Friday 18 April 2008

AYAT-AYAT CINTA


DEAREST WANI.....



19 APRIL 2008

SABTU, 7 AM.


Semalam, saya telah menghadiri Annual Grand Dinner SMSA (Sheffield Malaysians Student Association) 2008 bagi meraikan senior final year yang akan pulang ke tanah air setelah beberapa tahun merantau memenuhkan ilmu di dada.

Saya pandang kanan dan kiri.
Ramai. Dan ada beberapa raut muka yang tidak pernah saya jumpa.

Sejak akhir-akhir ini, banyak acara yang dianjurkan membolehkan kami bertemu.
Bermula selepas majlis Tahlil akhir hujung Esther yang lalu, diikuti SMSA Day out di Weston Park dan semalam Annual Grand Dinner.
Kebetulan keluarga angkat saya memang "kamceng" dengan aktiviti SMSA, maka setiap aktiviti yang dianjurkan, saya berpeluang memeluk ibu angkat saya dan mengucup pipi adik-adik angkat saya.
Dan bapa angkat saya, yang dahulunya , tersangat pemalu, sudah pandai membuat lawak-lawaknya yang selamba dan beramah mesra.
Dahulunya, saya kurang berpeluang bertemu teman-teman yang mengambil course Chemistry, kini, hubungan itu kembali "hidup".
ALHAMDULILAH...

Kemudian, saya meninjau wajah-wajah sahabat-sahabat rapat saya.
Semuanya kelihatan gembira.
Teman serumah saya.
Teman seusrah saya.
Kakak-kakak yang sememangnya sentiasa membantu saya dalam apa jua perkara- Kak Nik Mun, Kak Jihan, Kak Eli, Kak Alia, Kak Sofi, Kak Faizah dan beberapa nama lain lagi yang terlalu banyak untuk saya senaraikan di sini.

OKTOBER 2007 yang lalu, permulaan kepada segala-galanya.
Saat itu, kami bertemu.
Dan kini, kami masih berukhuwwah.
Kemudian, apabila tiba satu tempoh nanti, kami pasti akan berpisah.
Dan semestinya, perpisahan itu pasti kerana ALLAH.

UKHUWWAH memang AJAIB!

Namun..
Tiada satu pun CINTA di dunia ini dapat menandingi CINTA ALLAH kepada hamba-Nya.
Ambillah 7 buah lautan..
Atau 7 buah benua..
Atau 7 tingkatan langit..

PASTI TIDAK DAPAT MENANDINGI CINTA dan SAYANG ALLAH pada HAMBANYA.


Fikiran saya berputar sekali lagi.
Sementara menunggu meeting online KEM XPLORASI "JOM JAUHLAH" yang diimamkan oleh amir kami, Saudara Azri, saya bermain dengan tetikus komputer, klik file ini. Kemudian, file itu.
Dan akhirnya, saya telah menghalakan cursor ke arah file "KAK JIHAN".
Kemudian, KLIK!

Kak Jihan adalah kakak seusrah saya.
Tapi, sebenarnya, dia lebih daripada seorang kakak usrah.
Dia antara salah seorang senior yang banyak membantu saya, terutama dalam akademik.
Selalu juga saya "mengganggunya" dengan bertanya itu dan ini seperti "macam mana nak buat ni kak?", "susah tak kak?", "akak kena tolong ni sebab wani tak pandai buat.." dan banyak lagi soalan yang saya kira boleh menyesakkan fikirannya.

Namun, persoalan yang bertalu-talu daripada saya tidak pernah membuatkan senyumannya pudar.
Kadangkala, saya akan menghantar file atau kerja saya melalui YM untuk diperiksa olehnya.
Dan yang membuatkan saya terharu ialah setiap kali saya menerima kembali feedback, pasti ada "ayat-ayat cinta" yang selitkan bersama.

Dearest Wani,

Alhamdulillah. This is a better entry for your significant event. Well done masyaAllah. Please don’t be alarmed by the number of highlights you will see in this essay. InsyaAllah you will develop a better understanding of both English proficiency and medical knowledge in producing a better entry. Everything comes with practise. Don’t be demotivated to keep on improving this essay. Lepas wani correct this essay, pls send it again to me, so that we can produce a better one the third time around insyaAllah. ;)

Love and hugs,

Jihan.


..............................................................................................................

AYAT-AYAT CINTA DARIPADA UMMI..

12 April 2008
Medium pengantaraan- Yahoo Messenger.


zahrah mohd yahaya: yg wanie bg tu kan...abi sedang pakai...
zahrah mohd yahaya: abi suker sangat...
zahrah mohd yahaya: tq a lot abi kater
zahrah mohd yahaya: alif pulak sedang sibuk main sticker2 yg ader dlm buku yg wanie bagi tu
zahrah mohd yahaya: sonok adik2 kakak diaorg bagi
zahrah mohd yahaya: ummi yg paling best sekali...jubah tu ummi nak pakai rayer...hi...hi...

iman_muslihah: oh, maaf ummi lambat reply.
iman_muslihah: ok tak jubah tu?

zahrah mohd yahaya: ok...bukan sajer ok....cantikkkk sangat
zahrah mohd yahaya: maklum la...anak kesayangan bagi...hi..hi..
zahrah mohd yahaya: ummi terharu...sedari mula mengenali wanie...

iman_muslihah: huhu, syahdu lah pulak.

zahrah mohd yahaya: disaat jauh ngan family kat Malaysia...ader insan yg rapat dan mesra seperti adik beradik @ anak beranak
zahrah mohd yahaya: abi pun merasakan 'ikatan' kekeluargaan kita ni

Ketika saat itu, bergetar hati saya mendengar "ayat-ayat cinta" ibu angkat saya ini.
Gembira, bersyukur, terharu semua bercampur baur.

Saya tidak menyangka Allah terlalu penyayang sehinggakan memberi saya satu demi satu nikmat cinta dan kasih sayang tanpa putus-putus.
Sedangkan saya terlalu banyak cacat dan cela.
Saya tidak tahu bagaimana rupanya rekod amalan harian saya yang dilaporkan oleh Sang Rakib dan Sang Atid.
Sedangkan nikmat Allah mengalir tidak henti-henti.

BERSYUKURKAH SAYA?

....................................................................................................................


SAYA DAH NAK EXAM NI....


28, 29, 30 May nanti saya akan menghadapi peperiksaan sulung saya sementelah satu semester bergelar pelajar perubatan tahun pertama di Sheffield ini.
Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan dan kekuatan untuk saya hadapi ujian dunia ini dengan cemerlang.


Sejak akhir-akhir ini, saya banyak memcetak gambar-gambar keluarga dan kemudian sengaja saya hiasi meja tulis saya dengan gambar tersebut.
Malah, entah mengapa, kebelakangan ini juga, saya seperti mahu sahaja berchatting dengan ibu angkat saya.
Minggu lepas entah berapa kali saya menelefon ummi tetapi sayangnya, ummi sedang sibuk menguruskan nursery bersama rakan kongsinya.
Namun, dapat berbual-bual dengannya selama beberapa minit sudah memadai membuatkan saya gembira.
Dan setiap hujung minggu, saya paling tidak sabar untuk menelefon keluarga di Malaysia.

Mungkin disebabkan bahang peperiksaan yang semakin dekat membuatkan saya sentiasa mahu berdamping dengan orang yang saya kasihi.
Kerana semangat untuk menempuh cabaran itu akan lebih membara dan berkobar-kobar apabila adanya kehadiran orang yang disayangi.

Ibu saya baru sahaja menghantar pesanan ringkas (SMS) yang penuh dengan "AYAT-AYAT CINTA" seorang ibu untuk anaknya:

"POSKAD DAH DAPAT. SALAM RINDU DARI KELUARGA. MOGA SHT SLAMAT CRIA CMERLANG DLM PELIHARAAN ALLAH.MAK DAN AYAH SNTIASA IRINGI DOAKAN KEJYAAN SGLA LAPANGAN TERUTAMA WKTU EXAM. NANTI MAK DAN AYAH BUAT SOLAT HJT. BILA WAKTU EXAM DAH NAK DKT, INGTKAN YA!"


Kerana dasar itu itulah saya sentiasa menasihati diri saya supaya sentiasa menyayangi orang lain termasuk makhluk ciptaan Allah yang lain.
Dengan harapan, supaya bukan sahaja saya disayangi oleh mereka, tetapi yang paling utama, saya disayangi oleh DIA- Arrahman dan Arrahim..
Dan alhamdulilah, setiap hari saya berpeluang menatap dan membaca "ayat-ayat cinta" dari-Nya- kalimah agung AL QURAN NUR KARIM.


Doakan agar saya mampu tempuhi ujian ini dengan ketabahan dan beroleh petunjuk dari Allah, insyaalah...

4 comments:

rusnarusli said...

salam, wanie... semoga berjaya n all the best dlm exam... insya Allah berjaya ~amin~ doakan kte jugak ye.. sayang wanie~

norshazwani othman said...

wasalm..

huhu..sayang rusna juga~
rusna dah byk kali exam..mesti dah kebal..huhu..nanti bagi tips tau..hohohe~

doodliey said...

salam..
wani, alhamdulillah, syahdu betul entry awak nih.. jazakillah..kite sbg sahabat awak turut rasa tempiasnye..alhamdulillah seronoknye baca kisah perubahan insan2 terpilih ni.. untungnye awak dpt memanfaatkn peluang yg Allah bagi utk berdakwah bukan shj saudara2 semalaysia tp juga saudara2 kite di peringkat international.. moga kita semua tsabat di jalanNya..

sama2 kita doakan for each other k..kite tgh study leave ni by the way..
mari bermujahadah bersama..kirimkan salam sayang kt teaks ngan kak alia ngan ahli2 usrah awak yg lain k.. =)

norshazwani othman said...

ohh

jazakillah ukhti...kita harap kita dpt bersama buat kerja dakwah ni..nazi awak tau tak..usrah lps, kita mention psl awak ..kwn yg selalu risau....risau tentg saudara nya yg lain...kita gunakan contoh awak untuk naikkan smgt betapa sifat concern terhadap saudara itu adalah sangat perlu dlm jiwa daie..and u are the one who i admired about this..selalu fikir pasal org lain...kita hrp sgt2 kalau kita dpt berkumpul sekali lagi kan utk berdakwah sama2..tak pe..lps kita grad, kita kumpul sama2, jadi doktor yg berdakwah iA..jgn lupa bawa anak2 awak sekali ya masa program2 atau usrah ..mesti comel mcm ehsan..hik hik..