Thursday 1 November 2007

PERBAHARUI IMAN..sy teringat kmb~

assalamualaikum..

alhamdulillah...hari ini allah gerakkan hati saya untuk mencoretkan sesuatu yang saya harap dapat memberi manfaat kepada semua.

alhamdulillah..kalimah agung yang tidak pernah pudar kehebatannya...allah beri peluang kepada saya dan sahabat serumah saya untuk memperbaharui iman. saya dan sahabat baik yang sangat saya sayangi, Atikah cuba mengorak langkah menghidupkan biah yang sihat di teratak kami. buat pertama kali setelah solat berjemaah, mini halaqah mula dibentuk. hati-hati mula ditautkan. kasih sayang fillah mula disuburkan. ketenangan mula meresap nurani. ketika itu, hati saya terdetik.ketenangan bertemu akhowat yang dikasihi ini benar-benar membuatkan saya merindui saudara-saudara saya di bumi kolej mara banting.

alhamdulillah...kalimah unggul ini datang hinggap ke lubuk hati saya setelah selesai menyampaikan tazkirah sedaya mampu saya. mengimbau saat pertama menjejakkan kaki ke bumi UK, saya mengajak akhowat yang saya kasihi menilai apakah tujuan kita terbang meninggalkan tanah air tercinta. setiap sesuatu yang dilakukan perlu ada matlamat. sedangkan allah rabbul jalil mencipta jin dan manusia punya matlamat-Nya (rujuk surah azzariyat ayat 56).
Begitu juga kita yang bergelar manusia. perlu punya matlamat hidup. perlu ada erti hidup. jika kita hidup mengejar sesuatu bersifat duniawi, nescaya itu sahaja yang akan kita dapat. tetapi jika hidup ini dilangsungkan kerana sesuatu yang lebih bersifat hakiki, bergembiralah golongan yang memilih matlamat hidup ini.

kehidupan adalah satu pengembaraan. pengembaraan untuk mencari erti kehidupan. dan setiap pengembaraan akan lesu tanpa semangat jihad. saya mengajak akhowat saya lagi untuk mengimbau peribadi unggul salahuddin al ayyubi. panglima islam yang sangat digeruni musuh. semangat jihad yang tidak pernah luntur. inilah contoh umat islam gemilang. inilah idola umat islam. mungkin bagi kita ia terlalu ideal, tetapi tidak mustahil. kerana sesungguhnya ISLAM ITU IDEAL TETAPI IA TIDAK MUSTAHIL.

alhamdulillah begitu hebat sejarah islam. INILAH SEJARAH KITA. namun, adakah kita hanya mampu membiarkan kehebatan itu hanya disimpan dalam lipatan sejarah?

tepuk dada tanya iman.

6 comments:

*teaks* said...

yela wanie~~teringat kat kmb dulo kn..insyaAllah nnt umah kt ni jd mcm surau kmb dulo jgk..same2 kt berusahe ek! hee~~..k,syg awk juge! muahs!=p

imaaaanj said...

tepuk dada tanye iman..

iman jawap: ye, nak ckp ngn sape? :p

xde la wanie, memain je. huhu. kite rindu sesgt nk dgr wanie punye tazkirah. huuu. if only i cn turn back time, and pause on that very moment. hoho. jiwang plak en. tp siyes la. hihi. truskan blog ni wanie, insyaAllah kite antara pembaca setia tazkirah alam maya awk ni. (^^)

salam rindu dr leeds~

norshazwani othman said...

saya rasa sangat bahagia dikelilingi orang2 yang amat sayangkan saya~ jumaat yang indah~

rusnarusli said...

salam, wanie! rinduuuu sanagt kat wanie! dah ada blog eh? hehe...
best la tazkirah wanie... teringat kat kmb dulu kan.... huhu... sayu la plak.. sat nak amek tissue... haha... joking eh :)

sayang wanie!

norshazwani othman said...

mcm2 la sahabat ku ini
(heheheh)

Anonymous said...

assalamualaikum, sy tertarik sgt dgn blog akak. btw, sy student kmb, akan ke second year next sem.. dah bace hampir semua, bwat sy mcm terase sesuatu yg telah lame dilupakan...