Sunday 17 August 2008

IQRA'

Bismillahirahmanirahim..

Membaca Itu kan Jambatan Ilmu!

Setibanya saya di Malaysia, setelah berehat dan berjumpa sanak saudara terdapat "gap" masa sebelum ke Kem Borneo. Jadi saya manfaatkan masa tersebut dengan memborong buku-buku dan mencuri masa untuk membacanya.

Semasa saya berada di sekitar Kuala Lumpur untuk berurusan dengan Abang Ammar dan Kak Anfal (Brotherhood), jika terdapat masa senggang atau semasa menunggu LRT, saya akan manfaatkan masa dengan membaca. Lebih-lebih lagi ketika itu, saya sedang meng" khatam" kan karya novelis kegemaran saya- Fatimah Syarhah bertajuk Syabab- Musafir Kasih. Jadi akibat terlalu khusyuk, saya terleka dan akhirnya terlajak stesen LRT. Mula-mula menggelabah juga, tambahan pula orang-orang sekeliling memandang saya yang terkial-kial mengangkut baju-baju yang akan diedarkan kepada teman-teman yang duduk di KL. Tapi tidak mengapa..walaupun kulit muka sudah terasa panas menaggung rasa malu, perasaan rileks dan cool perlu dipertahankan. Cool..cool.. =)

...............................................................................................................

Berikut adalah judul buku-buku yang cuba saya habiskan dalam tempoh cuti ini. Ada juga yang masih belum diusik.

Judul dalam bahasa Melayu:

1. Manikam Kalbu oleh Faisal Tehrani- Well recommended! Berkisar tentang dua generasi yang berbeza tetapi mempunya matlamat yang sama-iaitu meletakkan martabat pakaian sebagai "alat" menutup aurat berpaksikan pegangan syarak dan memelihara nilai-nilai estetika pakaian tradisional. Kedengaran seperti membosankan kan? Tapi baca dahulu baru tahu!


2. Syabab, Musafir Kasih oleh Fatimah Syarhah- Tidak perlu dipertikaikan lagi kebijaksanaan penulis muda ini menyusun jalan cerita. (Wah, bias kah saya?) Tetapi seperti biasa, membaca novel karangannya benar-benar meningkatkan motivasi saya untuk "memberi" dan "menyumbang" kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, insyaalah. Pembinaan watak Nur Mumtazah dilihat lebih matang berbanding watak dalam novel terdahulunya. Three thumbs up!


3. 24 Jam Sehari yang Bermakna dan I Love Ramadhan oleh Sahrulazmi Sidek - Sebenarnya kedua-dua buku ini merupakan hadiah daripada Ustaz Hainizam-guru lama saya di MRSM Serting semasa saya hadir ke sana untuk sesi motivasi bersama pelajar tingkatan 5. Jazakallah Ustaz! Saya akan berusaha membaca secepat mungkin dan mengambil iktibar daripadanya.


Judul dalam Bahasa Inggeris

1. The Learning Curve by Melissa Nathan- Berkisar tentang kehidupan guru sekolah rendah-Nicky Hobbs yang berusaha menjadi guru sekolah rendah yang cemerlang dan mudah didekati pelajar. Kemudian kehadiran seorang kanak-kanak lelaki, Oscar dan bapanya, Mark Samuels sedikit sebanyak meninggalkan impak dalam kehidupannya.
Komen ringkas- OK sahaja.

2. For One More Day by Mitch Albom- Well recommended! Kehidupan Charles Benetto yang penuh liku dan cabaran. Alkohol , rumah tangga yang porak peranda, penyesalan, kesedihan. Namun apa yang paling menyentuh perasaan, kisah tentang ibunya yang digambarkan seorang yang gigih dan sentiasa mempertahankan anak-anak yang tersayang. Penuh dengan pengajaran.

3. The Sirah of The Final Prophet by SM Hassan Al Banna- Sebenarnya buku ini sudah lama dalam simpanan saya sejak di UK. Disebabkan masih terdapat beberapa bab yang belum dihabiskan, saya pun menyumbatkan buku ini ke dalam bagasi untuk dibawa pulang ke Malaysia. Tambahan pula, Kak Nik Mun sudah assigned kami untuk menghabiskan pembacaan sirah rasullulah semasa cuti. Jadi, kenalah habiskan juga. Ringkas dan padat serta bahasa yang mudah. Bacalah! =)

4. The 7 Habits of Highly Effective Habit by Stephen R Covey- Saya rasa ramai yang sudah maklum tentang buku ini. Lebih lebih lagi isi kandungannya sering digunakan oleh Ustaz Hasrizal dalam pengisiannya. Namun, hanya beberapa bab sahaja yang terluak setakat ini. Mujurlah saya pernah menghadiri PUISI 2007 dan pernah menonton rakaman PUISI 2006. Jadi, bolehlah saya memahami kandungannya walaupun masih belum berjaya menghabiskan pembacaan buku ini. (Saya akan berusaha membacanya! Huhu)

5. A Thousand Splendid Suns by Khaled Hosseini- Buku ini masih berada dalam sampul plastik, belum dibuka langsung. ^0^. Daripada sinopsis di bahagian belakang buku, buku ini berkisar tentang Mariam yang dihantar ke Kabul untuk mengahwini seorang pemuda ketika berusia 15 tahun. Kehidupan bertambah susah apabila Kabul berada di bawah pemerintahan Taliban.
Hmm..tak megapalah, biar saya habiskan dahulu.

........................................................................................................

Saya gemar membaca. Sama seperti Kak Nik Mun. Jika di UK, sumber bacaan umum saya ialah Kak Nik Mun. Kadangkala ada juga kawan-kawan yang mengirim buku. Tetapi memikirkan kos dan effort yang lebih terpaksa dikorbankan oleh pengirim, maka lebih baiklah jika saya menunggu sehingga saat pulang ke Malaysia dan mendapatkan sendiri buku-buku tersebut.

Sewaktu saya keseorangan menunggu waktu untuk pulang ke Malaysia, saya kerap ke rumah Kak Nik Mun. Housematesnya seperti Kak Raudhah dan Kak Mardiah memang suka membaca buku. Mereka gemar berbincang tentang sesuatu buku yang telah mereka baca dan cuba mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dan yang paling suka tentang mereka serumah ialah hampir setiap hari mereka suka duduk bersama dan berbincang untuk memajukan diri.

Wah! Macam scary je bunyinya. Skema semacam.Huhu. Pada mulanya pelik juga saya lihat habit mereka ni. Namun setelah saban hari berada di rumah mereka, baru saya dapat lihat betapa bermanfaatnya "aktiviti" mereka ini. Tidak hairanlah mereka ini suka berfikir dan mahir memberi kata-kata perangsang serta sentiasa berfikiran positif.


Saya masih ingat lagi, waktu petang-petang semasa saya melayari internet di dalam bilik Kak Nik Mun, tiba-tiba...


Kak Nik Mun: Assalamualaikum...
Wani: Waalaikumsalam..Eh, Kak Nik Mun dah balik kerja?
Kak Nik Mun: Ha'ah.
Wani: Erm.. Kak..

(Tiba-tiba sepantas kilat Kak Nik Mun memotong dialog saya..)

Kak Nik Mun: Wani, kita dah tahu macam mana nak jadikan diri lebih baik dan kerja lebih produktif!! Macam ni..tadi dalam kereta masa drive , kita dah fikir macam mana nak plan hidup pada masa akan datang supaya...(bla..bla..) . Caranya macam ni...(bla..bla)

Wah! Tak sempat saya bertanya.."How was your day?", "Akak dah makan belum?" saya sudah dihidangkan dengan diperdengarkan dengan "Ceramah Pengurusan Masa Depan" oleh Dr Nik Munirah. Itu belum masuk bab bila Kak Raudhah dan Kak Mardhiah yang petah bercakap. Saya lah yang akan menjadi "penonton tunggal" kepada talk mereka ini. Ketika itu keluarlah bermacam fakta daripada buku-buku yang pernah dibaca oleh mereka. Baguslah, tidak perlu saya baca lagi buku-buku itu, kerana mereka sudah memberi sinopsis tentang isi kandungannya. =)

Keep it up girls!

.........................................................................................................................

Saya baru selesai mengajar adik saya tentang topik mitosis. Selepas ini, saya perlu fokus untuk menyiapkan assignment Student Selected Component- SSC . Terpaksa menghentikan aktiviti membaca buat sementara waktu.

Pendek kata, pupuklah minat membaca. Nescaya anda tidak akan menyesal!


2 comments:

A k i said...

Salam ziarah Wani. Sampai jugak kita kat blog Wani. Hope you won't mind the company :D

Terima kasih atas review-review buku yang menarik tu. Nampak je gambar-gambar buku terus teruja. Bak kata Wani, pupuklah minat membaca nescaya tidak akan rugi, InsyaAllah.

p/s: wani cubalah juga baca hasil karya lain Mitch Albom, 5 People You Meet In Heaven dan Tuesdays With Morrie. Buku-buku dia memang tak dinafikan bagus (my personal oppinion) oh! dan try juga buku Life is an Open Secret by Sister Zabrina (link here: http://www.wisdomthruwords.blogspot.com/)

Highly reccommended insyaAllah.

Teruskan menulis Wani. Suka membaca hasil tinta Wani yang bersahaja tapi deep with meaningful lessons insyaAllah.

Selamat berpuasa!

'Aqilah
http://nuraqil.iluvislam.com/

norshazwani othman said...

salam

jazakillah aqilah kerana sudi melawat. kita seronok sangat.

alhamdulilah, kita dah beli 2 buku mitch albom tu, cuma belum berkesempatan untuk membaca, kecuali tuesdays with morrie. dulu pernah baca tetapi tak sempat habis sebab pinjam orang punya. Life is an Open secret? hmm..isnyaalah..akan diusahakan.

terima kasih atas komen aqilah. really appreciate it. dah lama kita tak bersua kan? insyaalah, nanti jemputlah ke sheffield ya?
oh ya..memang pelik lah, kebanyakan kawan kita yg bernama aqilah ni, suka benar benda2 yang berkaitan dgn jepun ya? hihi

jazakillah ukhti. selamat berpuasa dan beribadah!