Friday 14 December 2007

SAYA TAKUT. TOLONG SAYA.

SAYA RASA SAKIT.SAYA TAKUT.


Jumaat, 14 Disember 2007,

11.45 pm.

Saya rasa sakit.
Betul-betul sakit.
Jiwa saya sakit.

SAKIT.

Wahai IMANKU...
kamu bagaimana? Kamu cedera kah?

SAYA TAKUT.

YA ALLAH.....mengapa?



SAKIT TAZKIRAH, SIHAT TAZKIRAH, SEMUA BENDA TAZKIRAH.

14 November 2007,
56 Brunswick, 10.15 am.


"Sekarang, mari kita buka kepada sesiapa yang tersentuh dengan mana-mana ayat daripada Al Mulk yang kita dah baca tadi," Kak Nik Mun memecahkan keheningan pagi itu.

Pagi itu, kami berkumpul sekali lagi.

Hati-hati berkumpul kerana mengasihi-MU Bertemu untuk mematuhi-Mu Bersatu memikul beban dakwah-MU.

"Jihan rasa, Al Mulk ni sebuah surah yang diturunkan sebagai surah peringatan. Tazkirah. Jihan nak cerita kisah Jihan dengan pesakit psikiatri ni...." tutur saudara usrah saya, Kak Jihan Tan.

Saya suka mendengar kata-katanya.
Tuturnya petah. Ideanya bernas.

Pelajar perubatan tahun ke empat ini sering membuatkan saya membuka minda dengan lontaran pendapatnya. Kadang kala, hujahnya membuatkan saya terjaga daripada lamunan.
Saya masih ingat lagi..kata-katanya yang benar-benar meruntun hati saya.

"Penurunan Al Mulk ni sebenarnya Allah nak suruh kita sentiasa ingat with everything we encounter in this life. Every single thing in this life is tazkirah. Sakit sebenarnya tazkirah, susah is tazkirah. Even kesihatan dan kesenangan juga sebenarnya tazkirah,", gadis kacukan Cina ini berhenti seketika, mengambil nafas.

"Allah nak kita sentiasa memuhasabah diri. Masa lapang kita juga is tazkirah.Sebab semua benda yang kita buat kat dunia ni akan disoal kelak, no escape," sambungnya, begitu bersemangat.

Saya tersentak.
Masa lapang juga tazkirah? Biar betul...Saya termenung.

Medic first year di Sheffield memang tidak sesibuk mana. Terlalu banyak masa lapang jika dibandingkan dengan International Baccaulaureate yang pernah saya tempuh dengan penuh kesabaran sedikit masa dahulu.

Berapa banyak masa yang telah saya bazirkan di sini?
Dan berapa banyak lagi masa yang berbaki?

Saya benar-benar tersentak.



TAUTAN HATI.

Usrah dan Naqibah terlalu sinonim.
Terlalu intim.

Sekali lagi, Kolej MARA Banting menjadi titik pertemuan saya dengan SANG USRAH yang selama ini, tidak pernah saya kenal.
Kenapa perlu USRAH?
Ada apa dengan USRAH?
Apa pentingnya USRAH?

Atikah.
Secara jujur, saya suka peribadi Atikah.
Secara jujur, saya mengundi Atikah ketika pilihan raya Majlis Wakil Pelajar KMB kerana saya suka peribadinya, penampilannya.
Sungguhpun pada ketika itu,saya tidak pernah mengenalinya, hatta tegur sekali pun.
Hanya sesekali, dia melemparkan senyuman manisnya kepada saya.
Mungkin inilah percikan daripada tarbiyah keluarganya yang hebat.

Atikah suka bercerita.
Saya paling suka mendengar cerita tentang keluarganya.
Ibu dan ayahnya bukan calang-calang orang.
Aktif bergiat dalam usrah sejak belum berkahwin lagi.

"Siapa tidak kenal DR. LATIFF?"
Begitulah kata bapa angkat seorang lagi sahabat saya , Arome, bernama Dr. Iqbal.
Saya kagum mendengar cara asuhan anak-anak dalam keluarga ini.
Sejak kecil sudah mendengar perkataan nasyid, usrah, tamrin.
Subhanallah.

Saya memang tidak dilahirkan dalam keluarga yang berkecimpung dengan usrah.
Ibu dan ayah tidak pernah bercerita tentang usrah.
Namun begitu ibu dan ayah tidak pernah mengabaikan pendidikan agama dan rohani.
Dihantarnya saya ke sekolah agama.
Diajarnya saya mengaji al quran.
Saya bersyukur.
Terima kasih mak, terima kasih ayah.


Dr. Fuziah.
Satu lagi nama yang membawa saya mengenali usrah.
Lembut wajahnya, tenang air mukanya.
Gigih bermujahadah menyampaikan risalah kepada kami.
Tidak pernah jemu datang bertandang melawat kami.
Hujung minggu ditinggalkan sebentar anak-anak dan suami untuk mencurahkan ilmu dan bakti terhadap kami.
Surau Annur menjadi saksi ikatan halaqah kami.
Kata-katanya sampai jauh ke dasar hati.
Sesekali mengejutkan lena SANG IMAN yang tersembunyi di dalam nurani.

Usai menyebarkan kalam dakwah dan makanan rohani,
Dihidangkan kami dengan masakan air tangan sendiri,
Direnungnya kami, dibelainya kami.
Dengan penuh kasih yang tidak terperi.

Ditautnya kami dengan ikatan cinta abadi.
Bernama TAUTAN HATI,
Ikatan cinta sesama kami.
Yang sehingga kini, saling merindui.

Ezzathy, Aisyah khaulah, Iman, Aminatul Munirah, Atikah,Aliyah Natasya, Adilah, Wan Maisarah, Norshazwani.


Saat ini, hati sudah terpaut dengan keindahan dan kecantikan.
Keindahan Halaqah, Usrah, Islamic circle.
Saya benar-benar jatuh hati.



SAYA MASIH INGAT, DAHULU, SUATU KETIKA...


Saya melihat sesuatu di dalam diri para naqibah saya.
Kak Fuzi, ketika saya sedang merangkak-rangkak mengenali keindahan Islam.
Kini,
Kak Nik Mun dan Kak Faizah hadir dalam hidup saya.
Saya melihat satu titik persamaan.
Semangat jihad para pejuang mujahidah.

Hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa hati kecil ini melonjak bertemu insan bernama
NIK MUNIRAH.
Jiwa saya segar disimbah titisan mutiara TAFSIR, HADIS, SIRAH dan AKHLAK setiap minggu.
Almari buku saya bukan sahaja penuh dengan buku-buku rujukan MEDIC yang dipinjamkan oleh seseorang insan yang sangat baik hati,
tetapi juga dilengkapi dengan buku tarbiyah jiwa yang dibekalkan oleh naqibah muda ini.
Kadangkala tidak kedekut membawa kami mengambil angin luar dengan kereta kecilnya.
Tidak ralat memberi pengisian sunggupun baru pulang dari on call seharian suntuk di hospital
Hati memuji. Hati bertasbih.

Kehadiran Kak Faizah juga menambahkan bibit manis kehidupan awal saya di bumi Sheffield ini.
Gadis kecil, tetapi bertenaga.
Bersemangat.


SAYA MASIH INGAT,
DAHULU,
SUATU KETIKA...

Jiwa saya tertanya-tanya...
mengapa mereka semua ini ingin menjadi naqibah?
Apa bagusnya menjadi naqibah?
Selain daripada memendekkan masa lapang,
Selain daripada mencuri masa mengulang kaji pelajaran,
Selain daripada menahan rasa terhadap sesetengah mad'u yang tegar hatinya untuk hadir ke usrah,
Selain daripada terpaksa tergesa-gesa menyediakan bahan usrah,
Selain daripada mengeluarkan kos travelling,
Kenapa masih lagi ada orang menjadi NAQIBAH?

Saya benar-benar kabur ketika itu.
Saya tidak nampak.

Hari ini,
Mata sudah terbuka,
Minda sudah mula pandai mencerna,
Tentang hakikat hidup,
Erti hidup.
ERTI HIDUP PADA MEMBERI.


SAYA MASIH INGAT,
DAHULU,
SUATU KETIKA...

Saya bergelar naqibah kerana dilantik.
Kerana pernah bersekolah agama.
Kebetulan berkenalan rapat dengan UKHTI EZZATHY..
Yang mengetuai pucuk pimpinan BADAN TARBIYATUL MUSLIMAH.

Rendahnya diri saya ketika itu,
Hanya menerima pelantikan,
Tanpa ilmu di dada,
Tanpa mengetahui makna sebuah jihad
Tanpa mengetahui harga sebuah USRAH.

KECILNYA DIRI SAYA KETIKA ITU.
SAYA MALU DENGAN DIRI SENDIRI.




SAYA BUKAN KEMARUK!!

10 Disember 2007, 9.00 am.
Di hadapan Dell Inspiron 1420.


farahinfarahin: Kak, farahin suka sangat baca blog akak. Teringat Farahin pada akak dan
kawan-kawan akak, bersemangat dengan dakwah, usrah.

iman_muslihah: Farahin, akak menulis bukan untuk sekadar bahan bacaan. Akak menulis bila
terdapat pengisian.

farahinfarahin: Kak, sebenarnya pemakaian ni melambangkan iman ya kak? Farahin tengok,
batch akak dulu ramai bertudung labuh compare dengan batch kita orang.
Batch kitorang ni tak ramai pun pakai tudung labuh.

iman_muslihah: Astaghfirullahal azim. Dik, iman bukan dilihat pada pakaian. Tetapi apa yang
ada dalam hati, amalan. Contohnya, adik tengok, mungkin tudung akak lebih
labuh daripada tudung Kak Nazie, Kak Iman, tapi siapa tahu, dalam hati
mereka, iman mereka lebih hebat, lebih kuat. Hanya Allah yang tahu.


Tersentuh hati saya dengan pertanyaan adik ini.
Iman bukan sewenang-wenangnya dinilai pada pakaian, pada keturunan.
Tetapi apa yang terselindung di dalam hati.

Apabila kita berada jauh daripada perkara yang menjadi kelaziman, kita akan banyak berfikir.
Setiap hari Allah beri saya peluang dan masa untuk berfikir.
Berfikir dan berfikir.
Merenung dan merenung.
Sehingga satu hari, hati terdetik.

AKU MAHU JADI NAQIBAH.

Menjadi naqibah bukan kerana saya pernah bersekolah agama.
Bukan kerana saya bertudung labuh.
Bukan kerana saya pandai menyusun kata-kata.

Saya bukan kemaruk ingin menjadi naqibah...

Tetapi...
Suatu hari nanti...
Saya mahu menjadi naqibah.
Bukan naqibah yang dilantik.
Tetapi naqibah yang dilatih.
Dengan asas ilmu yang mantap.
Dengan hati yang bersih.
Dengan jiwa yang penyayang.


WAHAI 5 TAHUNKU YANG BAKAL MENDATANG.....

Fasa kehidupan baru yang menjadi fokus...
5 tahun yang mendatang..
Terlalu banyak perkara yang perlu saya fikirkan..
Bagaimana mahu saya penuhi masa 5 tahun ini?
Cukupkah sekadar bangun pagi, ke kuliah, kemudian pulang, mengulang kaji...
Kemudian kitaran sama berlaku pada hari esok, lusa, dan seterusnya?

YA, BETUL KATA KAK JIHAN...
MASA LAPANG IS TAZKIRAH...

Bagi diri saya yang terlalu fakir,
bekalan ilmu yang terlalu banyak compang camping,
Terlalu jauh jalan yang perlu saya tempuhi,
Terlalu banyak ilmu yang perlu saya kutip,
Mungkin bagi sesetengah orang ,
Masa belajar ialah masa untuk enjoy,
Masa untuk menikmati hidup,
Sebelum diri diikat dengan alam pekerjaan,
Ada yang asyik dengan percintaan,
Tak kurang juga...
Ada yang sudah berfikir-fikir untuk berkahwin.

Fasa 5 tahun sebenarnya tidak panjang..
Entah-entah, panggilan Ilahi bakal menjenguk walaupun tidak diundang,
Mana saya mahu mencari masa untuk persiapkan diri?
Mana mahu saya mencari masa untuk mentarbiyah diri?
Mana mahu saya mencari masa untuk membimbing bakal mad'u?
Jika IZRAIL..TIBA-TIBA DATANG MEMANGGIL...



15 Disember 2007, SABTU.

8.00 PAGI.

Semalam, lewat saya masuk tidur.
Lama saya memandang skrin lap top.
Pandangan kosong.
Terpaku.
Kelu.
Hati merintih.
Sesekali tangan mengusap air mata jernih.
Entah mengapa saya berasa sedih.









13 comments:

Little Mo-On said...

wani... i was reading ur blog after reading another person's. both touched my heart.

btol, bukan kemaruk nak jadi naqibah, or nak 'status' dlm dakwah. jauh skali. pinjam kata wani, makna hidup pada memberi. memberi pada yang nak, memberi pada yg bersedia, memberi pada yg x nak, dan memberi pada yg membenci. hidup ini susah (kalau hidup di jalan dakwah apetah lagi...), dan ianya panjang.....

memberi atas dasar ukhuwah, ukhuwah yg menjalinkn kaum ansar dan muhajirin, ukhuwah yg hanya berlandaskn satu - 'urwatul wusqa'... isk isk, rindunya hari2 di KMB...

subhanallah... nnt dtg leeds kt bwk awak jenjalan... rasakan kerinduan, lama 3 bulan x bersua...

norshazwani othman said...

kite memang nak datang ni mun...insyaalah..kejap lagi sampai...tak sabar...
nak menghiburkan hati yang tiba-tiba hiba~~

teakos hebat ==p said...

uuu...wanie~~kt xsangke awk pon rase cmtu..kt kan, since usrah hr tu, tiba2, i didnt feel excited nk oliday dh..takot sgt..
tp kan wanie,kt yakin we can make it together,if we keep reminding each other..~~(hey it kinda rhymes huh?..hehe)
p/s: kalo ade mase free mehla tlg kt carik sponsor after 30th nnt kat city, darnall n kedai2 islam len kat sheffield~~wee~~p
k wanie, u really have a gift of writing dear~~nice piece! keep up d good work me fwen!
luv ya! muahs!!=p
wslm~~p

norshazwani othman said...

oh..boleh2..insyaalah...kita redah musim sejuk sama2..redah salji ke..(kalau ade)..hehhe..mesti bila dah tua nanti..igt memori ni same2..kan?

.:An-Nur:. said...

assalammualaikum wbt.

ishk.. sedih + rindu + sunyi tanpa antunna.. tringat memori kat kmb.. level kt macam dah berbeza.. kt still merangkak.. korg cam dah berjalan.. nnt kalo korg dah mula berlari ke syurga Allah, jangan tinggalkan kt terkapai-kapai kt blakang.. kt nak masuk jannah Allah jgak!! [sedih]

.:An-Nur:. said...
This comment has been removed by the author.
norshazwani othman said...

aliyah???..napa ckp mcm tu??..kita sedih..kite takkan tinggalkan awak...takkan...insyaalah..kita janji...kita akan bersama-sama ke syurga...walaupun mengengsot..

imaaaanj said...

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

[kite nanges~]

rindunye perjuangn kite sume kat kmb. rindu sgt pade teman2, yg setiap minggu kite duduk bersama, mencari intipati usrah utk kawan2 lain kat kmb. ya Allah, berkatilah usaha kami. dan istiqamahkanlah kami di jalan ini! ameen~

rindu~~

norshazwani othman said...

iman...kite suka sgt dpt jumpe iman..terbalas rindu kita..walaupun sebenarnya byk benda lagi kita nak ckp...tapi beberapa minit sesi luahan hati ke hati kita tu sgt bermakna..i appreciate it a lot...kita lega dpt tgk iman..betul2 lega..

doodliey said...

salam..
wani, pasni nnt dtg dublin kite nk dgr sesi luahan awak live lak ok.. hehe..mana aci bg kt iman jer... =P

beshnye nnt ade wani, lah, wina, farah, fuad..hmm ade sape2 lagik nk dtg dublin ka?? jom3!! =)

PS: kite xleh jadik tourist guide korang sbb kiter pon x gheti jalan kt dublin yg serba besar macm bumi london tuh..haha..nnt kite import mana2 senior jadik tourist guide eh.. sediakan duit euros korang utk blanja kite kebab! hehe..

PSS: sekali lagi entry awak sgt menyentuh hati sang pembaca seperti kite..teruskan berjuang dgn mata keyboard tuh ye..leh la kite pencen blogging dah pasni.. hehe.. =P

norshazwani othman said...

ish..jgnlah pencen nazi..belum 55 thun lagi.huhu...kite berterima kasih kat awak..awak yg galakkan kite menulis...kalau tak..entahlah..sampai bile2 kite tak menulis...berjuang dgn mata keyboard..peribahasa baru..kite mekain sayng kat lap top kite ni~hihi..kite nak namakan laptop kite nurul iman...hihi..comel tak?

minal Qalb said...

Assalamualaikum ya sohibah~

Wani~ rindu,hiba,cemburu,cinta dan penuh makna semua terkumpul menjadi SATU.
Jazakillah khairan kathira ya ukht.
Teruskan mengasah mata pena demi tuntunan jihad.
Kita masih tertatih-tatih di belakang.
Salam rindu dan penuh rasa cinta buat sahabat2 di bumi Uk n ire

hidayah habil said...

salam.
wani, menulis kerana Tuhan, takkan berhenti sampai dipanggil Tuhan.
Keep writing sis!

=)

p/s:knl ?jenguk2la blog sy juge.hehe~