Friday 25 January 2008

CATATAN DEMI CATATAN: DEBARAN

"EH, KAT SINI MANA ADA KEDAI DUA RINGGIT!"

Sabtu, 5 Januari 2008
56 Brunswick Street, 7.30 am.


"Apa kata hadiahkan orang yang beli baju tu dengan cenderahati? Tak kisah lah apa-apa pun. Tanda terima kasih kita pada orang yang menyumbang untuk tabung amal Palestin tu.." suara ibu saya bergema di corong headphone.

"Ermm..cenderahati ? Tak mahal ke mak?" saya mengangkat kening, ragu-ragu dengan cadangan ibu saya itu.

"Eh, tak perlu mahal. Cenderahati kan tanda keikhlasan hati kita. Belilah benda yang comel- comel kat kedai dua ringgit tu. Orang tak kisah harga, yang penting ikhlas.." panjang lebar ibu saya berbicara.

"Err...Tapi kan mak, kat sini mana ada kedai dua ringgit?..Kedai tujuh ringgit adalah, Poundland nama dia..mahal tu.." , saya menerangkan kepada ibu saya.

"Oh ya ke?..Manalah mak tahu.."

Tergelak saya dengan keletah ibu sendiri. Macam-macam cadangan dilontarkan semasa saya menyuarakan planning PROJEK MAWADDAH AMAL PALESTIN kami. Awal-awal lagi saya sudah meminta izin daripada ibu dan ayah dan bagi saya, inilah langkah pertama yang perlu dilakukan untuk memulakan apa sahaja aktiviti, iaitu memohon keizinan dan keredhaan ibu dan ayah.

Sudah menjadi rutin saya menelefon ke rumah setiap pagi hujung minggu. Tidak pernah sekali pun saya meninggalkan rutin ini. Sesibuk manapun, saya akan cuba sedaya upaya meluangkan masa untuk berbual-bual dengan kesemua ahli keluarga saya termasuk dua orang adik yang selalu sahaja meminta saya membelikan macam-macam apabila saya pulang Malaysia nanti.

Sesekali, kenangan lama datang menerjah ke kotak fikiran. Setiap kali saya pulang bercuti daripada asrama, selalu sahaja bilik adik bujang saya menjadi "port" untuk kami bertukar-tukar cerita. Dan selalu sahaja "isu-isu" yang kami bincangkan menjadi rahsia kami bertiga. Tidak pernah pula sampai ke pengetahuan ibu dan ayah.

Dan hari ini, keluarga inilah menjadi kekuatan saya untuk terus berdiri , berjalan dan berlari.
Tidak kiralah isu pelajaran, aktiviti luar, usrah dan apa sahaja.
Perlahan-lahan...
Mereka sudah mula memahami.
Perlahan-lahan....
Mereka sudah mula membuka hati .
Perlahan-lahan..
Mereka sudah mula menerima apa yang saya mahukan.
Apa yang saya dambakan..
Dalam hidup dan dakwah.

--------------------------------------------------------------------

" KICAP ADA LAGI TAK?"

Rabu, 16 Januari 2008.
Hadapan Note Book Nurul Iman.
5.00 pagi.


BUZZ!!!


norazian cp: Salam Wani.

Astaghfirullahalazim..Terkejut saya tatkala saya sedang khusyuk menyiapkan assignment Student Selected Component (SSC), Critical Analysis: Drug Presentation pada waktu subuh itu.

iman_muslihah: Waalaikumsalam. Ya Azian? Ada apa pagi-pagi ni?

norazian cp: Kita nak tanya ni, Kak Ema dari Newcastle tu, buat tempahan yang baru ke atau dia tambah tempahan sedia ada?

Subhanallah, rupa-rupanya pegawai promosi Projek Mawaddah Amal Palestin ini sedang sibuk menguruskan tempahan pelanggan-pelanggan T shirt yang kami promosikan. Tersentuh hati saya melihat kesungguhan gadis ini. Segera saya membuka FOLDER PROJEK PALESTIN dan memeriksa rekod tempahan sepanjang 3 hari kami membuka tempahan.

Sepanjang minggu promosi tempahan baju jualan projek amal Palestin itu dibuka, jadual hidup saya berubah sedikit. Dan saya pasti, perkara yang sama berlaku kepada Ahli Jawatankuasa projek ini.

Seawal 3.30 pagi, saya sudah bangkit daripada tidur. Setelah membersihkan anggota dan melakukan pembersihan jiwa, bermulalah jadual hidup saya yang baru. Sengaja saya bangun lebih awal daripada biasa kerana saya mahu menumpukan 2-3 jam pertama untuk menyiapkan assignment yang deadlinenya bakal tiba 4 Februari 2008 nanti.

Kerana saya tahu menjelang jam 8 pagi nanti, note book Nurul Iman saya ini akan "diserang bertalu-talu" dengan tempahan dari sekitar UK dan Ireland. Langsung tidak memberikan peluang dan ruang kepada saya untuk membuat assignment atau menelaah, malah waktu makan dan minum terpaksa ditangguhkan.

Alhamdulillah, setiap jam pasti ada emel tempahan yang masuk ke in box Yahoo Mail saya.
Alhamdulilah, selang beberapa minit, pasti ada "BUZZ" daripada pihak-pihak yang ingin membuat tempahan.

Selang beberapa jam, akan ada emel-emel UP DATE Yahoo Group AJK Projek ini.
Dan sebagai Projek Manager, saya tidak boleh leka kerana setiap masa ada sahaja keputusan yang perlu saya putuskan dalam jangka masa yang sangat pendek.

Sepanjang hari, mata saya setia menatap skrin Note Book Nurul Iman.
Cuma beberapa hari yang lepas, saya menguruskan wang modal daripada AKHAWAT SHEFFIELD yang amat saya kasihi di bank berdekatan.

Segala-gala pujian saya tujukan kepada TUHAN yang tidak putus-putus memberikan NIKMAT dan Rahmat.
Tidak sampai seminggu, akaun bank Akauntan kami, Amira telah melebihi 700 pounds. Dan ini sudah melebihi target modal kami yang asal.

Perasaan terharu dan bersyukur bercampur baur.
Kelu lidah saya untuk mengungkapkan betapa gembiranya hati ini melihat kekuatan ukhuwwah dan kasih sayang yang tersemat dalam sanubari AKHAWAT SHEFFIELD.
Mereka tidak ralat untuk MEMBERI.
Kerana apalah erti hidup tanpa memberi?

Namun di celahan kesibukan kami, ada pula lucunya.

Saya masih ingat lagi....
Ketika Note Book Nurul Iman saya ini dipenuhi dengan dialog-dialog box Yahoo Messenger daripada sahabat-sahabat yang ingin membuat tempahan..

Ada juga yang mempunyai hajat lain..

BUZZ!!

Lea Natasha: Salam Wani!! Nak beli kicap!!

ruzaini perkuburan: Salam!! Ada stok kicap lagi tak? Nak 2 botol!!

Namun ada juga yang mahu membuat tempahan t shirt secara berpakej. Pakej T shirt dan kicap.

m_kaz 86: Salam. Nak tempah T shirt!
iman_muslihah: Wslm. Boleh2. Silakan. Nak design mana dan saiz apa..
m_kaz86: Ok..Pastu nak beli lagi..
iman_muslihah:Aik? Nak beli T shirt lagi?
m_kaz86: Bukan2..Nak beli kicap pulak..

Hmm..kicap..kicap..pergi ke mana-mana pun memang kicap tidak pernah dilupakan oleh pelajar Malaysia.

Mentang-mentanglah saya membantu ibu angkat saya, Ummi Zahrah menjadi stockist kicap di kawasan city, waktu saya yang sedang sibuk dengan projek inipun, tempahan kicap masih rancak berlaku.

Tetapi yang paling saya tidak tahan ialah..ada pula yang merisik strategi perniagaan kami. Mula-mula mahu membuat tempahan, tetapi lama-lama, macam-macam pula disiasat. Tak ubah seperti pegawai polis.

kopi_84: ni kamu kenal ke orang yang process baju ni kat mesia?
kopi_84:member buat ke?
kopi_84:bayar online ke?
kopi_84:macam mana nak hantar baju ni dari malaysia ke sini?

Akhir sekali, saya menamatkan soalannya yang tidak putus-putus dengan:

iman_muslihah: Encik ni, nak beli baju ke nak korek business plan ni?

Inilah segelintir senior-senior saya di Sheffield, macam-macam ragam.

Namun, saya amat menghargai waktu seminggu yang sangat sibuk dan sempit ini. Mujurlah waktu itu kami sedang bercuti. Sengaja kami rencanakan projek ini pada waktu cuti. Agar waktu yang berlalu diisi dengan sesuatu yang bermakna.

Secara peribadi, saya amat rindukan waktu itu.
Walaupun pada ketika itu..
Ia adalah waktu yang sangat sibuk.
Yang kadangkala memenatkan.
Dan cukup untuk membuat kepala dan mata saya berpinar-pinar...

Tetapi, inilah yang membuatkan ia sebagai pengalaman yang mahal.
Harganya yang mahal membuatkan tiada sesiapa pun yang mampu membelinya.
Hatta sekalipun jutawan ternama.



------------------------------------------------------------



"WANI, WE WILL GET THROUGH ALL OF THESE TOGETHER"

Selasa, 22 Januari 2008

8.30 pagi

Noor Amira: Alamak wani! Limit kredit kita 500 pounds je la sehari. Macam mana nak keluarkan duit selebihnya ni?

Kencang degupan jantung saya.

Mengikut perancangan projek yang telah diatur secara rapi, hari inilah tarikh yang telah kami rancang untuk memindahkan bayaran tempahan T shirt ke akaun pembekal di Malaysia.

iman_muslihah: Ye ke? Isk..macam mana ni..

Noor Amira: Tu la..Duit modal banyak lagi, tapi, bank kita limitkan 500 pounds je yang boleh dikeluarkan sehari..Takkan nak tunggu hari esok untuk keluarkan selebihnya?

Itulah namanya perancangan manusia. Sebijak manapun perancangan HAMBA, ketentuan TUHAN pasti lebih hebat lagi.

Tetapi, disebabkan telah tertulis di atas kertas kerja dan kami telah bersepakat untuk membuat bayaran pada hari ini, saya tetap bertekad untuk meneruskan perancangan.

iman_muslihah: Tak apa Amira, awak jangan risau. Nanti kita korek akaun bank kita untuk cukupkan baki selebihnya ya?

Ketika itu, tiba-tiba jari jemari yang sedang rancak menaip terhenti seketika. Ada sesuatu yang tidak kena.

iman_muslihah: Ya Allah..macam mana boleh terlupa ni. Mira, dalam bank kita tinggal 110 pounds je. Hari tu, dah bayar tiket flight balik Malaysia untuk summer ni la. Memang bulan ni akaun kita kering sikit.

Saya termenung...betul-betul buntu.
Tiba-tiba, saya melirikkan pandangan ke arah laci almari saya.
Saya mendapat idea.Alhamdulilah!!

iman_muslihah: Mira!! Kita ada idea! Kita teringat kita ada simpan 16o pounds lagi dalam laci. Sebenarnya itu duit sewa rumah bulan Januari ni. Tapi, landlord tak datang ambil lagi. Tak apalah. Pakai duit sewa rumah kita dulu. Nanti , pandai-pandailah kita pinjam duit housemate kita untuk bayar sewa.

Noor Amira: Eh, tak apa ke Wani? Bila dah boleh keluarkan duit, kita bayar 160 pounds tu untuk Wani bayar sewa rumah ya?

iman_muslihah: Ok, insyaalah. Tak apa sebenarnya Mira. Kita tak kisah. Cuma kita nak minta maaflah menyusahkan Mira untuk uruskan hal-hal kewangan ini. Kesian Mira, kita takut ganggu Mira study je. Dah lah Mira sibuk nak exam.

Noor Amira: Wani, kan awal-awal lagi kita cakap nak tolong jalankan projek ni. Jadi, jangan risau. We will go through all of these together.

Tersentuh hati saya dengan pengakuan sahabat seusrah saya ini yang juga merangkap Pegawai Kewangan projek.
Tidak sampai 5 bulan tempoh perkenalan kami, tetapi sudah cukup membuahkan bibit-bibit kasih sayang.

Kasih sayang yang tiada syarat.
kasih sayang yang diikat.
Dengan jalinan ukhwah yang erat.

-----------------------------------------------------------------------
KENAPA HATI SAYA BERDEBAR-DEBAR NI?

Rabu, 23 Januari 2008

8.45 pagi
Perjalanan ke Medical School, University of Sheffield.

Pagi itu, hati saya sungguh kecut.
Berdebar-debar.
Dan sedikit takut.

Sebenarnya, sejak semalam lagi, perasaan ini datang menghantui diri saya.
Sejak saya mengeluarkan wang dari bank untuk mencukupkan baki pembayaran, hati saya tidak henti-henti berdoa agar segala aktiviti saya pada hari itu berjalan lancar.
Dan ketika itu, wang saya untuk bulan ini berbaki 50 pounds sahaja.
Tidak mengapa, asalkan cukup untuk bank memotong lebih kurang 30 pounds untuk bil bulanan telefon saya.

Ketika saya menguruskan pemindahan wang ke akaun pembekal di Malaysia, lidah saya tidak putus-putus membaca Bismillah dengan harapan pemindahan wang yang mencecah beribu-ribu ringgit ini berjalan lancar. Kerana seumur hidup saya, tidak pernah saya menguruskan wang yang sebegitu banyak jumlahnya.
Bukan jumlah wang yang saya risaukan, tetapi amanah yang dipikul sungguh berat.

Dan semalam,apabila pulang ke rumah, tatkala saya memeriksa portal Minerva- portal khas yang disediakan untuk pelajar perubatan University of Sheffield mengakses maklumat daripada Medical School, saya mendapat maklumat bahawa keputusan Assignment Student Selected Component( SSC) , History of Medicine yang telah saya hantar bulan lalu telah diumumkan di Medical School.

Dan pagi ini, saya menuju ke Medical School dengan debaran yang sangat sarat.
Debaran menanti berita daripada pembekal di Malaysia, sama ada mereka sudah menerima wang bayaran atau tidak.
Dan kini, debaran yang benar-benar meragut ketenangan pagi saya berada di hadapan mata.

Saya melangkah perlahan-lahan ke meja receptionist Medical School.
Saya menarik nafas dalam-dalam.

Bimillahitawakkaltu alallah..

"Hello, morning. I would like to take my SSC History of Medicine result, please.." saya membuka bicara sambil menghadiahkan senyuman untuk menutup debaran di hati.

"Sure, may I take your ID please?"

"Here you are," perlahan-lahan saya menyerahkan ID saya.

"There you go, your result and feedback," .

Menggeletar sedikit tangan saya ketika menyambut slip result dan feed back itu.
Perlahan-lahan, saya meneliti satu persatu apa yang tercatat di atas kertas itu.


SSC ASSESSMENT PROFORMA: History of Medicine ( Phase 1 a 2007-08)


Student registration number: ****************



Generic Graduate Skills: EXCELLENT
Comment : Well written and clear.



Attachment Specific Skills: EXCELLENT
Comment : Good historical coverage. What about non westernized societies?



IT Skills : GOOD
Comment : Straighforward presentation. graph of weight trends would have
been nice.



OVERALL COMPETENCE: EXCELLENT


Supervisor: WEETMAN
Date: 19/11/2007

ALHAMDULILLAH..

Ketika itu, hati bertasbih riang,
Bibir tersenyum tenang.

6 comments:

zahrah said...

Alhamdulillah....

insyaAllah kalau kita tolong agama Allah...allah akan bantu kita pd jalan2 yg tak disangka...bantulah...insan2 seagamamu walau dimana kamu berada dengan 'tangan' yg terbuka luas tanpa mengharap balas...

nice entry!!

imaaaanj said...

wanie, congrats for ur EXCELLENT yg byk tuh. hehe. alhamdulillah, paid off well and satisfyingly, ye? huhu. doakan kite plak wanie. ssc meeting esok! huhu. ganbatte ne, wanie chan!

norshazwani othman said...

syukran jazilan semua

insyaalah, kita berusaha bersama2..tidak rugi untuk penat berusaha...tetapi penat dan rugi jika tidak berusaha...

FANA COLLECTION said...

Tak elok post ID orang tu kat blog. Mana tau terguris hati dia. Takut² terbuka aibnya.

norshazwani othman said...

ID? ID ape?...

norshazwani othman said...

oh..ID YM ke? insyaalah, those all my seniors yg kenal walaupun jarang berjumpa(except dlm meeting) tapi, selalu deal jugak dgn diorg..insyaalah..sy minta maaf dgn diorg, kalau2 diorg tersinggung..(tapi mcm tak..it s ok..thank u for the reminder)