Tuesday 7 October 2008

Jika diikutkan Hati...

Selasa, 7 Oktober 2008
Havelock Street,
Sheffield, UK


Hampir sepurnama lamanya saya tidak mencoretkan sebarang penulisan di blog ini.
Jika bulan Ogos yang lalu, saya berjaya mencatat 7 entries, tetapi pada bulan September ini, halaman Halawatul Iman seakan-akan sepi tidak berpenulis.

Bukan saya sengaja, tetapi himpitan tugas-tugas lain benar-benar menyesakkan saya.
Lalu, "kecintaan saya untuk menulis" ini dipendamkan untuk seketika.
Dipujuk untuk bersabar.

"Nantilah Wani, biar semua benda settle, baru menulis,"

Namun, pagi tadi, saya ditegur oleh seorang sahabat/saudara/kakak yang amat saya kagumi- Kak Aisyah.
Namun, saya lebih senang memanggilnya Kak Aisyah Muharikah, bersempena nama blognya yang cukup membangkitkan semangat saya untuk menulis.

Setelah bertanya khabar disulami sedikit perbincangan, tiba-tiba Kak Aisyah membangkitkan satu topik yang akhirnya mengheret saya untuk kembali up date blog ini hari ini juga.


Muharikah Zainordin: penulisan awak saya suka
Muharikah Zainordin: cuma nak cadangkan tulis pendek2
Muharikah Zainordin: tapi banyak entry
Muharikah Zainordin: sebab kalau panjang2 orang tak dapat follow
Muharikah Zainordin: huhuhhu
norshazwani othman: huhuhuhu
norshazwani othman: mmg nak selalu tulis
norshazwani othman: tapi masalahnya, tak ada masa
Muharikah Zainordin: tulis pendek2
Muharikah Zainordin: jangan panjang2
norshazwani othman: kalau dah tulis sekali, pun dah cukup rasa best..
Muharikah Zainordin: orang akan lebih mudah nak baca
Muharikah Zainordin: train tulis 10 ayat

Memang benar setiap kali saya memasukkan entry terbaru, saya pasti ramai yang tak sanggup baca karangan saya yang panjang berjela itu. (huhu)
Kadangkala ia berlaku tanpa kesengajaan, ditambah pula dengan "kemiskinan" saya dengan masa lapang, saya terpaksa "suppress" kan coretan penulisan saya dalam satu entry.

Selepas berminggu lamanya blog dibiarkan bersawang, barulah halaman ini dijenguk untuk di update.
Memang tak istiqamah!!

Namun, saya benar-benar menghargai perhatian dan nasihat Kak Aisyah. Mengetahui Kak Aisyah sudi menjenguk blog saya pun sudah menjadi satu penghormatan bagi saya. Mungkin kerana saya sangat mengagumi cetusan buah fikirannya melalui penulisannya.

Sebelum ini, saya lebih kerap ditanya tentang tips-tips penulisan oleh rakan-rakan dan adik-adik yang baru menceburkan diri dalam penulisan blog. Saya hanya memberi sekadar yang termampu. Masakan saya layak memberi nasihat itu dan ini sedangkan pengalaman saya sendiri masih berusia setahun jagung.

Saya sebenarnya tidak menyedari kewujudan minat ke arah penulisan ini sehinggalah saya "diseru" untuk menulis blog oleh sahabat baik saya, Nazirah Azman.
Maka tanggal 29 Oktober 2007, lahirlah blog HALAWATUL IMAN ini. Alhamdulilah hingga kini, saya masih lagi mampu bertahan untuk menulis walaupun kadangkala terdapat insiden yang kurang enak untuk diceritakan.

Mengimbau koleksi penulisan saya yang terdahulu, saya dapati lama kelamaan, saya agak cenderung ke arah penulisan cerpen. (Namun saya dapat merasakan dengan kapasiti entry saya yang selalunya berjela-jela, boleh jadi entry-entry tersebut boleh dipanggil novel ^_^ ).

Saya masih ingat satu ketika dahulu, gara-gara bentuk penulisan saya yang sebegitu rupa, saya pernah dipelawa untuk menulis cerpen kanak-kanak untuk satu penerbitan. Namun, dengan berat hati, saya terpaksa menolak lantaran deadline yang begitu hampir dan kerja-kerja yang melambak-lambak.

Hakikat saya menulis bukan untuk semata-mata mempamerkan kebolehan saya menulis. TIDAK SAMA SEKALI.
Kerana saya tidak sama sekali menyimpan cita-cita menjadi "orang sastera".

Tetapi saya berhajatkan agar penulisan saya ini menjadi satu "produk yang bermanfaat" hasil daripada proses pemikiran, pentafsiran dan penelitian saya sendiri terhadap lautan pengalaman hidup yang pernah direntasi.
Jika Doraemon itu wujud di alam realiti ini, mungkin boleh sahaja saya namakan medan penulisan ini sebagai "Mesin Muhasabah Diri"! (Sekadar berseloroh).

Dan lebih tinggi lagi cita-cita saya jika satu hari nanti saya mampu "mengeksploitasi" kemahiran menulis untuk tujuan dakwah. Moga dipermudahkan.


Tidak lama dahulu, sekali lagi, penulisan saya pernah ditegur oleh seorang rakan yang juga tidak kurang hebatnya dalam dunia penulisan. Ketika itu, saya baru selesai menulis entry "Hadiah" bertarikh 29 Mac 2008. Antara potongan perenggan yang menjadi perhatian ialah:

Bumi ALLAH ini sekali lagi diliputi keputihan salji.
Disebabkan bilik air terletak di luar, saya dan peserta yang lain berjalan terbongkok-bongkok menahan kesejukan pagi ditambah kehadiran salji dan angin dingin yang sungguh angkuh bertiup.

Saya disarankan untuk melihat dan mengkaji semula penggunaan ayat "salji dan angin dingin yang sungguh angkuh bertiup" kerana ia dilihat kurang sesuai.
Mungkin ia kedengaran "macam best" dari segi tatabahasa dan lenggok sasteranya. Namun, katanya jika dilihat pada hakikat kejadian alam, alam ini dicipta oleh Allah mengikut sunnatullah. Tidak kiralah kuat atau perlahan kah tiupan angin itu, kesemuanya itu berlaku mengikut landasan sunnatullah, bukan kerana keangkuhan alam itu.
Kerana sesungguhnya alam itu tidak pernah angkuh kepada Tuhan.

Terkesima juga saya mendengar pendapat ini. Terlalu banyak betulnya.
Kadangkala apabila kita terlalu asyik menulis, kita mungkin mengabaikan sesetengah perkara yang mungkin dilihat kecil pada mata kasar kita, walhal ia mungkin memberi impak yang kurang diingini.

Saya kira saya perlu berhenti di sini dahulu untuk mengelakkan "accident" dan menulis lebih panjang lagi. Jika diikutkan hati memang saya mahu menulis dengan lebih kerap, moga saya mampu memanfaatkan masa dengan lebih bijak lagi pada masa akan datang.

Oh ya..tips Kak Aisyah tadi sangat berguna..Tulis pendek-pendek..tapi kerap..Train menulis 10 ayat..Tapi..err..dah berapa ayat dah saya tulis kali ni ya? hehe..

.......................................................................................

Oh ya..saya rindu betul pada adik-adik di bumi Kenyalang dan Bumi Bawah Bayu..


Video Sekolah Sains Kuching



Jaulah Kuching



Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu



Persembahan Pelajar SMKAK




Jazakallah kepada Ketua Fasilitator, Akh Hijaz atas video-video ini!

Oh ya..adik-adik penasyid SMKAK nanti boleh jumpa geng Munawwar untuk diuji bakat! ^_^




6 comments:

nurinkhairi said...

salam
kte pun rasa yang penulisan awak ni cam tulis essay/cerpen..not to say that you should not neglect the grammatical correctness ke apa in your blog..just a bit of abridging wud be neccessary while still maintaning the gist of your entry. and yeah,most of the time, setiap entry awak,awak campurkan banyak2 cerita..sampai ada fasa2. sampai maybe org jemu nak baca pjg2..sorry..

what i'd suggest is that when you post, go to 'post option' (at the very bottom of your posting box in blogspot), and edit la dia nyer tarikh. cam eventho you are not writing on dat tarikh tapi xpela.. the important thg is you boleh separate you punya entry into two or three different dates. i sometimes do that too.

lotsa love.
*~dib~*

norshazwani othman said...

salam

huhu,,baik2..baik terima kasih kak..tak payah minta maaf, i really appreciate your comment..kan untuk penambah baikan..apa salahnya kan? huhu

anyway, i am working on writing seriously in english, but not in this blog..huhu..

lots of love to..
wani
(depan rumah akak je)

Anonymous said...

hehehe.... wani, ingatkan ada iklan PMS kat sini.. belum lagi eh?...hehehe... ni saya kira ayat awak ada dalam 100 ayat..heheh... gurau je...

ada masa perlu panjang.. ada masa perlu pendek... biar pembaca menilai nak baca mana satu...saya pun dah lama tak menulis... huhuhu...tulis panjang2 i mean...

norshazwani othman said...

belum..belum..jap lagi..siap lah kita letak semua poster pms kat blog ni..jap lagi perang poster pms akan dilancarkan ..siaplah blog akak nanti..haha..tak adalah..gurau je..

Anonymous said...

salam wani..

aduh, rugi nya tak dapat nak join Jaulah Borneo...

huhu...kalau org lain gembira tengok video2 yang ada, i'm actually quite sad tak dapat pergi..

tp, most importantly, Allah Knows What's Best 4 At All Times =)

Keep those up!
JazakaLLah posting the videos.

norshazwani othman said...

Salam..

Oh..mesti ada hikmah tak dapat pergi..tak apa..next year, azri macam bersemangat nak buat kem lagi..kami di uk ni, cuti semakin pendek..tak tahu berkesempatan lagi ke tak nak pergi..

anyway, semoga apa jua yang dilakukan semasa cuti lepas bermanfaat utk diri dan org lain..

wasalam