Saturday 26 April 2008

ITU DOA SAYA



SATU HARI PERMAI DI KMB

Sekitar Mac 2007
Kolej MARA Banting, Selangor, MALAYSIA



"Kak, hari ni saya dah pakai tudung dari pagi sampai sekarang. Saya tak buka lagi tudung setakat ni!!!" jerit kecil adik usrah (mad'u) saya.

Ketika itu betapa Allah sahaja tahu gembiranya hati kecil saya mendengar pengakuan adik usrah saya ini.

ALHAMDULILLAH.

Mungkin bagi sesetengah orang, apa sangatlah yang ada dengan mengekalkan memakai tudung tanpa membukanya hingga tamat sesi persekolahan.
Hanya perubahan kecil.
Tetapi bagi saya, naqibah dan kakak kepadanya, perubahan kecil ini adalah sangat besar bagi saya.
Perubahan kecil yang perlu saya raikan.

Hari Jumaat, adalah hari yang paling mendebarkan bagi saya. Mungkin bagi sesetengah pelajar KMB hari jumaat adalah hari paling menyeronokkan kerana mereka akan pulang bermalam untuk hujung minggu. Atau mungkin hari Jumaat adalah hari terakhir dalam setiap minggu persekolahan.

Tetapi bagi saya, hari Jumaat adalah hari di mana saya akan berhadapan dengan mad'u saya semasa sesi usrah KMB.
Ketika itulah saya akan diuji tanggungjawab saya membawa tugas seorang naqibah.
Ketika itulah saya akan diuji sejauh mana saya mampu menyebarkan kalimah allah.

Kesemua mad'u saya mempunyai keunikan tersendiri.
Salah seorangnya, junior saya, kelahiran Perak.
Cukup jika saya gambarkan dia seorang gadis yang amat academic-oriented dan mempunyai buah fikiran yang matang.
Pada mulanya, saya sukar untuk memahami pemikiran dan rentak hidupnya.
Sukar untuk saya menelah apa yang difikirkan.

Tetapi sedikit demi sedikit, semacam ada "tali hikmat" yang menarik kami.
Sering juga dia datang ke common room blok E, iaitu tempat kegemaran saya untuk menelaah pelajaran.
Dia datang bukan untuk bertanya tentang mathematics Higher Level, atau Chemistry atau apa-apa subjek, tetapi perkara-perkara yang lebih abstrak untuk saya jawab.

Dan hari itu, hari yang sungguh indah.
Sungguh permai.
Entah mengapa wajahnya cukup berseri-seri dengan tudung litupnya berwarna biru laut.
Saya masih ingat lagi.
Ketika itu terdapat brooch rama-rama tersemat di bahunya
Sungguh manis sekali dia bertudung.

Secara jujurnya, sepanjang saya bergelar naqibahnya, tidak pernah saya menyuruh dia mengubah imejnya secara drastik.
Apatah lagi memaksa atau menyindirnya.
Hati saya tidak sanggup merenggangkan ukhuwwah yang cuba saya jalinkan selama ini.
Berdakwah perlu disertai dengan kasih sayang.

Tanpa kasih sayang, dakwah itu hambar.
Tanpa ukhuwwah, dakwah itu pudar.

Islam itu agama nasihat.
Maka nasihatilah saudaramu dengan kasih sayang.
Teguran itu perlu.
Maka tegurlah saudaramu dengan cinta dan penuh kehormatan.

Dan sehinga hari ini, di hati saya, dia masih bertakhta sebagai adik usrah saya yang amat saya kasihi.
Terdapat juga kawan-kawannya yang diperkenalkan kepada saya melalui Yahoo Mesengger dan emel untuk mendapatkan sedikit nasihat dan kata-kata perangsang.

Syukur alhamdulilah.
Selagi hayat dikandung badan, saya tidak putus-putus berdoa, agar kudrat wanita yang mengalir dalam tubuh saya ini akan digunakan untuk MEMBERI.

......................................................................

"KITA SUKA PANGGIL NAMA AWAK"

Sekitar hujung February 2008
Sheffield, United Kingdom

Ketika itu, saya sudah berjanji dengan seorang sister USIC iaitu sister yang saya kenali melalui beberapa aktiviti anjuran Islamic Society di university.
Sister Habsah, namanya.
Melalui dialah saya mendapat bantuan poster-poster PALESTIN ketika pameran dan booth Projek Palestin.
Dan, kerap juga saya bertemu dengan sister Habsah untuk bertanya soalan berkaitan Medicine dan nota-notanya.

Kami berjanji untuk bertemu di kawasan concourse university.
Tiba-tiba ketika mata saya melilau mencari kelibatnya, mata saya tertarik ke arah sesuatu.
Dari kejauhan, sayup-sayup saya lihat satu susuk tubuh yang amat saya cari-cari sejak kebelakangan ini.

Seorang sahabat Malaysia saya yang sebenarnya baru saya kenali di bumi Sheffield ini beberapa bulan yang lalu.
Tetapi apa yang membuatkan hati saya melonjak-lonjak mahu bersua dengannya ialah bilamana saya mendengar berita "penghijrahannya".

"Penghijrahan" yang sungguh meruntun hati saya.
"Penghijrahan" yang membuatkan hati saya berbunga ceria.
"Penghijrahan" yang menyentuh naluri saya.

"Penghijrahan" yang membawa seribu satu perasaan yang sukar dimengertikan.

"Izzati!!!," saya menjerit kecil dari jauh.
"Eh Wani!!," balasnya.

Kami berpelukan erat.
Ya, saya peluknya dengan seerat mungkin.

Seusai pelukan diuraikan, saya tatap wajahnya.
Wajahnya yang baru.
Wajahnya yang lembut.
Wajahnya yang kini dihiasi dengan hijab di kepalanya.
Sunggu ayu.

Ketika itu, hati saya tidak putus mengucap kalimah tahmid.
Jiwa ini tersentuh melihat "penghijrahan" yang dilakukan.
Bukan sehelai tudung yang menghiasi kepalanya menjadi titik fokus.
Tetapi kelembutan hatinya yang ingin berubah.

Memanggil namanya sahaja sudah membuatkan saya "cair".
Manakan tidak, namanya seiras dengan nama sahabat yang amat saya cintai di Australia sana.

Suatu hari, saya pernah berterus terang dengannya.

" Izzati, tahu tak..kita suka betul panggil nama awak," saya membuat pengakuan, jujur.
"Iya?, kenapa?" tanyanya.

Saya renung wajahnya.

"Sebab Izzati mengingatkan kita pada kawan baik kita di Australia," jawab saya.

Bukannya disebabkan nama yang sama membuatkan hati saya mengimbau nostalgia lama, tetapi, kelembutan hati kedua-dua gadis yang hadir dalam hidup saya ini yang membuatkan saya terpana. Kagum.

Dan ketika Sheffield Games 2008 yang lalu, dia datang menyinggah di booth Palestin kami.
Apa yang membuatkan hati melonjak gembira ialah pada hari itu, dia datang dengan mengenakan tudung berwarna merah jambu.
Tudung merah jambu yang pernah saya pakai ketika hari penerbangan saya ke United Kingdom.
Tudung yang memberi 1001 memori indah.
Dan tudung itu kini berada di samping gadis yang sungguh istimewa.
Izzati namanya.
...................................................................................


ITU DOA SAYA


Selasa, 22 APRIL 2008.
Dissection Room.

Kebelakangan ini, saya mulai rapat dengan seorang teman berusia 26 tahun.
Tina namanya.
Sudah berkahwin dan kini mengambil jurusan perubatan tahun pertama.
Istimewanya, dia seorang muslim.
Namun, tidaklah pula dia mengamalkan cara hidup muslim.
Bukan kerana dia tidak MAHU, tetapi dia tidak TAHU.

Perkara ini baru sahaja saya sedari ketika saya berbual-bual dengannya ketika kami sedang berbincang semasa revision anatomy.

"Wani, you have sent me message so early, 5.30 am!! I ve told my husband, and he said, your friend must be praying in the morning," ucapnya.

Saya hanya tersenyum,

"Yes, after I have prayed, I have sent the text to you, just asking what time should we meet for our revision," jawab saya.

"Do you pray as well?" saya memancingnya.

"No, I don't pray," jawabnya.

"Why ?"

"Because I don't know," jawabnya jujur.

" Why didn't you tell me? I can teach you how to pray,dear. Anytime, anywhere. I am willing to do it," tiba-tiba saya berasa sungguh excited.

"Oh thank you Wani, I am planning to do it as soon as possible. I want Allah help me in exam," katanya.

"Yes, He will help you anytime, dear," saya mula meyakinkannya.

"But, I need to cover my head, my hand first. I don't have scarf to wear," .

"Oh, I can accompany you to buy scarf, don't worry, I know where to get a new scarf,".

"Oh, thank you Wani. Right now, I only know 4 dua's. My brain is to hard to absorb the recital. I need to learn more. But now, I want to study hard and pass the exam. After that, I will promise to myself to pray everyday," janjinya.

Mendengarkan janjinya untuk berubah setelah exam, sudah cukup untuk membuatkan hati saya bersemangat.
Tidak mengapa jika dia belum begitu bersedia untuk berubah sekarang.
Janjinya itu sudah menunjukkan dia mahu berubah.
Dia mahu berhijrah.
Dan bagi seorang dai'e, perubahan yang disuarakan oleh mad'u nya perlu diraikan.
Sungguhpun hanya perubahan kecil, tetapi ketahuilah, bagi seorang daie, kesanggupan mad'u nya untuk berhijrah dan berubah adalah aset yang sungguh berharga.
Perlu dihargai.

Dan petang itu, saya menghabiskan petang saya di rumahnya.
Bertaaruf dengan seorang lagi insan istimewa.
Cuba mengenalinya dengan mendalam.

Ketika kami berbual-bual, dia memberitahu saya berita yang menggembirakan.

"My husband and I are planning to have a baby next year. My husband will take care of me. Oh, he is the greatest man I ever had in the world!!," ucapnya gembira.

"Oh, that's great!! I love baby so much. If you need my help, just tell me. I will straight away come to your house to help you with the pregnancy,!!" .
Entah mengapa, saya juga turut excited.

"Oh thank you so much, now I am thinking to learn how to pray. I promise if I pass the exam, I will pray everyday. You ve got to help me," katanya, sambil tersenyum lebar.

Saya juga turut tersenyum.
Dan senyuman itu meleret hingga saya pulang ke rumah.
Sepanjang perjalanan pulang, saya berdoa agar saya kembali lagi ke rumahnya untuk membimbingnya solat, insyaalah.

Itu doa saya.

11 comments:

Anonymous said...

i like this entry of yours :). the best gift that we as muslim can give to our brothers and sisters is by making du'a for them. insya Allah. we just need to remain steadfast and leave all in His hands. :). As for the hijab, Alhamdulillah, finally The Almighty granted that girl's wish. In her eyes, it was not a big thing. Nonetheless, it was, still and will always be special to her. Allah knows the best. Jazakillah khair ya ukhti. :) -ezati

norshazwani othman said...

salam...

oh..jazakillah dear..even it is a small thing for the girl, in my heart, it is a HUGE , meaningful for me..even though it was not came from my effort ..i was feeling like, it was me who has finally reached the right destination..i cud feel the joy.. i cud see the beauty..i cud feel the gentleness of the touch..subhanallah..

semoga tsabat atas jalan ini..

Anonymous said...

Salam,,

Subhanaallah tersentuh dgn artikel yang pertama. Moga terus thabat dengan perjuangan..

Anonymous said...

nice work,sis! keep it up! (^^,)v

norshazwani othman said...

jazakumullah al muhandisi dan anynomous..semoga kita berada atas jalan yg sama..iA

minal Qalb said...

Assalamualaikum ya ukht~!

Praise to be with Allah. I am touched and totally speechless.
Masya Allah, transformasi enti dari hari ke hari membungakan hati ana dan juga membuatkan hati ini semakin malu.
Ya sohibah, moga terus kekal dalam perjuangan ini, insya Allah.
Ma'at taufiq wannajah fil imtihan wi fi kulli 'amal.
Fi amanillah ;)
Salam rindu daripada ana.

Anonymous said...

eh, asal aku ade mcm tak kene bile bace blog ni?
Hmm.. Macam ko amal islam yang keliru.

norshazwani othman said...

oh..rasa tidak kena?
islam yang keliru?
subhanallah, baru ana tahu kita boleh menilai keislaman seseorg itu melalui "perasaan hati" kita semasa membaca penulisannya.
memang diakui, ana bukan seorg islam yg hebat , berilmu tinggi. hanyalah seorg yang baru menjumpai turning point untuk menghargai kehadiran islam dalam diri ini beberapa tempoh yg lepas. tidak pula ana dibesarkan dlm keluarga yg ditatang dengan tarbiyah islamiyah yg hebat. jadi, sepuluh jari disusun atas kecacatan dlm setiap entry blog.

ana masih ingat kata2 seorang sahabat apabila menyampaikan pengisian, dia selalu berkata, jika apa yg disampaikannya tidak sampai kepada hati pendengar, ada 2 sahaja 2 kemungkinan. 1. mungkin hati pendengar itu tidak bersih. (2) mungkin hati penyampai itu sendiri tidak bersih. jika saudara muhammad berasa tidak sedap hati membaca blog ana, mungkin ia berasal dari hati ana, insyaalah, akan diperbaiki pada masa akan dtg.

cumanya, sy amat menghargai jika setiap kesalahan ditegur dengan cara yg lebih berhikmah .

jazakallah.

Anonymous said...

Alhamdulillah, may Blerta be guided in the right direction. The changes that we bring may seem small and insignificant in our eyes, but have faith that Allah's reward is far greater than we can imagine. May He give you the strength to be consistent in His path. p/s : Excellent post, keep it up

Hafiz Ismail said...

apakah kekeliruan tu ye?berminat jugak nak tahu, sebab aku pun xnampak ada apa2 yg keliru?mungkinkah aku pun amalkan islam yang keliru?

ayasofya said...

subhanallah..=)