Sunday 13 January 2008

MENGAPA? ADAKAH KERANA MEREKA BUKAN ANAK-ANAK KITA?

AKAK, NASIHATKAN AZIE SIKIT..


Jumaat, 11 Januari 2008, 7.30 pagi (UK)
Di hadapan Dell Inspiron 1420 a.k.a Nurul Iman

Azie mansor: Kak, Isnin ni Azie ada interview IUMC. Takutlah kak..Akak dulu pun pernah pergi
interview IUMC kan?

Pertanyaan adik junior saya di Kolej MARA Banting ini membawa fikiran saya melayang kepada peristiwa beberapa bulan yang lepas, sebelum kaki saya ini menjejaki bumi UK.

Sejurus keputusan peperiksaan International Baccaulaureate 2005/2006 diumumkan, tiba-tiba rezeki saya datang melimpah-limpah.
Rezeki yang datang dari arah yang tidak disangka-sangka.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Ilah saya, Allah.
Saya masih ingat, belum pun kepenatan menghadiri Kursus Ketatanegaraan (BTN) hilang, saya dikejutkan dengan emel panggilan interview Irish Universities and Medical Schools Consortium (IUMC) pada minggu yang sama saya pulang dari Shah Alam, kem BTN pada ketika itu.
Tidak pernah saya terfikir untuk melanjutkan pelajaran ke Pulau Ireland itu sepanjang saya berada di Kolej MARA Banting.
Namun, setiap rezeki kurniaan Allah itu tetap saya hargai. Pada minggu itu juga, saya berulang alik dari Johor ke Kuala Lumpur untuk urusan interview.

Sekali lagi, pada minggu berikutnya pula, saya dipanggil untuk menghadiri interview University of Newcastle, Australia di Kolej Mara Banting.
Sekali lagi, alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Ilah saya, Allah. Sekali lagi, tidak pernah terlintas di benak fikiran saya untuk saya melanjutkan pelajaran ke negara kangaroo itu, tetapi rezeki Allah tidak pernah saya tolak.
Terkocoh-kocoh saya berulang alik dari Johor ke Banting, Selangor.

Namun Ilah saya, Allah Swt. Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Sejurus saya selesai menghadiri semua medical interviews dalam jangka masa yang sangat singkat, sekali lagi, Tuhan yang Maha Penyayang ini mengutuskan berita baik yang amat saya nanti-nantikan.

Setelah beberapa bulan menunggu dengan seribu penantian, akhirnya impian saya untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom dikabulkan.



Name: Miss Norshazwani Othman
Course: MBChB in Medicine (A 100)
Course Duration: 5 Years
Course Start Date: 01 October 2007
Course Ends: June 2012
Tuition Fees: GBP 12430 (for 2007/2008 Academic Session)

This letter certifies that Miss Norshazwani Othman has firmly accepted our unconditional offer......

BUZZ!!!!

Saya terkejut daripada lamunan panjang. Soalan adik saya tadi, terbengkalai begitu sahaja.

iman_muslihah: Oh, Azie. Sori. Haah, dulu akak ade pergi jugak interview IUMC tu. Tapi Azie
jangan risau lah. Soalannya biasa je. Macam soalan medical interview yang lain.
Yang penting, Azie kena yakin dan bersedia, insyaallah, Azie boleh buat.

Azie mansor: Amin...thank you kak. Kak, sekarang dah masuk semester 4, cuak Azie. Dah nak
exam ni. Akak nasihatkanlah Azie sikit. Azie nak dengar. Dah lama tak dengar
nasihat akak, rindulah. Akak, apa akak buat bila dah masuk Semester 4 kak? Apa
strategi akak? Akak ubah cara belajar ke?

iman_muslihah: Oh, bila dah masuk semester 4 ni, Azie kenalah kerja kuat. Kerja lebih sikit.
Biar penat, tak pe. Kita kena rajin. Dulu, akak memang susah nak
score maths. Akak tahu, akak tak berapa pandai maths, so, setiap pagi ,
gelap-gelap lagi, akak dah datang kelas.I was always be the first person coming to class. Sejak SEM 1 lagi. Akak tunggu cikgu Maths di bilik guru. Nak tanya soalan. Hari-hari akak buat latihan Maths, tak pernah miss. Sebab, esok pagi-pagi, akak mesti nak jumpa cikgu.
Sebab akak tahu, akak tak berapa pandai, sebab tu akak kena kerja lebih kuat
daripada orang lain.

Azie mansor: Oh, macam tu ye kak? Insyaallah, Azie akan ikut cara akak. Sebab maths ni pun
killer subject bagi Azie.

iman_muslihah: Tapi kan Azie, untuk berjaya, bukan itu sahaja syarat-syaratnya. Ada 2 benda
yang kita kena penuhi. Azie tahu apa dia?

Azie mansor: Doa dan tawakal kan kak?

iman_muslihah: Hampir tepat. Sebenarnya syariatullah dan sunnatullah. Dua perkara yang perlu kita jaga. Sunnatullah tu, macam yang akak cakap tadi tu, belajar
sungguh-sungguh, rajin ulangkaji pelajaran. Dan syariatullah pula, Azie kena
jaga solat jemaah, baca Al Quran, bangun Qiyam, taat ibu bapa, berbuat baik
pada orang lain......


BERBUAT BAIK PADA ORANG LAIN.....saya terhenti seketika.
Adakah saya selalu berbuat baik pada orang lain?

................................................................................................................................


TEAKS....TIBA-TIBA KITA TERINGAT....

Sekitar awal bulan November 2007, 8.45 pagi.
Dalam perjalanan kaki ke Sheffield Medical School.

Pagi itu, kami berjalan perlahan-lahan menaiki bukit untuk ke Medical School. Inilah rutin kami, setiap pagi.
Pagi itu, pada mulanya saya tidak banyak bercakap.
Kerana saya lebih banyak berfikir.
Dan akhirnya, saya memutuskan untuk bercakap.

"Teaks, tiba-tiba kita teringat Palestin," mendatar sahaja suara saya.
"Hmmm?", respon sahabat saya itu. Pelik barangkali.
"Entahlah, rasanya, dah lama kita tak buat something. Berita tentang Palestin pun, dah lama kita tak dengar, macam ignorant pulak sejak datang sini,"akui saya jujur.
"Tu lah, Wani. Kita pun rasa macam tu, teringat pulak kat KMB dulu, meriah betul kempen Palestin," jawabnya.

Secara jujurnya, saya memang kagum terhadap barisan pimpinan Muslimin (BERKAT) Kolej MARA Banting sesi 2005/2007. Pada kaca mata saya, mereka mempunyai semangat yang tidak pernah padam untuk "memberi sesuatu kepada Islam".
Dan secara jujurnya, saya sedikit cemburu melihat mereka menjadi tonggak dalam bekerja, merancang, melaksanakan program-program untuk membangkitkan biah solehah di KMB.


Dan di sinilah sebenarnya, saya belajar cara-cara bekerja dalam organisasi.
Saya belajar daripada pemerhatian dan secara praktikal.
Daripada proses perancangan proposal hinggalah pelaksanaan projek.

Pagi itu, saya memang banyak berfikir.
Sebelum kaki melangkah ke Lecture hall,
Secara diam-diam, akal fikiran saya sedang merancang sesuatu.

"saya kena buat sesuatu"
"saya nak buat baik pada orang lain. "
"saya nak
memberi pada orang lain"
"supaya saya dapat rasai nikmat ERTI HIDUP PADA MEMBERI.

........................................................................................................................



MENGAPA? ADAKAH KERANA MEREKA BUKAN ANAK-ANAK KITA?

Sabtu, 12 Januari 2007, 7.30 pagi.
Rumah Kak Salmiah, 14 (A), Filey Street.

"Alhamdulillah. Kita sudah pun selesai melaksanakan amalan mulia warisan Rasullulah SAW. Kita berjaya melakukan amalan qiyamullail secara berjemaah, alhamdulillah,". Saya memulakan tutur kata saya dengan lafaz tahmid, tanda kerendahan diri saya di hadapan Rabbul Jalil.

Pagi itu, sesak ruang tamu rumah Kak Salmiah (seorang post grad PHD) dengan kehadiran akhawat yang terdiri daripada pelajar undergrad dan juga postgrad. Berbelas-belas juga bilangan jemaah yang hadir.
Aktiviti qiyamullail ini dijadikan aktiviti bulanan kami.
Pelajar post grad bertemu pelajar undergrad, kami makan bersama, tidur bersama, solat, zikir, qiyamullail.
Semua dilakukan secara berjemaah.

Usai membaca mathurat dan mendengar tazkirah Kak Nik Mun, giliran saya memberi pengisian.

Saya menarik nafas dalam-dalam.


"Saya mulakan pengisian saya ini dengan tayangan video. Namun sekali lagi, saya rayu kepada kepada jemaah, tontonlah ia bukan sekadar dengan mata kasar, tetapi pandanglah video ini dengan pandangan hati dan cernakan ia dengan ketajaman akal, insyaallah".

Perlahan-lahan saya hadapkan skrin lap top kesayangan saya yang telah saya namakan sebagai NURUL IMAN ini ke arah jemaah.

Klik start pada video


Sambil skrin NURUL IMAN menayangkan video ....
dan sambil muzik instrumental mengalunkan nadanya...
saya iringkan dengan tutur kata yang lahir sendiri daripada hati saya...
bukannya sajak yang saya karang kerana saya tidak pandai mengarang sajak...
jauh sekali bait-bait indah daripada google..
kerana saya tidak selesa menyampaikan sesuatu secara COPY AND PASTE...
COPY AND PASTE membuatkan saya tidak dapat merasai ruh pengisian tersebut..

Tetapi, yang pasti, ia datang dari sentuhan hati dan pengamatan akal...
HATI dan AKAL..

Setelah NURUL IMAN berhenti menayangkan video tersebut, saya memandang para jemaah. Hampir kesemuanya, tunduk memandang lantai. Termenung seketika.

"Jadi, sahabat semua, inilah realiti yang berlaku nun jauh di sana. Di tanah gersang bernama Palestin. Anak-anak ini sepatutnya ke sekolah, belajar membaca, mengira, melukis dan mewarna. Tetapi, sebaliknya berlaku. Darah berada di mana-mana,".

Sunyi sepi, para jemaah termenung lagi. Diam seribu bahasa.

"Para sahabat, mungkin kadangkala, kita tidak dapat merasa penderitaan mereka. Mengapa?" Mungkin kerana mereka tidak berada di hadapan mata kita.
Mungkin kadangkala, kita tidak dapat merasa kesakitan mereka. Mengapa?
Adakah kerana mereka bukan anak-anak kita?"

Soalan demi soalan saya terjahkan kepada para akhawat saya ini untuk mereka berfikir.

Saya menyambung, " Sekarang saya pohon, untuk video seterusnya ini, kita letakkan diri kita ini di bumi Palestin. Anggap mereka ini, anak-anak kita dan kita ialah ibu mereka,".

Klik Start pada video.



Sekali lagi, sambil skrin NURUL IMAN menayangkan video "The Greatest Mother" ini, saya iringi tayangan ini dengan kata-kata hati saya dengan harapan agar hati saya ini dapat mencapai dan menyentuh hati-hati akhawat di hadapan saya.

Pagi itu, entah mengapa hati saya sangat sayu.
Potret wajah ibu tercinta di Malaysia melintas di benak fikiran.
Tidak kira apa jua bangsa wanita itu...
Tidak kira dari mana asal mereka....
Selagi mereka bergelar ibu...
Merekalah bidadari terindah daripada syurgawi..
Anugerah agung daripada Ilahi

..................................................................................................

Sabtu, 12 Januari 2008, 9.00 malam.
56 Brunswick, di hadapan skrin Nurul Iman.

Pulang daripada solat hajat kelolaan SMSA (Sheffield Malaysian Student Association), tanpa berlengah, saya memulakan gerak kerja.

Segala puji-pujian BAGI ALLAH, ILAH TERAGUNG , projek Amal Palestine yang kami namakan Mawaddah ini terus mara ke hadapan.
Projek berorientasikan penjualan pakaian muslimin dan muslimat yang menutup aurat bagi meraih kutipan dana Palestine.
Setelah selesai pengisian yang saya sampaikan, banyak bantuan dan respon positif di terima.
Dan alhamdulillah, bantuan kewangan datang sepertimana yang diharapkan daripada akhawat Sheffield yang pemurah ini.
Kerana dalam perniagaan, gabungan modal dan tenaga kerja sangat penting.
Saya bersyukur kerana mendapat banyak sokongan daripada Kak Azraa di Cork, Ireland, yang mengajar saya selok belok perancangan kewangan berdasarkan pengalaman beliau berniaga baju muslimah ini.
Ditambah dengan sokongan padu para muslimah/akhawat di Sheffield ini, insyaallah, inilah usaha sulung kami untuk mengiringi perjuangan kaum Adam yang juga tekun bekerja demi Islam.

Saya meneliti kertas kerja Projek Mawaddah (kasih sayang) ini.

Projek Manager
Norshazwani Othman

Pemodal
Para Akhawat Sheffield yang pemurah dan tenaga kerja Projek Mawaddah

Tenaga Kerja

Pegawai Pentadbiran
Kak Faizah

Pegawai Kewangan
Noor Amira

Pegawai Perhubungan Awam/ PR
Atikah

Pegawai promosi
Azian

Pegawai tugas-tugas khas
Arome Najla



Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kepada Ilahi, setelah hampir sebulan lebih kami bermusyawarah dan bekerja dalam susunan yang rapi, akhirnya dapat juga saya membentangkan projek ini kepada sasaran pemodal (akhawat).

Bermula daripada pengisian tazkirah, pengenalan dan objektif projek, proposal, financial planning, promotion, dan susunan gerak kerja.
Dan akhir sekali, kami melobi untuk "pinjaman modal".
Dinamakan "pinjaman modal" kerana para pemodal ini hanya meminjamkan modal mereka, dan setelah selesai urusan penjualan dan apabila target keuntungan berjaya dicapai, modal itu semua akan dipulangkan.
100 % keuntungan akan disalurkan kepada Palestine.
Dan tiada bayaran untuk tenaga kerja, tiada keuntungan peribadi yang akan kami kaut.

Kerana nun jauh, di hujung sana...di hari Pembalasan kelak....
Ada keuntungan lain yang kami dambakan....
Daripada Tuhan yang kami percaya dan yakin...
Daripada Tuhan yang kami sembah bermula saat kami dilahirkan hingga kami dimatikan..
Insyaallah..



AKHIR KALAM....

Saya menyeru kepada pembaca blog Halawatul Iman ini, marilah bersama-sama kita bergerak membantu saudara-saudara kita di Palestine.
Sesungguhnya,manusia ini ada dua jenis.
Pertama, orang yang sedih melihat penderitaan seudaranya, dia bersimpati dan berbelas kasihan. Tetapi pada keesokan paginya, setelah dia bangun daripada tidur, dia telah melupakan apa yang dirasai pada hari semalam. Dia kembali meneruskan rutin hidupnya tanpa berfikir untuk melakukan sesuatu.
Kedua, orang yang sedih melihat penderitaan saudaranya, dia bersimpati dan berbelas kasihan. Pada keesokan harinya, setelah dia bangun dari lenanya, dia bergerak untuk membantu saudaranya. Menghulurkan tangan dan meringankan beban.

JADI, KITA MAHU MENJADI GOLONGAN YANG MANA?
TEPUK DADA, TANYA IMAN....



P/S: Kepada sesiapa yang mahu menjadi golongan kedua, sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang tahu betapa bersyukurnya kami dengan keprihatinan anda.

Kami akan mengambil sebarang tempahan daripada anda bermula (14 JANUARI- 20 JANUARI 2008), terutama kepada masyarakat Sheffield dan sesiapa yang berminat di luar sana, kami amat galakkan anda menempah saiz dan pattern terlebih dahulu.

Namun, jualan secara besar-besaran akan dilancarkan semasa Sheffield Games dan Nasyeed Extranaganza 2008 pada 1 dan 2 Mac 2008.
Jadi, bagi sesiapa yang tidak sempat membuat tempahan lantaran jangka masa yang sangat pendek ini, jangan khuatir. Anda boleh mendapatkannya ketika Sheffield Games dan Nesyeed Extravaganza 2008 nanti.

Kami terpaksa membuka tempoh waktu yang pendek untuk tempahan kerana kami perlu membuat pesanan secepat mungkin.
Jemputlah memeriahkan sambutan ini di Sheffield sambil beramal kerana ALLAH.


Pelbagai corak menarik lagi menutup aurat ditawarkan untuk semua muslimin dan muslimat.
Harga t-shirt muslimah-- GBP 10
Harga t- shirt muslimin- GBP 7

Sebarang pertanyaan saiz, corak,dan tempahan, hubungi kami, kami akan berikan katalog untuk anda memilih:

Norshazwani Othman : iman_muslihah@yahoo.com --0751 54321 91
Atikah Latif : teaks_87@yahoo.com---07515464517
Azian: r_zyan87@yahoo.com

Wallahualam....












4 comments:

doodliey said...

tahniah wani..
teruskn usaha k..nak kite tlg promo kt kawan2 dublin tak?? kiter nak order gklaaa wani..suka nyer kite tgk kwn2 kite bersemangat! kite nk joinnn..

ukhwah fillah
alhamdulillah... =)

norshazwani othman said...

huuh,,terima kasih nazie
boleh2..silalah promote..
nanti lps ni kite letak katalog pulak..huhu

imaaaanj said...

salam'alaykum dearest wanie
wanie, nape name laptop awk nurul iman? mcm klaka pulak rase. heheh :p anyway, masyaAllah. terigt zmn2 muda [haha] mase kat kmb. i still remember the board on palestine issues for MPI. i was having trouble and as usual, i cried mcm horror kat meeting. alhamdulillah kite ade shbt2 yg sentiase menenangkan hati kite. alhamdulillah. rindu nye mase2 tu. and now that u've started it again, i think i wanna b part of it. can i? hehe. kite promote kat leeds la. ok x? (^^)

norshazwani othman said...

oh..thank u iman! luv u so much!!