Monday 27 October 2008

Manjanya Saya..

Bismillahirrahmnirahim


"Ya Allah..banyaknya kerja!"
Mata liar melihat senarai kerja yang perlu dilaksanakan.
Perasaan bercampur baur.
Entah bagaimana saya mahu mendefinisikan perasaan itu.

Tiba-tiba..
Saat saya sedang mengira-mengira betapa betapa banyaknya tanggugjawab yang perlu dilaksanakan, saya bertemu dengan satu penulisan yang membuatkan saya terkedu.

Terkesima...

"Pencerahan bukan untuk orang manja" tajuknya.

.....................................................................................................................

Pencerahan bukan untuk orang manja
Pencerahan bukan untuk orang yang manja.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Da’wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon akhawat sebagai sang isteri,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.

Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta’dil harakah ini dan itu.

Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da’wah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da’wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.


......................................................................................

Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.

"saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih.."

Adakah ini petandanya saya terlalu manja?

Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.

iman muslihah
27 syawal 1429
9.05 pagi.

8 comments:

Anonymous said...

sudikah berkongsi link 'penulisan' yg ori?

tahniah kerana mencetuskan kesedaran dlm diri yg sering alpa ini

syukran

Anonymous said...

salam.. mane akak dapat artikel ni.. saya nk mintak izin copy n letak kat blog ea? nak bg teguran kat diri sendiri tiap2 kali update blog.. 1 lg, salam ukhuwah.. sy mohd zainal ameer, first year mdicine kat nwcastle.. ex-kmb 2006-2008

norshazwani othman said...

(anynoumous) boleh, apa salahnya..nanti saya cari balik link nya..ada di blog seorang ikhwah..memang tersentak sangat..

ni dia:

http://muhammadaimansalmi.blogspot.com/

norshazwani othman said...

salam..oh..laniaz ni org newcastle..akak ingat org dublin..ada seorang senior, kak fatimah zahrah di sana..dah dapat cd sang murabbi tu?

Anonymous said...

wslm..yup newcastle.. blom, tp leokid ade bg link utk tgk.. minta izin copy ea artikel ni, :)

Hacked by w3d0z said...

menarik artikel ni..

sedikit tambahan untuk perkongsian..

dakwah itu penting kerna itu tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah...

adakah setelah diri kita ditarbiyah sahaja baru boleh memberi dakwah?

dakwah itu milik semua orang..

dakwah itu tggungjawab semua..tidak kira apa jenis orang itu..

dakwah itu besar konsepnya..

dengan mengajak orang kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran itu adalah dakwah...

siapalah kita untuk mengatakan kita sudah habis ditarbiyah dan boleh berdakwah....

iman naik turun...

siapa kita untuk merasakan diri ini adalah terbaik..

kerna kita tidak tidak tau apa ending kita ketika menemui Allah..

selagi ada masa, berbakti kepada manusia lain adalah tggungjawab kita..

meletakkan sesuatu pada tempatnya...
antara amanah kita kepada orang yang memilih kita sebagai wakil pemimpin...

itu juga tarbiyah...

tarbiyah itu kita tidak boleh memilih...

tarbiyah itu luas...bukan dengan membaca kitab itu telah mengatakan kita sudah ditarbiyah....

tapi tarbiyah itu merangkumi semua...

tarbiyah itu banyak jenisnya..

ringankan mulut, ringankan tulang untuk bersedia memberi..
seperti kata abu saif.
hidup untuk memberi...=)

dakwah dan tarbiyah itu seiring...


p/s: sori trpnjg plaks...=p sharing is caring!!!

norshazwani othman said...

salam..jazakillah kak eli..huhu, lepas ni dah boleh tulis puisi ni.huuhu

benar, dakwah memang milik semua manusia, allah tak pernah pula restrickan dakwah tu milik org2 yang tertentu/org yang dapat tarbiyah sahaja, contoh ustaz, ustazah, ulama2 sahaja..sebab tu allah turunkan surah al imran ayat 110, allah kata:

Kamu (umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.

namun, dalam kerja dakwah ni, kalau boleh kita mesti lah nak buat dengan cara yang terbaik, matlamat yang jelas, agenda yang tersusun, pelaksanaan yang mantap dan sebagainya untuk dapatkan hasil yang optimum. atas sebab itu, setiap pendakwah perlu menuntut ilmu dan mendapat pendidikan (@tarbiyah) agar gerak kerja dakwah terancang dan berpandu. kata saidina ali, kebenaran yang tidak terancang dapat dikalahkan oleh kebatilan yang terancang..betulkan kata saidina ali tu?

mcm dakwah rasullulah, baginda mentarbiyah sahabat2 terlebih dahulu dgn aqidah dan perkara pokok terlebih dahulu, malah kalau kita tgk, ayat al quran yang mula2 diturun di mekah (makiyyah) bersifat aqidah yang satu supaya hati2 manusia yakin dgn apa yang dipercayainya dan seterusnya bekerja atas apa yang diyakininya..(percaya--->yakin--->bekerja/berjuang)

tetapi, ini tidak bermakna hanya org yang dah ada ilmu je boleh berdakwah/amar makruf nahi munkar ye..semua org yg sedar tanggungjawab ni boleh lakukan..cuma, sesiapa yang mula mendapat kesedaran akan kewajipan tanggujawab dakwah ni, alangkah moleknya kalau tenggunjawab itu disusuli dgn usaha menuntut ilmu, mencari sinar tarbiyah agar dakwah yang dilakukan lebih mantap dan mampu membuahkan hasil yang optimum iA..

sekadar perkongsian utk semua..

wallahualam
wani
sheffield

niesa.imana said...

salam..

sy pun nak mintak izin copy.. dan link ke blog ni..

tengkiuk.. +)