Sunday 25 November 2007

BUKAN CINTA BIASA



BUKAN CINTA BIASA


ALAMAK, WANI, MACAM MANA NI?


Rabu, 14 Nov 2007, Darnall

"Nak belok mana eh Wani?," tanya ibu angkat saya, Kak Zahrah.

"Eh, akak ni..tanya kita pulak. Kita mane tau jalan kat sini," saya menjawab. Berkerut dahi saya.

Petang itu, usai sahaja kelas Dr. R Muimo, saya bergegas ke Darnall. Sudah dua minggu tidak bersua dengan Aliff dan Ainul. Sudah beberapa kali saya berjanji untuk melawat mereka, tetapi ada sahaja aral yang datang.
ARAL atau HIKMAH.
Saya tidak pasti.

"Tak apa. Akak tau, belok kanan ni," Katanya, yakin sambil memusing stereng. "Tak apa, hari ni kita bawa Kak Wani makan ayam kat kedai , ya Aliff," tuturnya , riang sambil menjeling anak lelakinya melalui cermin belakang.

Saya memandang ibu muda ini. Ragu-ragu.

'Ishh. Biar betul Kak Zahrah ni. Tahu ke tidak jalan ni. Sudahlah tidak ada insurance,'saya bermonolog di dalam hati. Sedikit gusar.

Tiba-tiba ..

"Eh, wani. Cuba tengok belakang ni. Polis ke?"

Saya segera memandang belakang.

Sudah. Habislah. Astaghfirullah.

Memang POLIS.

Kali ini, saya memandang tepat-tepat ke muka ibu angkat saya. PUCAT. LESI.TIDAK BERDARAH MUKANYA.

"Tak apa kak. Kita berhenti je kat tepi. Insyaalah tak ada apa-apa," saya berlagak tenang tapi di dalam hati, Allah sahaja tahu.

Lama saya menunggu di dalam kereta bersama-sama Aliff dan Ainul. Sesekali, saya menjeling ke arah pegawai polis dan Kak Zahrah yang sedang berbincang. Si bayi Ainul sudah terjaga dari lena.
Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba bayi ini merengek. Mahukan umminya barangkali. Rengekan bertukar menjadi tangisan.

Astaghfirullah..ishh..macam mana ni. Kali ini saya pula PUCAT. LESI.

Tiba-tiba..

"La...kesian anak ummi. Jangan nangis sayang. Ummi kat sini, ya Ainul," suara Kak Zahrah tiba-tiba menerpa telinga saya.
Naluri ibunya yang kuat seolah-olah tahu anaknya memerlukan kehadirannya.
Didakap, dikucup bayinya itu dan didukung sambil menyambung perbincangan dengan pegawai polis tersebut.

Saya terpaku. Terkesima.


"OH, ALIFF NAK PIJAK KAKI UMMI, YA?"

Sampai di rumah, kelam kabut Kak Zahrah "menggali" semula dokumen-dokumen kereta suaminya. Berserabut fikirannya.
Mana mahu mencari dokumen.
Mana mahu memikirkan cara memberitahu suaminya, Abang Razlan tentang kes saman tersebut.
Mana mahu melayan Ainul yang menangis tidak henti-henti.

Memang kelam kabut.

"Aliff, tak mau kacau ummi. Jom kita pergi dapur,".
Saya segera menarik tangan Aliff ke dapur.
Sambil saya menyediakan minum petang, saya melihat kelibat Kak Zahrah yang mundar mandir mencari dokumen.

Perasaan simpati mula menyelinap ke dalam hati.

"Kak, jom kita minum dulu. Ada kuih ni. Tak apa, biarlah benda tu dulu. Kita duduk berbual-bual dulu ya," pujuk saya.

Saya cuba mendukung Aliff untuk membantunya duduk di atas kerusi makannya. Tapi, dia menolak tangan saya. Terkejut saya.
Dia segera menunjukkan jari telunjuknya ke arah umminya sambil merengek,

"ummi,ummi!!"

"Oh, Aliff nak pijak kaki ummi dulu , ya?" tutur Kak Zahrah dengan nada memujuk.

Dijulurkan kakinya, lalu si anak kecil itu memijak kaki umminya itu. Dan perlahan-lahan memanjat kerusi makannya yang tinggi itu.

SUBHANALLAH. Hati saya tiba-tiba bertasbih.

"Oh, Aliff memang macam ni. Kadang-kadang, kalau dia nak duduk atas kerusi ni, dia akan panggil akak. Suka betul dia buat macam ni, " terang Kak Zahrah, tanpa dipinta.

Saya memandang raut wajahnya. Tiada sedikitpun unsur- unsur keluhan. Bibirnya tetap seperti hari pertama saya bertemu dengannya. Setia dengan senyuman.

Petang itu, lama kami berbual-bual. Hilang sebentar kisah saman kereta. Namun fikiran saya sesekali menerawang ke tempat lain.

Menerawang ke beberapa minit yang lalu.

"Oh, Aliff nak pijak kaki ummi dulu, ya?"

Hati tersentuh. Hati bertasbih. Bertasbih melihat sentuhan kasih.
Kasih seorang ibu.



UMMI ZAHRAH



Hari itu, saya sungguh bertuah.
Peristiwa hari itu telah menjadikan tautan hati kami bertambah kukuh.
Bertambah erat.
Hari itu, tiada lagi panggilan "Kak Zahrah".
Yang ada hanyalah "UMMI ZAHRAH".

Hari itu,saya sudah mengerti mengapa ada sahaja aral yang datang setiap kali saya merancang hendak ke rumah keluarga kecil ini.

Hari itu, saya sudah mengerti mengapa ALLAH memilih hari itu untuk saya, bukan semalam, atau minggu lepas yang telah saya rancang awal-awal.

Hari itu, saya sudah mengerti, ada HIKMAH yang ingin ALLAH tunjukkan kepada saya.

Hari itu, saya sudah mengerti. Mengerti.


SATU-SATU, SAYA SAYANG ALLAH. DUA-DUA, SAYANG RASULLULLAH...

Sabtu, 18 November 2007

Petang, sekali lagi saya bersama dengan keluarga ini.
Bezanya, ketika ini, kami dalam perjalanan pulang dari car boot sale di Junction 29, di pinggir Sheffield.
Bezanya, kali ini, abang Razlan turut serta. Lengkap sekeluarga.
Dalam kereta yang sama.
Dalam suasana yang sama.
Suasana mahabbah.

Sesekali rengekan Ainul memecah keheningan petang itu. Namun, selepas seketika, halwa telinga saya menangkap sesuatu yang indah.

"Ainul, sayang ummi. Jangan Nangis. Ummi nyanyi ya, sayang,"

Satu-satu, saya sayang ALLAH.
Dua-dua, saya sayang RASULLULLAH.
Tiga-tiga,saya sayang abi ummi.
Satu, dua , tiga, sayang semuanya.

Alunan nyanyian hati seorang ibu. Saya melontarkan pandangan jauh-jauh ke luar tingkap.

Raut kasih ibu saya singgah sebentar ke benak fikiran.
Raut kasih ibu saya yang sarat dengan kasih sayang.
Raut kasih ibu saya yang mula dihinggapi kedut-kedut halus.

Kedutan yang bukan sebarang kedutan.
Kedutan yang tergaris disebabkan seribu pengorbanan.
Pengorbanan yang dihiasi dengan seribu tangisan dan kesusahan.
Tangisan dan kesusahan yang tidak pernah dizahirkan.

Hanya senyuman yang mengiringi perjuangan.
Perjuangan seorang ibu.
ITULAH IBU SAYA.

PERMATA HATI SAYA.
BIDADARI YANG MENJAGA SAYA.
SATU-SATUNYA IBU YANG SAYA ADA DI DUNIA DAN AKHIRAT.

cinta ibu tiada ganti.
kerana ia cinta sejati.

cinta ibu cinta suci
kerana ia percikan daripada CINTA ILAHI


CINTA IBU ....

BUKAN CINTA BIASA.


Saturday 17 November 2007

Bingkisan daripada sekeping hati




KENAPA TAK JUMPA-JUMPA NI..?


Sabtu,10 November 2007, Meadowhall Shopping Complex

Masa: 2 .00 pm

"OK, semua orang. Kita nak cari barang sikit untuk mak kita. Apa kata kita berpecah? Kita takut korang bosan jalan dengan kita. Kita kalau shopping,lama. Dulu, kita ingat lagi masa shopping dengan Nazi. Kesian je die, terpaksa tunggu lama," suara Atikah tiba-tiba memecahkan suasana Meadowhall yang hingar-bingar.

Saya mengangguk kecil. Setuju.
Kami bertiga, saya, Atikah dan Arome berpecah.

Ramainya orang, desis hati saya. Saya mula meredah lautan manusia pada petang itu.
Untuk mencari "sesuatu".
Untuk mencari "sesuatu".

Mata saya liar memerhatikan kanan dan kiri.
Untuk mencari "sesuatu".
Untuk mencari "sesuatu".


Masa: 3.15 pm

" Ya rab..ya rabbi.. ya rab..Tuhanku ampunkanlah...." Nokia Xpress Music saya menjerit sekali lagi.

" Astaghfirullahal azim". Terkejut saya daripada lamunan. Leka memandang deretan kedai yang menjual barangan mewah. Tidak berani saya ingin melangkah masuk. Hanya memandang dari jauh.

1 unread message:
from: Teaks
Select.

Awak kat mane? Kite dah habis beli barang. Jom balik!.

Reply:

Ok. Jom!

Saya mengerling jam tangan saya buat seketika . 3 20 pm. Subhanallah. Cepat betul masa berlalu.
Tiba-tiba hati saya tersentak.

Untuk mencari "sesuatu".

Kali ini saya mengerling ke arah tangan saya pula untuk seketika.
Tidak ada "sesuatu" pada tangan saya.

Kenapa tak jumpa-jumpa ni?. Retoris.

Tanggal dalam sejarah hidup saya.
Di Meadowhall.
Sebuah shopping complex yang pernah dinobatkan sebagai antara shopping complex terbesar di Eropah.
Namun, saya gagal pada hari itu.
Gagal untuk mencari "sesuatu".
HAMPA.



"Cuba akak teka? . Benda ni tak de jual kat kedai"


Ahad, 11 November 2007, 56 Brunswick Street.


"Buzz!!"

Saya mematikan sebentar suis vacuum. Saya menjeling ke arah lap top Dell Inspiron 1420 saya. Mengerlip-ngerlip skrin Yahoo Messenger.

"Eh Kak Nik Mun!". Senyuman saya mula meleret.

nik mun: Wani, thank you doughnut tadi. Susah2 je hantarkan.
iman_muslihah: Oh..same2. Ntah ape ntah rase. hohohe~
nik mun: Eh, sedaplah wani. Lembut. Mesti lame menguli kan?
iman_muslihah: adalah lame sikit. hehe~. Buat pukul 4 pagi tadi. Saje je.
nik mun: ye ke? Hehe. lepas ni boleh belajar dengan wani.
iman_muslihah: Eh takde lah. Kite amik resepi kat internet je. Pastu kite main campak je la.
Cumenye, ade ingredient rahsia tau.
nik mun: wah, ape tu?
iman_muslihah: Cube akak teka? Benda ni tak de jual kat kedai. Hohohe~

saya menunggu jawapan daripada Kak Nik Mun. Bersedia untuk menunggu lama.
Tiba-tiba...

nik mun: akak tau! kasih sayang dan ukhwah, kan?

Gulp. Saya menelan air liur.

Tepat!.

Subhanallah! Pantas sungguh doktor muda ini menelah fikiran saya.
Inilah Nik Mun yang saya kenal sebulan yang lalu. Fikirannya tajam dan bernas. Kata-katanya berhikmah.
Bermula sejak saya menghadiri Kem Pre -Departure IMAM-(PERSATUAN PELAJAR PERUBATAN ISLAM MALAYSIA) di Hulu Langat beberapa bulan yang lepas, nama Nik Mun sudah mula meniti di bibir-bibir segelintir akhawat jurusan perubatan UK. Pada masa itu, saya tidak pasti, apakah sebabnya.

Hari ini, saya sudah tahu jawapannya.

Hati gadis berusia 25 tahun ini sarat dengan kasih sayang.
Mahabbah.
Ukhwah.

Saya sudah jumpa "sesuatu"!!
Allahuakbar!!




Bingkisan daripada sekeping hati



Sabtu, 17 November 2007, 56 Bruswick Street


Lusa. 19 November 2007. Tarikh keramat bagi seseorang yang istimewa dalam hidup saya.

Tarikh inilah yang sudah lama berlegar-legar dalam kotak minda saya.

Tarikh inilah yang telah membawa saya ke Meadowhall, one of the biggest shopping complex in Europe.

Tarikh inilah yang telah mengarahkan 'minda sedar' saya untuk mencari "sesuatu".

Mencari "SESUATU".


Dedikasi untuk WAN MAISARAH BINTI WAN ABDUL RAHMAN.

" Mai, kita tak ada apa yang special nak bagi untuk birthday awak kali ni. Yang ada pada kita, hanyalah "sesuatu". Terimalah "sesuatu" yang tidak seberapa ini daripada kita,"


sahabatmu,

Norshazwani Othman






Sunday 11 November 2007

HEY BANGSA NAQIBAH!!

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum wbt.

INILAH JALAN KITA.


ya rab..ya rabbi ya rabbi..tuhanku..ampunkahlah segala dosaku..
tuhanku... klik. Alunan Damba Cintamu nyanyian Raihan saya matikan daripada telefon saya.

1 unread message: from kak zaharah.

Petang itu, saya menerima mesej daripada ibu angkat saya, kak zaharah. Kami pernah berjanji untuk pergi ke car boot bersama-sama hujung minggu. Tak sabar rasanya untuk bertemu si cilik Alif dan Ainul.

Usai membaca dan membalas mesej, saya meletakkan Nokia 5100 baru kepunyaan saya itu di sebelah lap top. Tiba-tiba mata saya menangkap sesuatu. Telefon bimbit lama saya, Motorola C380. Pemberian ayah. Sudah 3 tahun setengah menemani saya. Itulah saya. Jarang-jarang sekali menukar barang, akan saya guna selagi boleh dipakai.

Motorola C380.
Tiba-tiba kisah kira-kira beberapa bulan yang lalu datang menerjah fikiran.


Kolej Mara Banting, E111, 10.30 malam.

Ting~
1 unread message.
Select.

from: Unknown.

Hey naqibah! Aku tau la kau tu naqibah. Alim konon. Kau dengan kawan-kawan kau tu same je. Program agama korang..kitorg kena ikut. Tapi aktiviti kitorg korang sibuk nak bising2. Lagha la..lalai la..mcm bagus sgt.

Lagi mesej baru:



Ko ingt kwn2 ko tu semua baik ke? Sudahlah! Nak berdakwah konon!


Kadang kala saya terjumpa juga "testi - testi nakal" kawan-kawan yang tidak berpuas hati terhadap kami kepada kawannya yang lain di Friendster:

Entah die tu. Sibuk je. Baik die jaga tepi kain die n bangsa die sendiri!
Bangsa naqibah. Pertubuhan diorang. Hahaha.


Astaghfirullahal azim...Mengurut dada.

Itulah namanya cabaran. Atau pengorbanan. Fikiran saya terbang sebentar kepada Ukhti Dalila dari Nottingham. Kakak Dell. Kakak yang telah menghadiahkan saya lagu " Sahabat Perjuangan" nyanyian Tazakka.

Perjuangan itu artinya berkorban
Berkorban itu artinya terkorban
Janganlah gentar untuk berjuang
Demi agama dan bangsa
Inilah jalan kita

Inilah jalan yang telah saya pilih. Jadi waima perit dan pedih macam mana sekali pun, saya tidak layak untuk merungut. Sedangkan junjungan besar Rasullullah, seorang pejuang agung dicaci, diugut, dilontarkan najis tidak pernah mengeluh, jadi apalah hak saya untuk meminta layanan yang baik? Subhanallah...keinsafan meresap ke dalam hati.


BANTING.

Hari-hari yang dilalui di bumi bernama Banting memang mencabar.
Itulah "turning point" saya.
Saya percaya bukan "turning point" saya seorang. Ramai lagi.
Tanah yang bernama Banting inilah yang mengajar saya erti dakwah. Erti korban. Erti Ukhwah. Erti Hidup. Tujuan Hidup.
Terima kasih Allah kerana pernah mencampakkan jasad ini ke tanah ini.


Tarbiyatul Muslimah 2006/2007.
Satu lagi episod hidup yang memberi momentum kepada diri ini.
Walaupun gambar saya terpampang di atas board di bahagian belakang SURAU ANNUR bersama-sama akhawat yang lain- NORSHAZWANI OTHMAN, MEDIC MARA, LUJNAH USRAH, sekalipun saya tidak rasa jawatan itu milik saya. Sungguh. Tapi ia milik mereka...kami.

1. Nurul Ezzathy
2.Adilah
3.Nurul Iman
4.Aminatul Munirah.
5.Wan Maisarah
6.Aliyah Natasha.
7.Atikah
8.Aisyah Khaulah
9.Norshazwani

Dalam hati saya, nama-nama inilah yang terpahat.
Kukuh.

Manakan tidak, setiap minggu, nama-nama ini yang memerah otak memikirkan program yang perlu direncanakan untuk usrah. Bukan saya. Tapi mereka. Sungguh.

Gelak tawa, tangisan, kegembiraan, kesedihan,kekecewaan,kejayaan,kepenatan.
Semua dikongsi.
Tiba-tiba rindu bertamu lagi.
Sebak.


"WANI, KITA SUKA COMPLIMENTARY BASE PAIRING".




Dua hari lalu, saya berpeluang berchatting dengan jantung hati saya, ukhti Nurul Ezzathy, seorang lagi mujahidah Islam yang amat saya rindui. Terlalu rindu.

"Wani,kita dah baca blog wani. Kita suka betul " Complimentary Base Pairing".

"Tu lah. Tak sangka Allah hadiahkan kita Teaks kali ni. Dulu ALLAH kurniakan awak dalam hidup kita. Baik betul Allah".

"Tak lah. Allah yang hadiahkan Wani pada kita. Wani yang banyak ingatkan kita bila kita lalai."

Tergelak saya membaca tuturnya di skrin Yahoo Messenger. Terlalu kontra dengan hakikat sebenar. Insan yang bernama Nurul Ezzathy inilah heroin saya. Penasihat saya. Teman saya. Ya, jantung hati saya.Sungguh.

Saya masih ingat lagi ketika saya bersedih, pasti bilik E 103 menjadi sasaran saya.

Di situ lah kalimah motivasi dibisikkan ke telinga saya.
Meresap jauh ke lubuk hati.
Di situlah pelukan seorang sahabat memujuk hati yang lara.
Meresap jauh ke dalam hati.
Sungguh.



BANGSA NAQIBAH?





Wujudkah bangsa naqibah?
Entahlah.
Biarlah orang mahu mengata, tapi jangan sesekali kata kata itu membunuh perjuangan kita.

Biar kita penat tapi jangan sampai rebah.
Teruskan berjuang.

Nazirah, Rusna...nama yang mengusik hati saya. Mereka bukanlah Majlis Tertinggi Tarbiyatul Muslimah. Tetapi semangat juang mereka sangat saya kagumi. Mereka adalah sahabat saya. Kadangkala saya tertanya-tanya, beruntungnya saya dikurniakan insan yang hebat di sekeliling saya.

Bagaimana satu hari nanti, mereka jauh meninggalkan saya?
Mampukah saya meneruskan perjuangan?
Jika dahulu cabaran hanya berlegar-legar di bumi BANTING.
Kini, saya berada di Bumi Sheffield.
Mampukah saya?

Saya tidak punya jawapan.


saya tujukan "SAHABAT PERJUANGAN " nyanyian Tazakka kepada semua sahabat-sahabat yang saya kasihi.

Friday 2 November 2007

COMPLIMENTARY BASE PAIRING

Assalamualaikum...(PEACE UPON YOU)

Friday, 2nd November 2007. 4 pm, Student Union Auditorium.

"Thank you for your attention." Dr Burton ended his talk today.
"Alhamdulillah". I whispered slowly. It was 4.pm, 1 hour exceeded from the real timetable. Anyway, It s fine.

"Korang, kita nak pergi ambil duit kat ATM la. korang balik dulu la," Arome told us.

"Ok," i replied.


Wani, macam mana nak buat Sup ayam?

Walking home together from the Student Union has again gave us precious time to talk about many things together. As usual, we were talking rather than chatting.

"Hari ni awak masak kan?" I asked atikah even though i known her answer already.

"Haah. kita ingat nak masak sup ayam la," she said. After a long pause, she asked, "Wani, macam mane nak buat sup ayam?'

"Oh senang je. Macam ni...."

After I have finished giving the recipe and the methods that I wished it will work on her ( because I don't really follow the recipe when I cook. I am like my mom. just "campak" the ingredients into the pan according my instinct. Really. Follow the Instinct- My cooking theory.),
she seemed look understand. Good. Before she went up stairs to her room, i wished her:

"Teaks, selamat memasak,".


Apsal senyap je ni?

" Isk.. mana la senior-senior medic ni. Tak online pun," I checked my Yahoo Messenger list.

"Macam- macam la soalan Histology ni," I started to murmur.

Sometimes, I asked my seniors the questions that i don't understand when doing my homework. on that evening, none of them online. maybe they were still in the hospital.

Sudenly, I wonder what atikah was doing. No noise at the kitchen. Really. I walked to the kitchen. It was qiuet. in deed.

" teaks, awak ok ke?" I asked her. No answer.

I went to our wet kitchen. I saw her. I stared at her face. She was frowning. I looked on the sink. There were maggi plastic covers.

" Eh, maggi?" I was speechless yet, my eyes staring clueless to her. She looked scared, I think.

" Mana sup ayam awak?"

" Sorry la. Rupa-rupanya ayam dah habis. Kita tak tau nak masak apa. Kita ingat nak masak maggi je," finally she said something.

Teaks, teaks. No wonder you look scared. She might feel guilty, I think.

" La..kenapa awak diam je. Panggil la kita. Bilik kita depan je tu teaks. Kesian awak," i said. I hope she won't feel down.

"Tak apa. Kita tolong awak la. Awak carry on je dengan maggi. Kita masak sayur," . I started chopping carrot .

"Tak pe ke makan maggi?" she asked, her voice was so slow.

"Rilek la teaks..tak da apa apa la. Jangan risau. Kitorang boleh je makan maggi. Nanti kita sambung kerja awak. kita masak sayur dulu. Dah nak masuk maghrib ni. Cuma lain kali, kalau ada problem, cakap dengan kita. jangan diam je. Ingat tu?"

Suddenly I felt guilty. Usually I was the one who buy raw food for our house. But I forget to tell her about the chicken. It was running out.

Sorry Teaks.



Complimentary BASE PAIRING.

That's my story. No, it is our story.

Me and atikah are like complimentary base pairing. I might be a little bit better than her at house work( i think so, don't you, teaks?), but I am quite lousy at certain things. Or..many things.

My new handphone and line....she was the one who helped me with payment procedures, to consult with the shop people, to activate my account..etc..

Lecture ...she is a good listener. At home, she is the one who explain the things that I don't understand. She have a marvelous ILA group discussion, excellent ILA notes and diagram..she shared with me. THANK YOU.

Time management? I think i win this time. I might be consistent with my daily life activities. I jot down everything in my planner. maybe she does too..but perhaps, I jot them clearer than her. hehe..why i am so sure? read these scenarios:

1. "Teaks, nanti pukul 5 kita bersiap eh?"
"Eh, pukul 5? nak pergi mana?"
"Eh, mak cik sorang ni. kan kita ade meeting NEXT?"
"Oh ..ha ah la..hehehheh"

2. "Teaks, jap lagi teman kita singgah kat Medical school reception. Nak hantar borang agreement ni"
"Eh, ada kena hantar apa-apa ke?"
"Eh, mak cik sorang ni..semalam ambil handbook purple tu, tak baca lagi ke? kan die suruh hantar borang kat belakang sekali tu?"
"Oh ye ke?..hehhehe" .....

But..what ever things happen, it is ok. ACCEPT EACH OTHER.

YES. WE ARE ACCEPTING EACH OTHER.



KASIH SAYANG.

Abu Hamzah Anas bin Malik, radiyallahu 'anhu, who was the servant of the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, reported that the Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, said:

"None of you truly believes (in Allah and in His religion) until he loves for his brother what he loves for himself"

Nobody is perfect except Allah. The most Gracious, the most Merciful.

I thank to Allah for granting me millions of NIKMAT.

I thank to Allah for granting me Iman, islam. And LOVE.

I thank to Allah for granting me people who LOVE me.

I thank to Allah for granting me people that I LOVE.

This is ISLAM.

ISLAM IS ALL ABOUT LOVE

ISLAM IS ALL ABOUT PEACE.


wallahualam.










Thursday 1 November 2007

PERBAHARUI IMAN..sy teringat kmb~

assalamualaikum..

alhamdulillah...hari ini allah gerakkan hati saya untuk mencoretkan sesuatu yang saya harap dapat memberi manfaat kepada semua.

alhamdulillah..kalimah agung yang tidak pernah pudar kehebatannya...allah beri peluang kepada saya dan sahabat serumah saya untuk memperbaharui iman. saya dan sahabat baik yang sangat saya sayangi, Atikah cuba mengorak langkah menghidupkan biah yang sihat di teratak kami. buat pertama kali setelah solat berjemaah, mini halaqah mula dibentuk. hati-hati mula ditautkan. kasih sayang fillah mula disuburkan. ketenangan mula meresap nurani. ketika itu, hati saya terdetik.ketenangan bertemu akhowat yang dikasihi ini benar-benar membuatkan saya merindui saudara-saudara saya di bumi kolej mara banting.

alhamdulillah...kalimah unggul ini datang hinggap ke lubuk hati saya setelah selesai menyampaikan tazkirah sedaya mampu saya. mengimbau saat pertama menjejakkan kaki ke bumi UK, saya mengajak akhowat yang saya kasihi menilai apakah tujuan kita terbang meninggalkan tanah air tercinta. setiap sesuatu yang dilakukan perlu ada matlamat. sedangkan allah rabbul jalil mencipta jin dan manusia punya matlamat-Nya (rujuk surah azzariyat ayat 56).
Begitu juga kita yang bergelar manusia. perlu punya matlamat hidup. perlu ada erti hidup. jika kita hidup mengejar sesuatu bersifat duniawi, nescaya itu sahaja yang akan kita dapat. tetapi jika hidup ini dilangsungkan kerana sesuatu yang lebih bersifat hakiki, bergembiralah golongan yang memilih matlamat hidup ini.

kehidupan adalah satu pengembaraan. pengembaraan untuk mencari erti kehidupan. dan setiap pengembaraan akan lesu tanpa semangat jihad. saya mengajak akhowat saya lagi untuk mengimbau peribadi unggul salahuddin al ayyubi. panglima islam yang sangat digeruni musuh. semangat jihad yang tidak pernah luntur. inilah contoh umat islam gemilang. inilah idola umat islam. mungkin bagi kita ia terlalu ideal, tetapi tidak mustahil. kerana sesungguhnya ISLAM ITU IDEAL TETAPI IA TIDAK MUSTAHIL.

alhamdulillah begitu hebat sejarah islam. INILAH SEJARAH KITA. namun, adakah kita hanya mampu membiarkan kehebatan itu hanya disimpan dalam lipatan sejarah?

tepuk dada tanya iman.