Monday, 4 February 2008

SETELAH SECARIK NIKMAT TELAH DIBAWA PERGI..



PUCUK DICITA ULAM MENDATANG....



Rabu, 23 Januari 2008...

Hari ini, saya begitu bersemangat.
Seawal Januari lagi, saya sudah berkira-kira apa agaknya aktiviti yang akan saya buat untuk mengisi masa cuti summer saya di Malaysia nanti.
Hampir 3 bulan.
Inilah masanya untuk saya membuat sesuatu.
Sesuatu yang boleh dimanfaatkan orang lain.

ALHAMDULILLAH..

Betullah kata orang...pucuk dicita, ulam pula yang mendatang.
Saya tidak mampu menggambarkan betapa gembiranya hati saya apabila saya diundang oleh sahabat lama saya di Kolej MARA Banting, saudara Azri Bohari untuk menjayakan KEM EXPLORASI MINDA 2008- BORNEO anjuran kerjasama ISAC STUDIO dan ILUVISLAM.
Kem motivasi berorientasikan nilai-nilai ISLAM untuk pelajar sekolah di bumi Sabah dan Sarawak.
Melihat senarai nama sahabat-sahabat yang bakal menyertai kem ini sudah cukup membuatkan saya berasa kerdil.
Melibatkan nama-nama yang hebat dari UK, Ireland, Czech, US dan ramai lagi.
Entah di mana kedudukan saya agaknya di kalangan mereka ini dalam usaha menyumbang untuk Islam.
Perlahan-lahan, saya menginsafi diri.

ALHAMDULILAH..SEGALA PUJI-PUJIAN KEPADA ILAH YANG AGUNG...

Hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa saya mencintai program seperti ini.
Program yang mengizinkan saya dan sahabat-sahabat lain "MEMBERI" secara direct kepada adik-adik yang tidak pernah kami tahu asal usul mereka.

Kerana .....
Untuk "MEMBERI", kita tidak perlu memilih siapa mereka untuk "DIBERI".
Biarpun tidak pernah bersua,
Biarpun siapa ibu bapa mereka,

Selagi kita masih MAHU memberi dan berkorban..
Siapapun mereka ...itu tidak akan menjadi halangan..
Untuk kita terus menghulurkan tangan..

MEMBERI,BERKORBAN,KASIH SAYANG perlu seiring dan sejalan..
Saya pernah berkongsi ungkapan ini dengan seorang teman..

" MEMBERI DAN BERKORBAN, ADALAH MANIFESTASI CINTA DAN KASIH. TANPA KASIH, MEMBERI ITU PAHIT, BERKORBAN ITU SATU PENYEKSAAN".

Sehingga hari ini, ungkapan ini masih berbekas di hati saya.


Saya masih ingat lagi....Kira-kira setahun yang lalu....


Kolej MARA Banting...
RAMADHAN 1427 Hijrah



"Akak...ni lagu apa ni?..Tak pernah dengar pun..." rungut salah seorang anak buah saya sambil memuncungkan mulut. Tidak suka barangkali.

"Eh, tak pernah dengar ke? Lagu ni famous tau..Doa Perpisahan, kumpulan Brothers yang nyanyi..", saya menjawab sambil mata tertumpu di skrin lap top ACER Travel Mate saya ketika itu.

Waktu itu, jam sudah pun menunjukkan angka 1 pagi.

Setelah tamat meeting refleksi fasilitator KEM X-PLORASI RAMADHAN 2006, saya terkocoh-kocoh mendapatkan anak-anak buah saya ini yang ditempatkan di blok F.
Otak saya ketika itu ligat berputar memikirkan idea apa yang boleh saya cadangkan untuk membantu adik-adik ini membuat persembahan untuk keesokkan harinya.

Pada mulanya, jenuh juga saya ingin mengumpulkan adik-adik ini untuk berbincang.
Masing-masing dengan kepala sendiri.
Ada yang mahu duduk dalam geng sendiri...ada pula yang terlalu pendiam, tak kurangnya banyak pula betahnya.
Akhir sekali, saya sengaja "memancing" mereka dengan lap top ACCER TRAVEL MATE saya yang sudah agak usang itu untuk menarik minat mereka.

Suka benar mereka melihat lap top.
Sesekali, mereka berangan-angan seperti sedang menaip.
Kemudian, apabila ada rakan mereka yang cuba menyentuh papan penyentuh ( touch pad) untuk menggerakkan cursor, pasti ada suara di kalangan rakan mereka sendiri yang memarahi...

"weh..kau jangan main-mainlah dengan komputer kak wani tu..rosak karang, baru tahu.."

Berbagai-bagai ragam.
Mereka sebenarnya diundang untuk menyertai KEM X-PLORASI RAMADHAN anjuran GUIDANCE AND COUNSELING KMB . Hampir semua adik adik ini berada dalam lingkungan tingkatan 1 hingga 3 dan menuntut di salah sebuah sekolah di kawasan Banting ini. Program serampang dua mata ini dijayakan semata mata untuk menyuntik motivasi kepada adik adik ini serta membawa penghayatan bulan Ramadhan kepada mereka.

Saya masih ingat lagi.....

Ketika keputusan peperiksaan PMR 2006 diumukan..
Saya mendapat SMS istimewa daripada salah seorang daripada mereka..

Salam...Kak Wani, alhamdulillah..saya dapat 8 A!! Terima kasih kak..Tak sabar rasa nak masuk asrama penuh..Lepas ni, nak belajar sungguh-sungguh untuk SPM pula, nak masuk KMB...Saya nak belajar oversea macam akak..

Ada pula daripada mereka hanya mampu meraih beberapa A sahaja...

Entahlah..
Jauh di lubuk hati saya..
tidak mengapa jika tidak semua daripada mereka membolot 8 A dalam PMR..
tidak mengapa jika tidak dapat masuk ke MRSM..
tidak mengapa jika tidak dapat masuk SBP...

Kerana saya TAHU mereka semua telah berusaha..
Kerana saya TAHU mereka semua telah cuba yang terbaik..

Tiba-tiba sahaja, perkataan TAHU ini membuatkan saya berfikir..
Adakah dengan sekadar TAHU, sudah cukup menunjukkan kita mengambil berat tentang orang lain?
Adakah dengan sekadar TAHU, sudah memadai untuk kita berasa lega terhadap nasib saudara-saudara kita?

Sekadar meminjam kata-kata Sean Covey..

PEOPLE DON'T CARE HOW MUCH YOU KNOW....
UNTIL THEY KNOW HOW MUCH YOU CARE....



AHAD, 3 FEBRUARI 2008.


Pagi itu, cuaca sangat baik.
Baru semalam salji turun. Subhanallah..sangat cantik.
Saya sangat gembira.
Ketika saat saya menyelak langsir tingkap bilik pada jam 4 pagi, halaman rumah sudah memutih. Sekali lagi...subhanallah, sangat indah.
Jika hati saya juga seindah dan seputih salji, pasti sahaja tiada apa yang perlu saya gusarkan.
Ketika salji turun dan menyelaputi segenap Sheffield, langit masih lagi gelap.
Itu cerita semalam...
Hari Sabtu...2 Februari 2008....Ketika salji turun...

Dan hari ini..seperti yang saya katakan..cuaca sangat baik..
Matahari menyinar terik..
Walaupun sejuk, langit sangat cerah..
Juga indah..

Tetapi, entah mengapa hati saya diselaputi mendung.

Pagi itu, ada usrah bersama Kak Nik Mun.
Kali ini saya lebih banyak berdiam..tidak seperti biasa,
Sehinggalah ketika sahabat saya,Atikah menyampaikan tazkirah pendek. Di akhir tazkirah itu, dia menyelitkan poem daripada buku Chicken Soup for the Soul.
Tajuknya ..Smile...
Entah mengapa saya tidak dapat mengawal perasaan.
Benar-benar sayu..

Usai usrah, saya kembali menghadap Lap top Nurul Iman saya. Ingin membuat persediaan terakhir untuk SSC Drug Presentation saya pada keesokan hari.
Tiba-tiba, pintu bilik saya diketuk perlahan.
Dan perlahan-lahan, pintu dikuak.
Sahabat baik saya menjengahkan kepalanya. Kemudian menghadiahkan sekuntum senyuman yang paling manis buat saya.
Tidak semena-mena dia menghulurkan sesuatu yang berada di dalam beg plastik.

"Ambillah. Untuk awak," ungkapnya, pendek.
"Apa ni?" Saya bertanya.
"Tengoklah sendiri," sekali lagi, sekuntum senyuman menghiasi bibirnya.
Kemudian, dia berlalu pergi. Saya masih terpinga-pinga.

Perlahan-lahan, saya membuka bungkusan itu.

"Oh, kalendar?"



Saya meneliti kalendar itu. Terdapat lakaran kartun dua orang kanak-kanak. Kanak-kanak ini berdiri di dalam lingkaran hati.
Kemudian, di atasnya, terdapat tulisan.."FRIENDS LIVE IN YOUR HEART FOREVER"..

Saya menyelak helaian demi helaian..
Daripada helaian Januari hingga Disember.
Dan di setiap helaian, terdapat catatan daripada sahabat untuk sahabat.
Mata saya setia membacanya. Baris demi baris.
Sehinggalah mata saya berasa kabur, baru saya berhenti.

Atikah ini memang punya satu persamaan dengan seorang lagi sahabat saya di Leicester, Wan Maisarah.
Mereka tidak pandai menunjukkan perasaan. Tidak begitu ekspressif.
Tidak seperti Iman, yang sungguh mudah tersentuh.
Tidak juga seperti Ezzathy yang tidak pernah kekok untuk menghadiahkan kata-kata manis dan memujuk.

Saya masih ingat lagi, ketika setibanya saya dari Birmingham minggu lalu, saya mendapati di dalam beg saya, terdapat cenderahati kecil dari Turki dan sekeping nota.
Rupa-rupanya daripada Maisarah. Ketika membaca notanya, saya tersenyum sendiri sambil mengegeleng-gelengkan kepala.

Mai, Mai..masih tak berubah..Nak kasi hadiah pun..malu..

Tetapi inilah sahabat-sahabat saya.
Siapapun mereka, apapun perwatakan mereka, saya amat bangga dengan mereka.
Saya tidak kisah sekiranya mereka tidak pandai menzahirkan perasaan mereka...
Saya tidak ambil hati sekiranya mereka malu untuk mengatakan mereka sayangkan saya..

Kerana..
Kalaupun mereka tidak mengungkapkannya...
Hati saya sudah dapat merasai kehadirannya...

Tidak perlu kata-kata...jauh sekali hadiah yang mahal-mahal..
Saya sudah dapat merasai ketulusan hati mereka..

Saya kembali menyelak muka utama kalendar pemberian Atikah itu.
Baru saya perasan..
Di bahagian atas, sebelah kiri...
Ada pesanan ringkas yang disulami dengan satu perasaan yang sangat lembut..

Dear Wanie,
"Get Well Soon"

Love,
x Teaks x

Dan saat ini, perasaan saya betul-betul berombak.
Perlahan-lahan, saya meletakkan kalendar ini di atas birai katil. Agar setiap kali saya memasuki bilik, saya akan nampak hadiah pemberian sahabat saya ini terlebih dahulu.

Dan hari itu...
Awan mendung yang menyelaputi hati saya pada pagi itu perlahan-lahan berarak..
Dan berlalu pergi..


SETELAH SECARIK NIKMAT DIBAWA PERGI....

Tiba-tiba minggu lalu melakar satu sejarah dalam diari hidup saya.
Saya mendapat dua kawan baru. Atau lebih tepat jika saya gambarkan mereka, teman karib saya.
Kerana selepas ini, kami akan sentiasa bersama-sama.
Pada kebiasaannya, teman karib didefinisikan saling memerlukan antara satu sama lain.
Namun, lain pula halnya dengan saya.
Saya amat memerlukan mereka.
Tetapi, tidak pula bagi mereka. Mereka langsung tidak memerlukan saya.
Tetapi, kami harus menjadi kawan karib. Saya perlu bersama-sama dengan mereka.

Mungkin ini "hadiah" ALLAH untuk saya.
Atau...
Sebenarnya peringatan daripada ILAHI...
Agar saya terus memuhasabah diri,
Dan berterusan istiqamah dalam melampiaskan kesyukuran di dalam hati..
Walaupun kini, secarik NIKMAT itu telah jauh dibawa pergi.

5 comments:

imaaaanj said...

salam wanie,

get well soon~ (^^)

oh ye wanie, iman mudah tersntuh? ahehehe.. mungkin awk xyah ckp kot. mcm sume org dh sedia tahu je. hihi..

kim slm syg kat teaks.. rindunye kat korg!! huu

zahrah said...

salam...

'anak' ummi yang diingati!!apakah 'hadiah' yang menjadi teman karib sepanjang masa tu??wanie memerlukannya tp ianya tak memerlukan wanie??suspend tuh!!ok salam...semoga Allah merahmatimu...take a good care!!adik2 tunggu kak wanie rabu ni ye...

zahrah said...

Mungkin ini "hadiah" ALLAH untuk saya.
Atau...
Sebenarnya peringatan daripada ILAHI...
Agar saya terus memuhasabah diri,
Dan berterusan istiqamah dalam melampiaskan kesyukuran di dalam hati..
....

Sabriza Hassan Assa'ari said...

salam wanie..
get well soon yea? :)

norshazwani othman said...

oh..insyaallah..doakan..