Sunday 25 November 2007

BUKAN CINTA BIASA



BUKAN CINTA BIASA


ALAMAK, WANI, MACAM MANA NI?


Rabu, 14 Nov 2007, Darnall

"Nak belok mana eh Wani?," tanya ibu angkat saya, Kak Zahrah.

"Eh, akak ni..tanya kita pulak. Kita mane tau jalan kat sini," saya menjawab. Berkerut dahi saya.

Petang itu, usai sahaja kelas Dr. R Muimo, saya bergegas ke Darnall. Sudah dua minggu tidak bersua dengan Aliff dan Ainul. Sudah beberapa kali saya berjanji untuk melawat mereka, tetapi ada sahaja aral yang datang.
ARAL atau HIKMAH.
Saya tidak pasti.

"Tak apa. Akak tau, belok kanan ni," Katanya, yakin sambil memusing stereng. "Tak apa, hari ni kita bawa Kak Wani makan ayam kat kedai , ya Aliff," tuturnya , riang sambil menjeling anak lelakinya melalui cermin belakang.

Saya memandang ibu muda ini. Ragu-ragu.

'Ishh. Biar betul Kak Zahrah ni. Tahu ke tidak jalan ni. Sudahlah tidak ada insurance,'saya bermonolog di dalam hati. Sedikit gusar.

Tiba-tiba ..

"Eh, wani. Cuba tengok belakang ni. Polis ke?"

Saya segera memandang belakang.

Sudah. Habislah. Astaghfirullah.

Memang POLIS.

Kali ini, saya memandang tepat-tepat ke muka ibu angkat saya. PUCAT. LESI.TIDAK BERDARAH MUKANYA.

"Tak apa kak. Kita berhenti je kat tepi. Insyaalah tak ada apa-apa," saya berlagak tenang tapi di dalam hati, Allah sahaja tahu.

Lama saya menunggu di dalam kereta bersama-sama Aliff dan Ainul. Sesekali, saya menjeling ke arah pegawai polis dan Kak Zahrah yang sedang berbincang. Si bayi Ainul sudah terjaga dari lena.
Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba bayi ini merengek. Mahukan umminya barangkali. Rengekan bertukar menjadi tangisan.

Astaghfirullah..ishh..macam mana ni. Kali ini saya pula PUCAT. LESI.

Tiba-tiba..

"La...kesian anak ummi. Jangan nangis sayang. Ummi kat sini, ya Ainul," suara Kak Zahrah tiba-tiba menerpa telinga saya.
Naluri ibunya yang kuat seolah-olah tahu anaknya memerlukan kehadirannya.
Didakap, dikucup bayinya itu dan didukung sambil menyambung perbincangan dengan pegawai polis tersebut.

Saya terpaku. Terkesima.


"OH, ALIFF NAK PIJAK KAKI UMMI, YA?"

Sampai di rumah, kelam kabut Kak Zahrah "menggali" semula dokumen-dokumen kereta suaminya. Berserabut fikirannya.
Mana mahu mencari dokumen.
Mana mahu memikirkan cara memberitahu suaminya, Abang Razlan tentang kes saman tersebut.
Mana mahu melayan Ainul yang menangis tidak henti-henti.

Memang kelam kabut.

"Aliff, tak mau kacau ummi. Jom kita pergi dapur,".
Saya segera menarik tangan Aliff ke dapur.
Sambil saya menyediakan minum petang, saya melihat kelibat Kak Zahrah yang mundar mandir mencari dokumen.

Perasaan simpati mula menyelinap ke dalam hati.

"Kak, jom kita minum dulu. Ada kuih ni. Tak apa, biarlah benda tu dulu. Kita duduk berbual-bual dulu ya," pujuk saya.

Saya cuba mendukung Aliff untuk membantunya duduk di atas kerusi makannya. Tapi, dia menolak tangan saya. Terkejut saya.
Dia segera menunjukkan jari telunjuknya ke arah umminya sambil merengek,

"ummi,ummi!!"

"Oh, Aliff nak pijak kaki ummi dulu , ya?" tutur Kak Zahrah dengan nada memujuk.

Dijulurkan kakinya, lalu si anak kecil itu memijak kaki umminya itu. Dan perlahan-lahan memanjat kerusi makannya yang tinggi itu.

SUBHANALLAH. Hati saya tiba-tiba bertasbih.

"Oh, Aliff memang macam ni. Kadang-kadang, kalau dia nak duduk atas kerusi ni, dia akan panggil akak. Suka betul dia buat macam ni, " terang Kak Zahrah, tanpa dipinta.

Saya memandang raut wajahnya. Tiada sedikitpun unsur- unsur keluhan. Bibirnya tetap seperti hari pertama saya bertemu dengannya. Setia dengan senyuman.

Petang itu, lama kami berbual-bual. Hilang sebentar kisah saman kereta. Namun fikiran saya sesekali menerawang ke tempat lain.

Menerawang ke beberapa minit yang lalu.

"Oh, Aliff nak pijak kaki ummi dulu, ya?"

Hati tersentuh. Hati bertasbih. Bertasbih melihat sentuhan kasih.
Kasih seorang ibu.



UMMI ZAHRAH



Hari itu, saya sungguh bertuah.
Peristiwa hari itu telah menjadikan tautan hati kami bertambah kukuh.
Bertambah erat.
Hari itu, tiada lagi panggilan "Kak Zahrah".
Yang ada hanyalah "UMMI ZAHRAH".

Hari itu,saya sudah mengerti mengapa ada sahaja aral yang datang setiap kali saya merancang hendak ke rumah keluarga kecil ini.

Hari itu, saya sudah mengerti mengapa ALLAH memilih hari itu untuk saya, bukan semalam, atau minggu lepas yang telah saya rancang awal-awal.

Hari itu, saya sudah mengerti, ada HIKMAH yang ingin ALLAH tunjukkan kepada saya.

Hari itu, saya sudah mengerti. Mengerti.


SATU-SATU, SAYA SAYANG ALLAH. DUA-DUA, SAYANG RASULLULLAH...

Sabtu, 18 November 2007

Petang, sekali lagi saya bersama dengan keluarga ini.
Bezanya, ketika ini, kami dalam perjalanan pulang dari car boot sale di Junction 29, di pinggir Sheffield.
Bezanya, kali ini, abang Razlan turut serta. Lengkap sekeluarga.
Dalam kereta yang sama.
Dalam suasana yang sama.
Suasana mahabbah.

Sesekali rengekan Ainul memecah keheningan petang itu. Namun, selepas seketika, halwa telinga saya menangkap sesuatu yang indah.

"Ainul, sayang ummi. Jangan Nangis. Ummi nyanyi ya, sayang,"

Satu-satu, saya sayang ALLAH.
Dua-dua, saya sayang RASULLULLAH.
Tiga-tiga,saya sayang abi ummi.
Satu, dua , tiga, sayang semuanya.

Alunan nyanyian hati seorang ibu. Saya melontarkan pandangan jauh-jauh ke luar tingkap.

Raut kasih ibu saya singgah sebentar ke benak fikiran.
Raut kasih ibu saya yang sarat dengan kasih sayang.
Raut kasih ibu saya yang mula dihinggapi kedut-kedut halus.

Kedutan yang bukan sebarang kedutan.
Kedutan yang tergaris disebabkan seribu pengorbanan.
Pengorbanan yang dihiasi dengan seribu tangisan dan kesusahan.
Tangisan dan kesusahan yang tidak pernah dizahirkan.

Hanya senyuman yang mengiringi perjuangan.
Perjuangan seorang ibu.
ITULAH IBU SAYA.

PERMATA HATI SAYA.
BIDADARI YANG MENJAGA SAYA.
SATU-SATUNYA IBU YANG SAYA ADA DI DUNIA DAN AKHIRAT.

cinta ibu tiada ganti.
kerana ia cinta sejati.

cinta ibu cinta suci
kerana ia percikan daripada CINTA ILAHI


CINTA IBU ....

BUKAN CINTA BIASA.


20 comments:

imaaaanj said...

uuhhh...(nak nanges) sob sob.

homesick! ummi~~

norshazwani othman said...

hishh..iman ni..asik nak nangis je ye...kena kuat iman..luv u..iman ni selalu jadi org first comment..huhu

doodliey said...

fuyoo..hebatnye kisah ni..beshnye ade kuarga angkat..kita rindukan mama kita gak..uhuuu..iman, jom nanges sesama nak? hehe.. =P
nice one wani..sometimes we take our family for granted.. tringat time kite cite pasal ibu bapa kt surau blok e dulu kan.. time tu sume org nanges ye2..subhanallah..rasa rindu sgt...

FANA COLLECTION said...

Keep up the good work! :) So far, i believe you are very lucky to have a foster family there. Life isn't easy as we thought it is and i believe each of us have a story to tell.

imaaaanj said...

kan kite dah kate, kite mmg akan jadi pembace setia blog awk ni. insyaAllah :) hehe. awk xyah bg url kat kite. kite dah pegi tgk dulu. huhu. anyway, truskan buat kite nanges ye wanie. its a good thing. i like it.

zahrah said...

salam....sayang umi...nangis umi baca kisah wanie ni...memang menyentuh naluri keibuan umi....semoga terus berkarya dan menulis....umi doakan wanie dipermudahkan Allah dengan pelbagai urusan...salam sayang dari umi, abi, dan adik2 angkatmu ini(alif dan ainul)

norshazwani othman said...

uuu..sorri ummi citer psl kisah ummi kena saman..huhu..tapi bukan tu fokus cerita..mudah2 kita semua hargai jasa ibu..

*teaks* said...

huhu..tula kn..kalo cite psl family sng je nk nangesh~~huu

lg2 dok ovc neh we learn to appreciate our family even more~~p

norshazwani othman said...

tu laa...teaks ni antara contoh role model kempen..UTAMAKAN KELUARGA..SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG..haha

anakbentong said...

dari 1st entry dah nampak memang ada bakat menulis cik wani ni, tapi entry kali ni memang sangat menarik. kalau sampai tercabar air mata ni,maknanya memang berkualiti lah tu.

ish3, adventurous jugak kak zahrah ni..hehe

norshazwani othman said...

huhu...anak bentong.anak bentong..kamu menangis kah?

Mysara said...

nice one wanie =) tp kalo bace x feeling sgt,kena dgr wanie ckp.hehe.tutup lampu,bukak lagu,bru best.haha.nway,truskan meng-update!
and knape teaks contoh baik utk kempen utamakan family??!

anakbentong said...
This comment has been removed by the author.
anakbentong said...

Hmm tersilap percaturan membaca entry ni sambil play lagu belaian ibu tu. tapi x sampai la peringkat nangis lagi. takpe, cube lagi.

norshazwani othman said...
This comment has been removed by the author.
norshazwani othman said...

oh..mai ..mai..kalo nak suruh kite buat mcm tu..susah lah..jauh..hehe..kalo kat blok e dulu..bole je,,insyaalah..
tapi kan..for the first time kite tgk awak nangis bile time tazkirah kite psl perpisahan tu...yg time nak exam ib.... mcm kata2 terakhir kpd shbt2 n junior2..kite pun tak ingt video ape kite buat masa tu..eh ke tak de video..ntah la..tapi mmg amazing la..susah kite nak tgk awak nangis..selalu buat muka blur je..haha..jgn marah..tapi bgus la..sesekali menangis kerana ukhwah n kasih syg yg dibina krn allah, itu perkara yg manis...rugi kalo tak merasa kemanisan kasih syg..(juga kemanisan iman@HALAWATUL IMAN) kan rasullulah kata tidak beriman antara kamu jika tidak mengasihi saudaramu spt mana kamu mengasihi dirimu...kan?? hehe

norshazwani othman said...
This comment has been removed by the author.
norshazwani othman said...

(anak bentong)-->tak pe..saya menulis bukan nak suruh orang menangis. bukan itu objektifnya. bila sy fikir, sbnrnya setiap org ada perkara menarik n bermanfaat yg berlaku dlm seharian. cuma ia bergantung kpd sejauh mana kite berfikir n mengambil iktibar drpdnya. jadi, apa yg sy nak stress kat sini..bukan saya nak suruh pembaca pikir.."wah, bestnye wani..byk perkara best berlaku dlm hidup die,". NO. THAT IS NOT MY POINT. MY POINT IS..every single day, kita perlu hargai setiap detik n saat yg berlalu dlm hidup kita..bagaimana? dgn bermuhasabah. jika kita lapangkan dada utk meluangkan masa kita yg sedikit itu utk bermuhasabah, kita akan dapati hidup kita sebnrnya SANGAT MENARIK, SGT INDAH. maka kita akan bersyukur dgn ALLAH. mudah2an akan bertambah iman kita.
saya sukalah quotation ni:

Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU.

mcm penah dgr? saya suka..antum suka? hehe..

rusnarusli said...

wanie..... best post baru nie tp kte terlambat bace... huhuhu...
luv u... setiap bende yang Allah takdirkan untuk kite tu ada hikmahnya... hanya umtuk orang yang berfikir... alhamdulillah

admin2 said...

menarik~~
tbe2 nak nyanyi..
ibu...
begenang air mataku,
terbayang...wajahmu yg lembut sayu...
kudusnya...kasih yg engkau hamparkan...
bagaikan, laut yg tak bertepian....
huhu~~~
ToT