepada saya.

Saya tidak segera melihat keputusan yang tercatat.
Saya melipat kertas feedback itu kemas-kemas.
Saya menuju ke tempat yang kurang sesak..lalu membuka kembali lipatan kertas tersebut.

Saya meneliti perlahan-lahan, satu demi satu.
Kali ini, tidak seperti ketika menerima keputusan assignment SSC pertama beberapa minggu lalu.
Ketika itu,senyuman saya meleret hingga saya sampai ke rumah.

Mungkin kerana ketika itu, saya merasakan titik peluh saya terbayar dengan keputusan yang lepas.
Mungkin kerana ketika itu,saya berasa bangga?
Atau mungkinkah timbul rasa ujub?
ASTAGHFIRULLAHALAZIM..

Tetapi pada kali ini....
Ingatan saya terarah kepada sahabat yang telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan ini.
Saya masih ingat ketika saya termangu-mangu untuk memahamkan kandungan jurnal dan artikel perubatan yang sungguh kompleks, sahabat saya ini tidak pernah kedekut meminjamkan masanya untuk menerangkan satu persatu perkara yang saya tidak faham.
Jenuh agaknya dia melayani kerenah saya yang memang susah untuk memahami sesuatu.

Sesungguhnya, saya tidak dapat membalas jasanya.
Bukan saya tidak mahu membalas...tetapi saya memang tidak mampu..
Sebabnya..mudah..
Kerana saya lemah..
Hanya Allah sahaja yang selayaknya membalas segala kebaikannya..


Sesampai di rumah, saya menatap kembali kertas feedback STUDENT SELECTED COMPONENT: DRUG PRESENTATION itu..



Student Registration Number: ************


Generic Graduate Skills: EXCELLENT
Comment : very good explanation into pathology and pharmacology of drug + disease in question


Attachment Specific Skills & Critical Analysis Specific Skills : EXCELLENT
Comment : excellent insight into the literature regarding this drug & determined ABPI confirmation


Presentation & Interpersonal Skills: EXCELLENT
Comment: good use of powerpoint, dealt with audience's questions very well, confident presentation skills


Overall competence: EXCELLENT


Mungkin, jika melihat grade, saya berjaya mengistiqamahkan grade yang sama seperti SSC Assignment : History of Medicine saya dahulu.
Tetapi perasaan kali ini tidak sama seperti dahulu.
Saya berasa lebih kerdil dan rendah diri.


Kerana saya sedar betapa dalam sesuatu kejayaan, terdapat banyak kudrat yang terlibat dan tenaga yang terlibat.

Terlalu banyak bantuan orang lain.

Terlalu banyak rahmat dan kasih sayang Allah yang tersisip.


Saya mengimbau episod hidup saya sepanjang minggu ini...
Daripada awal minggu sehinggalah ke hujung minggu..

BENARLAH JANJI TUHAN...
BERSAMA-SAMA KESUSAHAN ITU, PASTI ADA KEMUDAHAN...

ALLAHUAKBAR!!







8 comments:

MahFuzaH said...

salam wanie..kite penah jaulah dgn kak hajar tour ireland mase winter hr tu, kite belajar mempraktikkan 'jazakillah' pun dr dia..hehe.. kak hajar jugak kenalkan kite dgn lagu2 dr xifu, sejak dr itu kite mula menghafal hadis yang selama ni tak pernah pun terfikir nak hafal.. anyway, congrats wanie for ur excellent results. thanks for the ukhwah-tamrin nisaa. jumpa di leeds and sheffield nnt . iA. wasalam

norshazwani othman said...

jazakillah mahfuzah...

best dapat kenal dengan awak..tak sangka, jumpa masa PUISI, tapi baik masa tamrin..huhu

insyaalah..jumpa di sheffield juga!!..datang NEXT, tido rumah kita tau!!hehe..

muahhxx~

MahFuzaH said...

ops kite lupe nak cakap satu bende lagi, suka la presentation wanie mase tamrin nisa hr tu..nice..like it...menyentuh jiwa dan perasaan...

yeah..see you in sheffield..memang nak tido umah wanie pun..hehe..

norshazwani othman said...

jazakillah mahfuzah....

imaaaanj said...

assalamualaikum wanie.

wanie, kite xtahu nak ckp ape la bace awk punye entry kali ni. huuu~ mungkin satu: ukhuwwah fillah! (^^) kita berkasih sayang kerana Allah kan? insyaAllah, walau dimana jua kita berada, ingatlah selalu Allah mengikat hati2 kite dgn aqidah, dgn matlamat hidup yg sama. manisnye bile berukhuwwah, i see u more like a sister than just a friend. and i am more than happy to have sisters! cant be expressed in words. huhu.. ttbe je rindu kat ezzathy pulak. moga Allah jage Ezzathy juga disana. wanie jage diri bebaik ok? sayang wanie~ Allah Hafiz!

jzkk~

norshazwani othman said...

oh dear iman..u dont know how much i appreciate u in my life...

jazakillahukhairan for your concern and care..how i praise allah for allowing u and me to be here in UK, eventhough we ve met a lot of obstacles than other poeple..

iA, i believe allah will take good care of me..i believe HIM..

may u will be always under his blessing..

jazakillahukhairan for your love dear..

AD said...

Assalamualaikum... sebenarnya menarik video yg wanie kategorikan sbg "cikai" tue... dan sebenarnya ada antara kami dari Cork ini berbesar hati jika dapat video2 pd mlm tsbt... lagi best apabila wanie combine kan video itu dgn huraian suara wanie tika d sampaikan d manchester tempoh hari... err..sy serius nie... add D d YM ya.. ID YM: adhere_deen

p/s: persembahan itu bukan saja dari cork tetapi kombinasi idea ireland dan london...

jazakillah!

~salah seorang "robot"~

norshazwani othman said...

salam

ad..err..alamak, kite tak cam pulak siapa ad ni..yg mana eh? tapi, persembahan robot tu memang sgt menyentuh hati dan mencetus minda..subhanallah